Return to site

Aneka Resepi Puff Pastri yang Lazat dan Rangup

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
Aneka resepi puff pastri yang lazat

Puff pastri adalah sejenis makanan yang sangat digemari di Malaysia. Puff pastri sering diisi dengan bahan-bahan tempatan yang unik seperti kari ayam, sardin, serunding daging, atau kentang berempah. Variasi ini menjadikannya lebih dekat dengan cita rasa tempatan. Inti yang digunakan adalah sedikit berbeza dengan puff daripada Barat. Populariti puff di Malaysia adalah disebabkan caranya senang disediakan, rasa yang rangup dan sedap serta boleh disesuaikan dengan pelbagai selera dan acara seperti snek harian, majlis perkahwinan, sambutan hari raya, dan pelbagai lagi. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan resepi puff sosej cheese, puff sardin, pie apple, dan puff krim durian.

Keunikan Resepi Puff Malaysia

Puff menjadi snek kegemaran rakyat Malaysia kerana rasanya yang sedap dengan pelbagai perisa. Harga juga tidak begitu mahal jika dibeli, malah lebih murah jika disediakan di rumah. Pelbagai restoran, kafe dan kedai kek menyajikan puff pastri ini dengan pelbagai jenis. Antaranya adalah puff sardin, puff telur, puff kaya, puff serunding, puff kacang merah, puff coklat, puff cheese durian, puff apple dan macam-macam lagi. Keunikan resepi puff di Malaysia adalah menggabungkan kepelbagaian rasa puff pastri, rasa yang sedap, popularitinya yang meluas dan mudah disediakan.

 

Resepi Puff Sosej Cheese

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak puff sosej cheese adalah seperti berikut:

  • Puff pastri Kawan
  • Sosej
  • Cheese
  • Telur (untuk disapu atas puff)

Cara-cara penyediaan puff sosej cheese adalah seperti berikut:

  1. Sediakan puff pastri dan kepingan cheese.
  2. Potong dua bahan ini kepada dua bahagian atau mengikut saiz sosej.
  3. Mula-mula, letakkan cheese di atas pastri. Kemudian letakkan pula sosej di atasnya.
  4. Seterusnya, gulung puff pastri dengan kemas seperti dalam gambar di bawah.
  5. Sapukan juga telur kuning di atas puff yang sudah siap digulung.
  6. Bakar dalam air fryer pada suhu 200℃ selama 10 minit mengikut air fryer masing-masing.
  7. Selamat mencuba.

Sumber: Murni Mj

broken image

 

broken image

 

broken image

 

broken image

 

Resepi Puff Sardin

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat puff sardin adalah seperti berikut:

  • 1 tin sardin yang diambil isi sahaja.
  • 1 biji bawang yang dimayang dan dipotong dadu
  • 5 biji cili api yang dihiris
  • Mayonis sebanyak 5 sudu
  • Lada sulah ajishio
  • Sedikit cili flakes

Cara-cara penyediaan puff sardin adalah seperti berikut:

  1. Sediakan kuali.
  2. Masukkan sesudu minyak
  3. Masukkan bawang dan cili.
  4. Masak sehingga layu, masukkan ikan sardin, hancurkan ikan sardin, masukkan mayonis, lada sulah ajishio (atau boleh ganti dengan garam)
  5. Masukkan cili flakes, gaulkan dengan sebati, keringkan sedikit sehingga siap untuk digunakan.
  6. Pastri puff ini saya potong dua jadi puff sardin mini.
  7. Guna puff pastri jenama Kawan.
  8. Inti sardin tadi anda boleh buat ikut citarasa sendiri.

Kredit: Eniza M. Salim

 

broken image

 

Resepi Apple Pie

Bahan-bahan yang diperlukan untuk penyediaan apple pie adalah seperti berikut:

  • 2 biji epal hijau
  • 1/4 cawan gula perang (kurang atau lebih ikut citarasa anda)
  • 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala
  • Setengah cawan air

 

Cara-cara masak apple pie adalah seperti berikut:

  1. Buang kulit epal, potong dadu epal tadi
  2. Sediakan periuk
  3. Masukkan epal yg telah dipotong dadu tadi bersama gula perang, serbuk kayu manis, serbuk buah pala.
  4. Letak air.
  5. Tunggu sehingga epal lembut, masukkan tepung jagung.
  6. 1 sudu teh tepung jagung dan dibancuh bersama sedikit air
  7. Biarkan pekat padam api dan biarkan sejuk.
  8. Keluarkan kulit pastri dari peti sejuk.
  9. Ambil sekeping kulit pastri letak inti epal.
  10. Tutup dan tekan sekelilingnya dengan garfu.
  11. Buat sehingga habis.
  12. Sapu kuning telur di atasnya sebelum bakar
  13. Bakar dalam air fryer suhu 170 darjah selsius selama 10 minit atau sehingga masak.
broken image

Resepi Puff Krim Durian

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak puff krim durian:

  • 250g butter
  • 30g gula
  • 200mL susu full cream/fresh cream vanila
  • 400g tepung gandum
  • 9 biji telur

Cara-cara yang diperlukan untuk masak puff adalah seperti berikut:

  • Campurkan 250g butter dan 30g gula, kemudian masukkan 500ml air dan 200ml susu full cream/fresh cream
  • Masak semua bahan ini sampai mendidih, kemudian baru masukkan 400g tepung gandum
  • Masak sampai tidak melekat kemudian, sejukkan adunan dulu then baru alihkan adunan ke mixer then masukkan vanila dan 9 biji telur, masukkan satu persatu dan campurkan sehingga sebati
  • Bakar suhu 180 darjah selsius api atas bawah selama 25 minit
  • Belahkan dua cream puff untuk masukkan krim

Cara-cara penyediaan krim durian adalah seperti berikut:

  • 2 Sudu besar tepung custard
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan isi durian
  • 1 cawan air panas
  • fresh cream
  1. Campurkan semua bahan di atas
  2. Masak sehingga jadi custard menjadi licin
  3. Sejukkan adunan
  4. Fresh cream 2 cawan dicampurkan dengan custard durian tadi
  5. Mix sehingga sebati
  6. Masukkan krim tadi dalam piping beg guna nozel 1@2
  7. Isikan krim dalam puff dan ayak dusting powder atas puff
  8. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit: Azlina Ina

 

broken image
broken image

Kredit Gambar: Azlina Ina

Berikut yang dikongsikan tadi adalah resepi-resepi puff dan pie dengan pelbagai inti yang anda boleh jadikan rujukan.