Return to site

Viral Resepi Mee Kicap Homemade yang Sihat dan Menyelerakan

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
Viral Resepi Mee Kicap Homemade yang Sihat dan Menyelerakan

Tahukah anda bahawa resepi mee kicap homemade ini adalah antara menu viral pada masa kini. Mee Kicap adalah salah satu hidangan ringkas yang semakin viral dan digemari ramai. Hidangan ini berasal daripada masakan Cina tetapi telah diubah suai mengikut cita rasa tempatan. Ia menggunakan mee wantan atau mee kering yang digaul dengan bawang putih tumbuk halus, lada sulah, sos tiram, minyak bijan, dan kicap. Selain mudah disediakan, mee kicap juga memberikan rasa yang lazat dan memuaskan. Dalam artikel ini, kami kongsikan resepi mee kicap homemade yang sangat mudah disediakan di rumah.

Resepi Mee Kicap Homemade

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak mee kicap adalah:

  • Mee wantan, mee kering atau dried noodles.
  • Bawang putih ditumbuk halus
  • Lada sulah
  • Sos tiram
  • Minyak bijan
  • Kicap pekat
  • Garam / Gula
  • Tepung jagung
  • Mee kering dan sayur sawi celor sekejap
  • Ayam diperap dengan kicap masin, kicap manis dan lada sulah, kemudian digoreng.
  • Daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara untuk memasak mee kicap:

  1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan
  2. Titiskan sedikit minyak bijan, air, sos tiram, lada sulah dan kicap pekat.
  3. Kemudian perasakan garam, gula dan secukup rasa last sekali masukkan tepung jagung.
  4. Kuahnya dibiar agak-agak pekat.
  5. Masak sehingga kuah mendidih dan padamkan api.
  6. Mee yang telah ditos tadi masukkan dalam bekas gaulkan dengan sedikit kuah kicap.
  7. Kemudian, tuang dalam mangkuk.
  8. Ayam yang digoreng tadi dihiris nipis dan disusun atas mee bersama sayur
  9. Akhir sekali, tuang sedikit kuah kicap tadi dan hias sedikit daun bawang
  10. Siap untuk dihidangkan.

Kredit: Naura Aisya Aryan

broken image
broken image
broken image
broken image

Selamat mencuba.