Return to site

Pelbagai Resepi Makaroni yang Simple Tapi Sedap

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
Pelbagai Resepi Makaroni yang Simple Tapi Sedap

Makaroni, sejenis pasta yang digemari ramai, sering menjadi pilihan utama untuk hidangan yang ringkas tetapi senang disediakan. Dengan bentuknya yang kecil dan melengkung, makaroni mudah disesuaikan dengan pelbagai jenis sos dan bahan, menjadikannya hidangan yang sangat serbaguna. Tidak kira sama ada anda penggemar rasa berkrim, pedas, atau keju yang kaya, makaroni mampu memenuhi selera anda. Dalam blog ini, kami akan berkongsi resepi makaroni yang mudah, lazat, dan sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.

 

Resepi Makaroni Cheese

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi makaroni cheese adalah:

  • 3 cawan makaroni
  • Air secukupnya untuk rebus makaroni
  • Sedikit minyak untuk rebus makaroni
  • 3 keping cheese
  • 1 cawan cheese powder
  • 1 sudu parsley
  • 1 sudu basil
  • 1 sudu oregano
  • 3 cawan susu segar

Cara memasak adalah seperti berikut:

  1. Rebus makaroni dalam air yang telah ditambah garam sehingga lembut (al dente). Toskan dan ketepikan
  2. Masakkan sos keju dengan masukkan susu segar, cheese dan cheese powder.
  3. Cairkan campuran dalam kuali atau periuk dengan api sederhana.
  4. Kacau hingga keju cair dan sos menjadi pekat.
  5. Masukkan parsley, basil dan oregano.
  6. Perasakan dengan garam.
  7. Masukkan makaroni yang telah direbus ke dalam sos keju. Kacau rata sehingga pasta bersalut sepenuhnya dengan sos keju.

Kredit: Noratiqah Nordin

broken image

 

Resepi Makaroni Goreng

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • makaroni
  • garam
  • minyak
  • butter
  • bawang putih
  • bawang holand
  • cili kering
  • gula
  • tomato puri
  • cendawan shitake
  • cili sos
  • cili flases
  • lada sulah
  • oregano
  • meatball
  • capsicum
  • parsley

Cara-cara memasak adalah:

  1. Rebus makaroni sampai lembut
  2. Masukkan garam dan minyak
  3. Kemudian toskan
  4. Panaskan minyak dan letak butter sedikit
  5. Tumiskan bawang putih cincang sampai wangi
  6. Kemudian masukkan bawang holand cincang
  7. Tumis sekejap.
  8. Masuk cili kering kisar dan sedikit gula.
  9. Tumiskan sampai pecah minyak
  10. Kemudian masukkan tomato puri
  11. Masukkan cendawan shitake hiris
  12. Masakkan sekejap
  13. Letak garam, cili sos dan secukup rasa meggi
  14. Tambah cili flakes, lada sulah dan oregano
  15. Kemudian letak meatball potong kecil (Meatball yang telah digrill dulu dan potong kecil)
  16. Masukkan makaroni dan capsicum yang dipotong dadu dan parsley
  17. Kacau-kacau rata sampai mesra dan tutup api
  18. Siap

 

Kredit : Sabarina Saad

broken image

 

Resepi Makaroni Goreng Bolognese

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak resepi makaroni goreng bolognese:

  • 1 paket Macaroni yang direbus
  • 1 tin sos bolognese Prego
  • 1 paket daging kisar Ramly sebanyak 2 ketul
  • Meatball yang dibelah dua
  • 2 biji capsicum hijau atau kuning yang dipotong dadu
  • 6 biji tomato cherry yang dibelah dua
  • 1 batang carrot yang dipotong panjang 2 inci
  • 2 sudu cili kisar
  • Setengah labu bawang holland yang dipotong dadu
  • 6 biji bawang putih yang dicincang
  • 1 ketul kiub ayam
  • Garam

Cara-cara untuk masak resepi makaroni goreng bolognese adalah:

  1. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan sos bolognese.
  3. Masak seketika.
  4. Masukkan daging kisar, meatball dan carrot.
  5. Biarkan sampai masak.
  6. Perasakan dengan garam dan letak kiub ayam.
  7. Masukkan makaroni, capsicum dan tomato cherry dan kacau sehingga sebati.
  8. Siap.

Kredit: Empunya resepi

broken image

 

Resepi Makaroni Bakar

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi makaroni bakar:

  • 2 cawan makaroni yang direbus sampai lembut
  • 500 gram daging kisar yang dicincang
  • 3 sudu rempah kari
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 sudu lada hitam*
  • 1/2 inci halia* (Semua bahan bertanda * ditumbuk)
  • Sedikit minyak jagung dan sedikit mentega untuk menumis
  • 1 tin susu cair ideal dan 1 tin air
  • Sedikit daun bawang atau sup (pilihan)
  • Sedikit bawang goreng
  • 4 biji telur yang dipukul
  • Garam secukupnya
  • Sedikit parutan mozarella atau cheddar cheese

Cara-cara menyediakan:

  1. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging kisar/cincang dan goreng sehingga masak dan perasakan dengan garam.
  3. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng kemudian dimasak sekejap.
  4. Makaroni yang sudah direbus, ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
  5. Masukkan bahan daging yang sudah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni dan gaul rata.
  6. Boleh tambah cheeddar cheese yang sudah diparut sekali.
  7. Masukkan dalam dulang atau loyang pembakar, tuangkan telur di atas makaroni, tabur mozerella dan baki cheese
  8. Taburkan daun sup atau bawang
  9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170 darjah celcius atau sehingga masak.
  10. Boleh tambah lada bangla, cendawan dan tomato yang dipotong dadu.

Kredit: Empunya resepi

broken image

 

 

Resepi Makaroni Cheese Bakar

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 tin sos bolognese
  • 1 plastik kecil makaroni
  • 1 biji bawang holland yang dipotong dadu
  • 1 paket sosej dipotong dadu
  • 1 sudu marjerin
  • 1 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos tomato / cili
  • 1 sudu sos tiram
  • 1/2 sudu lada sulah
  • 1 sudu sos ikan

Cara memasak adalah seperti berikut:

  1. Rebus makaroni bersama sedikit garam dan minyak sehingga kembang.
  2. Angkat dan ketepikan
  3. Masukkan sesudu marjerin.
  4. Tumis bawang holland sehingga kekuningan dan naik bau
  5. Masukkan cili kisar sehingga pecah minyak
  6. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan
  7. Perasakan dengan lada sulah. Jika suka, boleh masukkan garam dan gula
  8. Masukkan makaroni yang telah direbus tadi ke dalam tumisan. Gaul sebati
  9. Masukkan sosej sehingga masak. Tutup api dan ketepikan
  10. Ratakan loyang dengan sedikit marjerin
  11. Masukkan makaroni tadi. Selang selikan dengan kepingan cheese
  12. Panaskan ketuhar pada suhu 180° dalam masa 15 minit
  13. Masukkan loyang dan tunggu sehingga sedikit garing dan cheese mencair.
  14. Sedia untuk dihidang
broken image

 

Resepi Makaroni Bakar Meatball

Bahan-bahan dan cara untuk sediakan krim sos:

  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu besar buttercup atau marjerin
  • 1 sudu besar tepung gandum
  1. Dimasak atas api yang kecil sehingga sedikit pekat.
  2. Ketepikan

Bahan-bahan dan cara masak makaroni:

  1. 1 cawan makaroni, direndam dalam 30 min sebelum direbus.
  2. Rebus sehingga empuk dengan sedikit garam dan minyak
  3. 1 bungkus bebola daging dibasuh, toskan dan goreng bersama minyak sehingga garing
  4. 1 labu bawang merah, dicincang halus
  5. 2 ulas bawang putih, dihentak & dicincang halus (*tumis kedua bahan tersebut sehingga naik bau, jangan hangus)
  6. 1 cawan daging hancur/kisar dimasukkan ke dalam tumisan bawang tadi.
  7. Letak 1 sudu kecil lada hitam yang dikisar halus dan garam secukupnya
  8. 1 batang carrot dan lada benggala hijau, dipotong dadu. Masukkan ke dalam bahan tumisan tadi.
  9. Kacau rata dan masak sehingga air daging tadi sedikit kering.
  10. Masukkan 1 tin sos prego 300 gram ke dalam bahan tadi, diikuti dengan bebola daging yang telah kita gorengkan tadi. Masak lagi sehingga kuah mendidih.
  11. Sudah mendidih, masukkan makaroni yang telah direbus dan kacau rata dan matikan api
  12. Turn on oven, panaskan dalam 10 min dengan suhu 170 C .
  13. Susun bebola daging ke dalam aluminium foil. Masukkan pula makaroni. Curahkan dengan creamy sos. Tabur dengan mozzarella cheese sebanyak yang anda suka.
  14. Jika ingin pedas, add on cili hiris di atas
  15. Bakar selama 20 min atau sehingga cheese mencair.

Kredit: Ain Kamis

broken image

Kredit diberikan kepada pemilik asal resepi. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.