Return to site

8 Resepi Manisan 'Pencuci Mulut' Berasaskan Sagu yang Mudah Disediakan

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
8 Resepi Manisan 'Pencuci Mulut' Berasaskan Sagu yang Mudah Disediakan

Di Malaysia, manisan merupakan pencuci mulut yang sangat popular. Antara manisan yang popular di kalangan rakyat Malaysia adalah manisan yang diperbuat daripada sagu. Sagu adalah bahan tradisional yang berasal dari pokok sagu, telah lama menjadi salah satu ramuan istimewa dalam masakan Malaysia, terutamanya dalam penyediaan manisan. Di kalangan masyarakat tempatan, sagu bukan sahaja dikenali kerana teksturnya yang kenyal, tetapi juga kerana kemampuannya untuk menyerap pelbagai perisa dan bahan tambahan. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 8 resepi manisan pencuci mulut yang diperbuat daripada sagu.

 

Resepi Manisan Daripada Sagu

Antara resepi manisan yang diperbuat daripada sagu adalah:

  1. Resepi sagu gula Melaka
  2. Resepi bubur jagung dan sagu
  3. Resepi sagu gula Melaka special
  4. Resepi Sagupal
  5. Resepi sago longan coconut milk
  6. Resepi som som sagu
  7. Resepi bubur sagu pandan
  8. Resepi bubur sagu merah

 

Resepi Sagu Gula Melaka

Bahan -bahan yang diperlukan untuk resepi ini adalah:

  • Sagu
  • Pewarna
  • 1 tin susu cair (atau pakai santan ataupun susu segar)
  • 2 sudu gula Merah
  • 1 ketul gula Melaka
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 air

Cara-cara penyediaannya adalah:

  1. Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu
  2. Masak sagu dengan air yang mendidih sehingga kembang (jadi clear).
  3. Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
  4. Cuci sagu dan letakkan pewarna dan biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci lagi dengan air
  5. Masak gula dengan 1/2 cawan air dan daun pandan
  6. Biarkan sejuk
  7. Hidangkan sagu dengan susu cair tadi

Kredit: Minah Ramli

broken image

Resepi Bubur Jagung dan Sagu

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 batang jagung manis
  • 1/2 cawan sagu
  • Gula melaka secukupnya
  • Gula pasir secukupnya
  • Santan kelapa secukupnya
  • 1/4 sudu kecil garam secukupnya
  • 2 helai daun pandan

 

Cara-cara memasak adalah:

  1. Didihkan air dalam periuk sehingga mengelegak kemudian masukkan semua biji sagu.
  2. Masak sampai sagu kembang dan boleh masukkan dalam bekas yang sesuai serta biarkan sampai sejuk.
  3. Bersihkan semua jagung dan potong ambil biji jagung.
  4. Masukkan santan secukupnya, biji jagung, gula melaka, gula pasir secukupnya dan daun pandan ke dalam periuk yang sesuai.
  5. Masak sampai jagung empuk serta kuah bubur mendidih, kacau sekali-sekala dan boleh dimasukkan sedikit garam untuk membangkitkan rasa lemak kuah bubur ni.
  6. Tambah lagi santan atau sedikit air jika kuah terlalu pekat .
  7. Potong sagu tadi menjadi bentuk empat segi dan masukkan dalam bubur.
  8. Kacau semua bahan-bahan dan rasa bubur ini jika masih kurang manis boleh ditambah gula lagi.
  9. Biarkan bubur masak serta ketulan sagu mesra dengan kuah dan sekali-sekala kacau bubur supaya semua bahan cukup mesra.
  10. Apabila sudah masak boleh ditutup api dapur
broken image

Resepi Sagu Gula Melaka Special

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Sagu RM2
  • Nise kerek 4 keping saiz sederhana atau gula melaka 4 batang
  • Gula putih 6 sudu
  • Pewarna merah (cochineal)
  • Nata decoco (jenama cocoon)
  • Laici (guna laici yang bulat)
  • Sumi (jenama cocoon)
  • Daun pandan 6 helai
  • Susu Sejat (guna F&N)

Cara masak sagu:

  1. Rendam sagu 1-2 jam sebelum masak
  2. Masak sagu bersama daun pandan dalam air yang mendidih, sentiasa kacau sehingga sagu masak
  3. Bilas sagu yang telah masak (supaya sagu tidak berketul), dan toskan airnya dan masukkan ke dalam bekas
  4. Warnakan sagu ikut kesukaan
  5. Simpan sagu dalam chiller supaya sejuk

 

Cara masak gula Melaka:

  1. Didihkan satu setengah cawan air bersama daun pandan
  2. Masukkan nise kerek/gula melaka dan gula
  3. Masak sehingga pekat
  4. Sejukkan dalam chiller

Cara Menghidang Sagu Gula Melaka Special:

  1. Anggaran untuk satu bekas plastik saiz 500ml
  2. Gula melaka 3 sudu
  3. Sagu satu cawan
  4. Nata decoco 10 biji
  5. Laici 2 biji
  6. Sumi 1 biji
  7. Tuang susu sejat sehingga hampir penuh bekas tersebut
  8. Sedia untuk dimakan

Kredit: Owner Resepi

broken image

Resepi Sagupal

Bahan-bahan penyediaan inti kacang hijau:

  • 1/2 cawan kacang hijau
  • 4 cawan air @ secukupnya untuk rebus kacang
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan disimpul

Cara-caranya:

  1. Rebus kacang hijau dengan air sehingga empuk.
  2. Apabila air sudah kering sikit masuk gula & daun pandan.
  3. Kacau sentiasa hingga kering. Sejukkan dan gentel bulat-bulat.

Bahan-bahan penyediaan Sagupal:

  • 2 cawan sagu putih
  • 1 cawan air atau hingga sagu tenggelam sikit di dalam air

Bahan-bahan penyediaan kuah santan:

  • 3 cawan santan sederhana pekat
  • 1 cawan air
  • 2 biji bawang merah dihiris halus
  • 1 inci halia dihiris halus
  • 1 sudu teh halba
  • 1-2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan di simpul

 

Cara-cara penyediaan sagupal:

  1. Rendam sagu dengan air panas dlm 5-10 minit hingga sagu kembang dan menyerap air sepenuhnya
  2. Gunakan glove (sarung tangan), basahkan tapak tangan dengan air. Ambil sikit sagu dan ratakan.
  3. Letak inti kacang, kepal jadi bulat dan sehingga semua inti tertutup.
  4. Didihkan air dan rebus dalam air 5-10 minit. Apabila sagupal sudah jadi jernih dan timbul boleh diangkat dan toskan.
  5. Panaskan santan, air, bawang, halia, halba, gula dan garam sambil kacau sentiasa supaya santan tidak pecah.
  6. Apabila sudah mendidih masukkan sagupal tadi.
  7. Kacau perlahan dan masak kejap bagi sebati.
  8. Sejukkan dalam peti ais atau boleh makan masa suam.

Kredit: Nor Fatihah

broken image

Resepi Sagu Longan Coconut Milk

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 250 gram sagu
  • 500 ml air
  • 150 gram gula pasir/gula melaka
  • daun pandan
  • buah longan secukupnya

Bahan-bahan kuah santan:

  • 250 ml santan
  • ½ sudu teh garam

Cara-cara:

  1. Cuci sagu sebentar dan tapis.
  2. Masak 500 ml air, daun pandan dan gula pasir hingga mendidih.
  3. Tuang sagu masak terus sambil dikacau hingga pekat dan mendidih dan angkat.
  4. Masak semua bahan kuah santan sambil dikacau agar santan tidak pecah, mendidih dan angkat.
  5. Sajikan bubur dengan kuah santan dan buah longan.
  6. Tambah gula melaka jika suka.

Kredit: Owner

 

broken image

 

Resepi Som Som Sagu

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan sagu
  • 8 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • 400 ml santan kotak
  • 300 ml air untuk masak santan
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan gula merah/gula melaka
  • 2/3 cawan air untuk masak gula melaka

 

Cara-cara masakan:

  1. Didihkan air masukkan biji sagu dan daun pandan.
  2. Masak sehingga sagu berwarna jernih. Angkat dan ketepikan.
  3. Masak lapisan santan, dengan campurkan air, tepung beras dan garam.
  4. Pada masa sama, masak gula melaka dan air dan gaul hingga sedikit pekat.
broken image

Resepi Bubur Sagu Pandan

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 200 gram biji sagu kasar
  • 250 gram gula pasir
  • 3 helai daun pandan simpulkan
  • 2.5 liter air
  • Pewarna hijau pandan secukupnya
  • 600ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 helai daun pandan simpulkan

Cara-cara penyediaan:

  1. Didihkan 2.5 liter air masukkan biji sagu daun pandan dan tambahkan pewarna hijau dan gula pasir.
  2. Masak hingga sagu berwarna hijau jernih. Angkat dan ketepikan.
  3. Untuk kuah campurkan semua bahan dan renehkan atas dapur menggunakan api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak pecah santan.
  4. Untuk menyediakannya, masukkan sagu dalam mangkuk dan tuangkan kuah santan di atasnya.
  5. Sedia dihidangkan panas-panas atau disejukkan dahulu dalam peti ais.

Kredit resepi & Foto: Yanthiaguez

broken image

Resepi Bubur Sagu Merah

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 150 gram biji sagu
  • 480 ml air untuk rendaman sagu
  • 250 ml santan pekat
  • 200 ml santan cair
  • 100 gram gula pasir
  • 1sm halia dihiris halus
  • 2 helai daun pandan
  • ¼ sudu teh garam
  • Sedikit pewarna merah

 

Cara Memasak:

  1. Rendam biji sagu di dalam mangkuk selama sejam.
  2. Di dalam sebuah periuk, masukkan rendaman biji sagu dan sedikit pewarna merah.
  3. Kacau sehingga berubah menjadi jernih.
  4. Kemudian, campurkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Kacau lagi dan sejukkan di dalam sebuah bekas, ketepikan.
  6. Di dalam periuk berlainan, masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat.
  7. Kemudian, letakkan garam dan gula. Kacau hingga pekat dan mendidih.
  8. Potong sagu dan hidangkan bersama kuah santan. Sedia dinikmati.

 

Kredit: Rasa.my

broken image

Selamat mencuba resepi-resepi ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.