Return to site

Beraneka Resepi Masakan Kerang yang Sangat Lazat dan Mudah Disediakan

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
Beraneka Resepi Masakan Kerang yang Sangat Lazat dan Mudah Disediakan

Tahukah anda bahawa kerang adalah makanan laut yang kaya dengan zink, besi, dan omega-3, yang membantu meningkatkan sistem imun, kesihatan jantung, serta mencegah anemia. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara masakan kerang yang simple dan mudah untuk anda sediakan di rumah.

 

Keunikan Masakan Kerang Ala Melayu

Resepi kerang di Malaysia memiliki keunikan yang tersendiri, dipengaruhi oleh kepelbagaian budaya dan etnik negara ini. Kerang di Malaysia dimasak dengan pelbagai cara, seperti kerang bakar yang disajikan dengan sambal pedas atau sos mentega, kerang rebus atau kukus dengan sos cili atau air asam, serta kerang goreng tepung yang rangup. Selain itu, kerang juga sering dimasak dengan rempah-rempah Melayu seperti serai, kunyit, daun limau purut, dan daun kesum, menghasilkan rasa yang kompleks dengan gabungan manis, masam, pedas, dan masin.

Salah satu elemen penting dalam masakan kerang Malaysia adalah sambal atau sos pedas yang kaya rasa, dengan bahan seperti cili padi, bawang putih, dan belacan. Penggunaan kerang juga berbeza mengikut kawasan, seperti di Pulau Pinang yang terkenal dengan kerang bakar sambal, atau di Melaka dengan kuah manis-pedas. Justeru, keistimewaan resepi kerang di Malaysia terletak pada kepelbagaian cara penyediaannya, penggunaan bahan tempatan yang mudah didapati, dan pengaruh budaya yang membentuk tradisi masakan negara ini.

Resepi-resepi masakan kerang yang boleh anda cuba adalah:

  1. Resepi Sambal Tumis Kerang
  2. Resepi Kerang Goreng Sambal
  3. Resepi Rendang Kerang
  4. Resepi Kerang Lemak Cili Api
  5. Resepi Masak Lemak Buncis Kerang
  6. Resepi Kerang Air Asam

 

Resepi Sambal Tumis Kerang

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3-4 kg kerang yang direbus dan ambil isinya
  • 3 ulas bawang putih yang ditumbuk atau kisar
  • 2 biji bawang besar yang ditumbuk atau kisar
  • 3 sudu (kurang atau lebih) cili yang telah dikisar
  • 2 biji bawang besar yang dihiris
  • 1 cm belacan (jika suka) yang kisar atau tumbuk bersama bawang
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air jika perlu.

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah atau terbit minyak.
  2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
  4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat

Kredit: Resepi Raidah

broken image

Resepi Kerang Goreng Sambal

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • kerang
  • daun kunyit
  • daun limau purut
  • sedikit halia (dipotong)
  • sedikit air
  • *serai
  • *bawang besar
  • *bawang putih
  • *sos cili
  • *sos tiram
  • *1 sudu besar kicap cair atau pekat (pilihan)
  • *cili padi 10biji (pilihan)
  • *garam
  • *gula

Cara-cara memasak adalah:

  1. Semua bahan yang bertanda (*) dimasuk dalam pengisar dan blender sampai halus.
  2. Kemudian panaskan minyak sedikit dan masukkan halia bersama-sama dengan bahan-bahan yang dikisar tadi
  3. Kacau sampai naik bau, masukkan kerang
  4. Masukkan air sedikit, kacau-kacau sampai sebati.
  5. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
  6. Biarkan sampai kerang terbuka.
  7. Tutup api, angkat dan hiaskan dengan daun sup.

Kredit: Owner resepi

 

broken image

Resepi Rendang Kerang

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2kg kerang direbus dan buang kulit
  • 5 batang serai*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 inci lengkuas*
  • 7 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit cili api*
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam keping
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 3 helai daun limau purut
  • garam, aji & gula

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar bahan-bahan bertanda (*) dan tumiskan hingga naik bau.
  2. Masukkan santan, asam keping, garam, gula, aji dan kerisik.
  3. Kacau hingga kuah menjadi pekat.
  4. Masukkan kerang dan kacau lagi
  5. Masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit.
  6. Siap, sedia dihidangkan.

Kredit: Owner resepi

broken image

 

 

 

Resepi Kerang Lemak Cili Api

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg kerang (basuh sehingga bersih)
  • 15 biji cili api (ikut citarasa pedas)
  • 1 biji bawang besar atau 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai (dititik)
  • sedikit asam keping atau air asam jawa
  • 100ml santan pekat (tambahkan dengan air) atau 1 kotak santan adabi

Cara memasak kerang lemak cili api:

  1. Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih sampai hancur
  2. Titikkan serai
  3. Masukkan semua bahan yang ditumbuk dan serai ke dalam periuk bersama-sama dengan santan dan juga kerang.
  4. Jangan lupa masukkan asam keping.
  5. Kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit ikut rasa
  6. Kacau selalu jangan sampai pecah minyak, masak sehingga kulit kerang mula terbuka boleh tutupkan api.
broken image

 

Resepi Masak Lemak Buncis Kerang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 kg kerang dibersihkan
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam keping saiz kecil
  • Garam secukup rasa
  • 8 biji cili api*
  • 3 cm kunyit hidup*

 

Cara memasak adalah:

  1. Masukkan semua santan, bahan ditumbuk lumat (*), dan asam keping ke dalam periuk.
  2. Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua kacang buncis, garam dan kerang.
  3. Sekali sekala kacau serta biarkan sampai kuah mendidih dan kacang buncis masak.
  4. Sentiasa kacau kuah supaya santan tidak pecah minyak
  5. Biarkan kuah pekat sedikit dan sedia untuk dihidangkan.
broken image

 

Resepi Kerang Air Asam

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg kerang direbus dan buang kulit
  • 2 biji bawang besar yang dihiris halus
  • 2 biji tomato yang dihiris halus
  • 10 biji cili padi yang dihiris halus
  • 2 biji cili merah yang dihiris halus
  • Air asam Jawa
  • Garam
  • Gula

Cara-cara masak adalah:

  1. Rebus kerang dan ketepikan dan buang kulit, ambil isi kerang
  2. Buatkan air asam
  3. Campurkan sedikit garam dan gula
  4. Satukan semua bahan-bahan yang dihiris dan kerang ke dalam air asam
  5. Gaul sebatikan
  6. Sedia untuk dihidangkan.
broken image

 

Selamat mencuba resepi yang kami kongsikan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.