Return to site

Resepi Nasi Minyak dan Kurma Daging Ala Kenduri Kahwin

www.kasturihijau.com

· MENU VIRAL
Resepi nasi minyak kenduri kahwin

Kebiasaannya kita menantikan untuk makan nasi minyak ketika menghadiri jemputan kahwin saudara-mara ataupun sahabat handai. Sebenarnya, kita tidak semestinya menunggu jemputan kahwin untuk makan nasi minyak ini, kerana resepi nasi minyak ala kenduri kahwin ini sangat mudah untuk disediakan di rumah. Anda boleh sediakan resepi ini sendiri di rumah dan dijamukan bersama-sama ahli keluarga anda. Nasi minyak sangat enak jika dimakan bersama kurma daging atau rendang daging. Jadi, untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan cara menyediakan resepi nasi minyak dan kurma daging ala-ala nasi minyak yang anda biasa makan di kenduri kahwin.

 

Keunikan Nasi Minyak

Nasi minyak adalah hidangan Melayu di Malaysia, terkenal karena aroma dan rasa yang kaya dari rempah-rempah seperti kayu manis, bunga lawang, cengkih, dan pandan. Nasi ini memiliki tekstur lembut dan berlemak, serta warna kuning keemasan dari kunyit atau saffron. Biasanya disajikan pada acara istimewa seperti pernikahan dan hari raya, serta dipadukan dengan lauk-pauk seperti kurma daging, rendang daging, ayam masak merah, rendang, acar, dan dalca. Nasi minyak memiliki nilai budaya yang kuat, melambangkan kemewahan dan kemeriahan.

 

Keunikan Kurma Daging

Kurma daging adalah hidangan khas Melayu yang terkenal di Malaysia dan Indonesia. Keunikannya terletak pada penggunaan rempah-rempah seperti kayu manis, bunga lawang, cengkih, dan jintan yang memberikan aroma dan rasa yang khas. Daging dimasak hingga empuk dalam kuah pekat yang manis dan berempah, biasanya menggunakan santan atau susu. Hidangan ini sering disajikan pada acara istimewa seperti perayaan dan kenduri. Kombinasi rasa manis, lemak, dan rempah-rempah membuat kurma daging istimewa dan berbeda dari hidangan daging lainnya, menjadikannya favorit di kalangan masyarakat Melayu.

Resepi Nasi Minyak Ala Kenduri Kahwin

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan nasi minyak simple ala kenduri kahwin:

  • 3 cawan beras basmathi
  • Setengah cawan margerin/planta
  • 3 setengah cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 helai daun pandan
  • Garam secukupnya
  • 1 kuib stok ayam
  • Pewarna kuning

Bahan-bahan untuk dikisar adalah seperti berikut:

  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia

Bahan-bahan untuk hiasan adalah seperti berikut:

  • bawang goreng
  • daun bawang dihiris

Cara-cara memasak nasi minyak adalah seperti berikut:

  1. Mula-mula panaskan margerin dalam periuk dan mula tumis bahan yang dikisar.
  2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
  3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam
  4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok.
  5. Tutup dan biarkan seketika.
  6. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!

Kredit: Angah Izan

broken image

 

 

 

Resepi Daging Masak Kurma

Bahan-bahan diperlukan untuk menyediakan resepi daging masak kurma adalah seperti berikut:

  • 1 kg daging (lembu atau kerbau)
  • 5 sudu besar rempah kurma adabi
  • 5 biji tomato
  • 3 biji cili hijau
  • 5 biji kentang
  • 1 biji bawang besar India
  • 1 inci halia
  • 2 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 sudu besar rempah campuran (biji sawi, halba, jintan)
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1/2 - 1 cawan air
  • sedikit minyak untuk menumis
  • secubit garam

Cara-caranya memasak daging masak kurma adalah seperti berikut:

  1. Basuh semua daging sehingga bersih dan toskan.
  2. Kemudian panaskan minyak yang berada dalam periuk.
  3. Tumiskan bawang besar yang telah dihiris bersama dengan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan rempah campuran hingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan daging dan kacau sehingga rata. Apabila daging sudah mula mengeluarkan air, ketuk halia dan masukkan dan kacau rata.
  5. Bancuh rempah kurma dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk.
  6. Potong kentang dan masukkan ke dalam periuk.
  7. Kemudian potong besar buah tomato dan cili hijau, juga masukkan ke dalam periuk.
  8. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
  9. Kacau sentiasa supaya daging tidak melekat di bahagian bawah periuk.
  10. Masukkan pes asam jawa yang dibancuh dengan sedikit air.
  11. Biarkan daging mendidih, jika masih pekat, masukkan lagi sedikit air.
  12. Perasakan dengan garam dan sedia untuk dihidang

Kredit: Owner resepi

 

broken image

Selamat mencuba, dan diharap perkongsian ini bermanfaat untuk anda.