Return to site

Resepi Mee Celup Thai dan Bihun Sup Utara yang Menyelerakan

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
Resepi Mee Celup Thai dan Bihun Sup Utara yang Menyelerakan

Mee celup, atau dikenali sebagai "kuay teow ruea" di Thailand, adalah salah satu hidangan yang cukup popular di kalangan pencinta makanan Asia Tenggara. Hidangan ini terkenal dengan kuahnya yang kaya dengan rasa, kombinasi herba, rempah, dan daging yang lembut, menjadikannya pilihan sempurna untuk hidangan tengah hari atau makan malam dan juga sebagai juadah berbuka puasa.

Apa yang membuat mee celup Thai begitu istimewa ialah kuah yang menyelerakan, dihasilkan daripada rebusan tulang, rempah pilihan, dan tambahan sos ikan, cuka, serta gula perang untuk menyeimbangkan rasa manis, masam, masin, dan pedas. Selain itu, pelbagai topping seperti bebola ikan, taugeh, hirisan daging, dan daun ketumbar menambah tekstur dan kelazatan kepada hidangan ini. Dalam blog kali ini, kami akan berkongsi resepi mee celup Thai dan bihun sup Utara yang mudah dan boleh disediakan di rumah.

Bahan-bahan untuk masak kuah mee celup adalah:

  • Daging
  • Halia 2 inci hiris halus
  • Lengkuas 2 inci hiris halus
  • Kulit kayu manis 1
  • Bunga lawang 2
  • bawang merah kecil 1-2 biji
  • Bawang putih satu labu diketuk
  • Akar ketumbar
  • Lada hitam
  • Lada putih
  • Sos ikan
  • Kicap

Cara-cara memasak kuah mee celup Thai adalah:

  1. Rebus daging sampai empuk.
  2. Lepastu masukkan akar ketumbar dan lada hitam yang ditumbuk
  3. Lepas tu masukkan bahan-bahan di atas
  4. Reneh sup dalam anggaran masa selama 15-30 minit.
  5. Semasa mereneh sup, sedikit gula, garam secukup rasa, serbuk lada putih, kicap manis dan minyak bawang putih.
  6. Sambung reneh sampai sup masak.

Cara masak minyak bawang putih:

  1. Cincang kasar bawang putih.
  2. Panaskan minyak dan goreng bawang putih cincang sehingga menjadi sedikit perang.
  3. Kemudian, angkat dan tapis bawang putih.
  4. Sesudah keduanya sejuk, campurkan bersama.

Cara buat jeruk cili adalah:

  1. Cili merah, cili thai, bawang putih diblend dengan sos ikan atau cuka
  2. Perasakan dengan garam dan gula

Bahan-bahan lain yang dihidang bersama mee celup Thai:

  1. kangkung dicelur
  2. tauge dicelur
  3. kuew teow atau mee atau bihun dibasuh dan dicelur
  4. Daun ketumbar
  5. daun bawang
  6. cili flake
  7. kacang
  8. sos ikan
  9. limau nipis

Cara-cara untuk hidangan mee celup Thai:

  1. Celur mee kuning yang telah dibilas ke dalam sup bersama taugeh, kangkung sehingga agak layu.
  2. Hidangkan bersama hirisan daging, sup, daun ketumbar, daun sup, serbuk cili, serbuk kacang, lobak masin, bawang goreng, sambal lada, minyak bawang putih rangup dan hirisan limau nipis.
  3. Tambahkan taburan gula.
  4. Kemudian, mee celup Thai siap untuk dijamu selera.

Kredit: Owner Resepi

broken image

Resepi Bihun Sup Utara

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg tulang
  • 500 gram daging batang pinang
  • 1 sup bunjut
  • 2 inci halia diketuk
  • 1 sudu besar lada hitam ditumbuk sikit
  • garam secukup rasa
  • Bihun

Cara-cara adalah seperti berikut:

  1. Tumis darat bawang merah, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis pastu tuang dalam sup.
  2. Bahan sup semua direbus 40 minit menggunakan periuk noxxa
  3. Untuk masak cili tumis, tumis cili kering yang diblender sehingga masak.
  4. Sediakan bahan sayuran yang lain.
  5. Hidangkan bihun bersama sup dan daging serta cili yang ditumis

Kredit: Sharifah Azma Mahn

broken image

Selamat mencuba resepi ini dan semoga bermanfaat.