Return to site

Resepi Nasi Kandar Kuah Banjir Paling Padu

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
broken image

Resepi nasi kandar kuah banjir adalah antara resepi nasi yang digemari rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat yang tinggal di sebelah utara, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang adalah sangat menggemari makanan ini. Untuk cuti sekolah yang bakal menjelma bulan September ini, ibu-ibu dan para surirumah mungkin boleh cuba untuk memasak resepi nasi kandar kuah banjir ini kepada ahli keluarga dan jiran-jiran. Resepi yang bakal dikongsikan ini adalah resepi turun-temurun yang sangat disukai dan sering menjadi rujukan untuk memasak. Oleh itu, disini kami kongsikan resepi masak nasi kandar kuah banjir yang confirm padu.

Keunikan Resepi Nasi Kandar Kuah Banjir

Nasi kandar kuah banjir merupakan salah satu hidangan ikonik Malaysia, terutama dari Pulau Pinang, yang mempunyai keunikan tersendiri. "Kuah banjir" merujuk kepada cara penyediaan nasi kandar di mana pelbagai jenis kuah kari dicampur dan dilimpahkan di atas nasi putih sehingga penutupi keseluruhan nasi. Gabungan kuah ini selalunya terdiri daripada kuah kari ikan, ayam, daging, dan sayuran, mencipta gabungan rasa yang pedas, berempah, dan menyelerakan.

Keunikan utama nasi kandar kuah banjir terletak pada penyediaan kuah yang penuh dengan rempah tradisional seperti jintan manis, ketumbar, cili kering, dan serai, yang direbus lama untuk mencapai kepekatan dan kelazatan rasa yang sempurna. Setiap peniaga nasi kandar biasanya mempunyai resepi rahsia tersendiri, menjadikan setiap hidangan unik dari satu kedai ke kedai lain. Kuah yang melimpah ini menyerap ke dalam nasi, menghasilkan kombinasi tekstur yang lembut dan berempah yang memikat selera.

Di samping itu, nasi kandar kuah banjir sering dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk seperti ayam goreng berempah, ikan masin, sotong, atau telur masin. Ini menambah kepelbagaian rasa dan kepelbagaian dalam satu hidangan. Secara keseluruhan, keunikan nasi kandar kuah banjir bukan sahaja terletak pada cara penyediaan dan rasanya yang kompleks, tetapi juga budaya dan sejarah di sebalik hidangan ini, yang menjadikannya salah satu sajian ikonik di Malaysia.

 

Resepi Nasi Kandar

A) Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak nasi kandar adalah seperti berikut:

  • 4 cawan beras
  • 4 biji bawang putih* yang dikisar
  • 8 biji bawang merah * yang dikisar
  • 3 batang kulit kayu manis*
  • 3 kuntum bunga lawang*
  • 5 biji buah pelaga*
  • 3 biji bunga cengkih*
  • 1 1/2 sudu besar rempah sup Adabi*
  • 6 sudu besar sos cili
  • Garam
  • Perasa jika suka
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • 6-8 titis pewarna kuning telur yang dititis sampai jadi nasi warna kuning seperti dalam gambar

Cara-cara masak nasi kandar:

  1. Bahan-bahan yang bertanda (*) perlu ditumis dengan minyak masak
  2. Setelah siap tumis masukkan beras, air, sos cili dan pewarna kuning ke dalam periuk nasi.
  3. Masak nasi seperti biasa.

 

Resepi Ayam Goreng Mamak

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak ayam goreng mamak adalah seperti berikut:

  • 1 ekor ayam yang dipotong dan dicuci bersih
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar pes halia
  • 1 sudu besar pes bawang putih
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 biji limau nipis
  • 1 sudu kecil gula
  • 3 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng

Cara-cara untuk menggoreng ayam:

  1. Gaul tepung jagung, tepung beras, bawang putih dan halia.
  2. Masukkan serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit, lada hitam, garam, gula dan perahan air limau nipis dan gaulkan kesemua bahan tadi.
  3. Masukkan ayam, daun kari dan sedikit air. Perap dalam 30 minit.
  4. Gorengkan ayam secara deep fry.

 

broken image

 

Resepi Masak Kuah Hitam

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak kuah hitam adalah seperti berikut:

  • 1 kiub pati ayam atau daging
  • 1/2 cawan kicap
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili

Bahan untuk disangai dan dikisar kering:

  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 3/4 sudu besar biji ketumbar
  • 1/4 sudu besar lada hitam

Bahan-bahan yang dikisar basah:

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar cili blender

Rempah-ratus yang lain:

  • 3 tangkai daun kari
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum buah pelaga
  • 1 sudu kecil pes asam jawa adabi
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam dan gula jika perlu

Cara-cara untuk masa kuah hitam adalah seperti berikut:

  1. Panaskan minyak dan tumis daun kari, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga bersama bahan-bahan kisar basah sehingga naik bau
  2. Masukkan rempah kering yang dikisar tadi.
  3. Masukkan kiub pati ayam dan sedikit air. Masak api perlahan sehingga pekat.
  4. Setelah pekat masukkan asam jawa, garam, perasa, kicap dan sos tomato serta sedikit air panas.
  5. Masak lagi sampai minyak terbit dan pekat. Rasakan dan tambahkan apa yang kurang. Siap.

 

Resepi Kuah Kari Telur

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak kuah kari telur:

  • 5 biji telur yang direbus dan dikopek
  • 2 paket kecil serbuk rempah kari daging Babas
  • 2 paket kecil serbuk rempah kari ikan Babas
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Kesemua rempah dan serbuk dicampur dan gaul dengan air setengah cawan, dan kacau sehingga sebati

Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia* (Semua bahan bertanda* dikisar halus)
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • Garam
  • Air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

Bahan-bahan rempah-ratus untuk ditumis:

  • 3 tangkai daun kari
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

Cara-cara untuk kuah kari telur:

  • Panaskan minyak, tumis rempah. Kemudian masukkan bahan kisar.
  • Agak-agak sudah naik bau, masukkan bancuhan serbuk rempah, serbuk cili dan kunyit tadi. Masak sampai pecah minyak.
  • Selepas itu masukkan kiub pati ayam, garam, air asam jawa secukupnya. Masak api perlahan sampai mendidih.
  • Akhir sekali masukkan telur rebus. Siap.
  • Hidangkan kuah telur, dan telur rebus, bersama nasi kandar, kuah hitam dan ayam goreng mamak.
broken image

 

 

 

broken image

 

 

Kredit Resepi dan Photo: Syarinaz Redzwan

Berikut yang dikongsikan tadi adalah cara masak resepi nasi kandar kuah banjir yang memang padu. Selamat mencuba.