Return to site

Resepi Mee Jawa Daging dengan Kuah Pekat

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
Resepi Mee Jawa Daging dengan Kuah Pekat

Mee Jawa daging adalah salah satu hidangan yang sangat digemari di Malaysia, terutamanya di kalangan masyarakat Melayu dan Jawa. Hidangan ini tidak hanya terkenal dengan rasa yang enak dan menyelerakan, tetapi juga dengan keunikan rasa kuahnya yang pekat dan beraroma. Mee Jawa daging merupakan salah satu contoh hidangan yang menggabungkan tradisi dan inovasi, di mana bahan-bahan seperti daging, rempah ratus, keledek, dan bahan-bahan lain dicampur bersama untuk menghasilkan satu rasa yang sangat kaya dan memikat.

 

Asal Usul Mee Jawa

Asalnya dari Indonesia, khususnya dari daerah Jawa, mee Jawa di Malaysia telah diubahsuai mengikut cita rasa tempatan yang menjadikannya hidangan yang cukup popular di kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Pada asalnya, hidangan ini diperkenalkan oleh pendatang dari Jawa yang membawa bersama mereka resipi tradisional, namun hari ini, ia telah menjadi sebahagian daripada masakan harian di Malaysia. Setiap keluarga mungkin mempunyai cara penyediaan yang sedikit berbeza, tetapi ramuannya tetap sama iaitu sebuah hidangan yang menggabungkan rasa manis dan pedas, dalam satu mangkuk yang memuaskan. Dalam blog kali ini, kami akan berkongsi resepi mee Jawa daging yang lazat dan mudah disediakan.

 

Resepi 1: Mee Jawa Daging Kuah Pekat

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 1 kg daging (direbus dan dihiris nipis)
  • 2 kg keledek (direbus dan diblend)
  • 200 gram udang kering*
  • 100 gram udang pepai atau geragau kering*
  • 2 labu bawang besar*
  • 10 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai (dihiris nipis)*
  • 1 inci halia*
  • 2 senduk nasi cili blend
  • 1 senduk nasi rempah kari
  • Gula melaka 2 ketul
  • Garam
  • Minyak untuk menumis

 

Cara-cara memasak adalah seperti berikut:

  1. Semua bahan bertanda* diblend
  2. Tumis bahan yang sudah diblend
  3. Tambahkan cili blend
  4. Tambahkan serbuk kari daging dan biarkan hingga naik minyak.
  5. Masukkan daging yang sudah direbus. Gaulkan supaya mesra dengan rempah dan cili.
  6. Masukkan air rebusan daging
  7. Cincangkan gula melaka dan masukkan ke dalam periuk
  8. Blend keledek rebus dan tuang dalam periuk sehingga habis dan gaulkan
  9. Tambah garam ikut citarasa
  10. Biarkan mendidih sehingga minyak naik
  11. Siap dan sedia untuk dihidangkan
  12. Hidangkan bersama
  • Mee kuning
  • Tahu goreng
  • Taugeh tidak perlu celur
  • Telur rebus
  • Daun bawang
  • Cili hijau
  • Bawang goreng

Kredit: Faridah Hanim

broken image

 

 

Resepi 2: Mee Jawa Daging Pedas

Bahan-bahan yang diperlukan untuk hidangan mee Jawa daging adalah:

  • 1 kg mee kuning (dicelur)
  • 1/2 kg daging (rebus lembut dan dihiris nipis)
  • 300 gm tauge (buangkan akarnya dan dicelur)
  • 2 tangkai daun bawang (dihiris)
  • 5 biji cili merah (dihiris)
  • 3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
  • 3 biji telur rebus (dibelah)
  • 3 biji limau nipis (dibelah)
  • Sedikit bawang goreng

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kuah mee Jawa daging:

  • 1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • air rebusan daging
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit gula

 

Bahan-bahan untuk dikisar halus:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 batang serai
  • Sedikit halia
  • Sedikit lengkuas
  • 100 gram udang kering
  • Sedikit cili padi, jika suka pedas

Cara-cara memasak mee Jawa daging:

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk.
  2. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari dan cili kisar hingga garing.
  3. Masukkan air dan kacau.
  4. Masukkan keledek.
  5. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
  6. Akhir sekali, masukkan garam & gula.
  7. Biarkan hingga kuah mendidih.
  8. Angkat dan hidangkan dengan bahan yang dihiris.
broken image

 

Resepi 3: Mee Jawa Daging Simple

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak mee Jawa daging:

  • 1/2 kg keledek yang direbus dan dikisar
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 batang serai*
  • Sedikit halia*
  • Sedikit lengkuas*
  • 100 gram udang kering* (Semua bahan bertanda*dikisar)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • Air rebusan daging secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

Bahan-bahan untuk hidangan:

  • 1 kg mee kuning yang dicelur
  • 1/2 kg daging yg telah direbus dan dihiris
  • 1 bungkus fishcake yang dicelur dan dihiris nipis
  • 300 gm taugeh yang dicelur
  • 3 keping tauhu yang dihiris nipis
  • Daun sup dan daun bawang
  • Bawang goreng
  • Cili hijau atau cili merah yang dihiris
  • Telur rebus

 

Cara-cara memasak mee Jawa daging adalah:

  1. Panaskan minyak ke dalam periuk.
  2. Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak.
  4. Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar.
  5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
  6. Sedia dihidang.

 

broken image

Selamat mencuba resepi ini dan semoga bermanfaat.