Return to site

7 Resepi Sambal Tumis Mudah dan Jimat Masa untuk Sahur

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
7 Resepi Sambal Tumis Mudah dan Jimat Masa untuk Sahur

Bersahur adalah waktu yang penting untuk memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa. Namun, ramai yang menghadapi cabaran untuk menyediakan makanan yang sedap tetapi tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak, terutama pada waktu awal pagi. Sambal tumis adalah antara lauk yang sangat sesuai untuk bersahur, ringkas, enak, dan boleh dimasak dalam jumlah banyak untuk disimpan. Ia juga mudah dipadankan dengan pelbagai hidangan seperti nasi putih, roti, lempeng, atau mee segera, menjadikannya pilihan terbaik untuk sahur yang cepat dan menyelerakan. Dalam artikel ini, kami kongsikan 7 resepi sambal tumis paling ringkas dan jimat masa, sesuai untuk anda yang ingin menikmati hidangan lazat tanpa perlu bersusah payah di dapur terlalu lama.

Resepi 1: Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 Cawan bilis (siap dikopek)
  • 20 Helai Cili Kering (dikisar)
  • 2 Biji Bawang Kecil (dikisar)
  • 2 Biji Bawang Besar (dikisar)
  • 1/2 Biji Bawang Besar (dihiris)
  • 4 Ulas Bawang Putih (dikisar)
  • 1 Cawan Minyak Masak
  • Garam (Secukupnya)
  • Gula (Secukupnya)
  • Air Asam Jawa (Secukupnya)

#Nota: Jika bawang besar yang digunakan bersaiz agak kecil, masukkan empat biji semasa cili dikisar. Jika bawang besar bersaiz betul-betul besar, cukup sekadar dua biji.

Cara-cara memasak adalah:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.
  2. Keluarkan bilis dan masukkan bahan kisar serta gula.
  3. Tumis lama sehingga naik bau, pecah minyak dan garing.
  4. Masukkan bawang besar yang dihiris, air asam jawa dan garam.
  5. Kacau lagi dan lagi sehingga kering dan sambal jadi gelap.
  6. Masukkan sedikit air dan bilis goreng, kacau rata.
  7. Tutup api dan hidang
broken image

Resepi 2: Sambal Tumis Ikan Bilis Tempe

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Segenggam ikan bilis digoreng rangup
  • 1 keping tempe dipotong kecil dan goreng rangup
  • 10 cili kering dikisar
  • 5-6 ulas bawang merah ditumbuk kasar
  • 1 biji kentang dihiris wedges & goreng (pilihan)
  • Garam
  • Gula

Cara-cara memasak:

  1. Selepas menggoreng ikan bilis, angkat dan ketepikan.
  2. Goreng pula tempe, angkat dan ketepikan. Menggunakan minyak yang sama, tumis cili kisar sehingga cili masak dengan api perlahan.
  3. Selepas cili masak, masukkan bawang merah yang ditumbuk. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Masak lagi sehingga ianya terbit minyak.
  4. Masukkan garam dan gula.
  5. Padamkan api dan kemudian tuangkan ikan bilis dan tempe goreng.
  6. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan samada dengan nasi putih atau dimakan bersama roti putih.

Kredit: Azie Kitchen

broken image

Resepi 3: Sambal Sardin Telur Pecah

Bahan-bahan yang dikisar halus:

  • ½ inci halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 5-6 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih

Bahan-bahan lain:

  • Sedikit minyak masak
  • 1 biji kentang
  • 4-5 tangkai cili padi
  • 1 tin besar sardin
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • ½ sudu kecil gula
  • 3 biji telur
  • bawang holland

Cara- cara memasak adalah:

  1. Goreng cili padi sehingga agak layu. Angkat dan toskan minyak.
  2. Sediakan bahan kisar halus. Kisar halus kesemua bahan dengan sedikit air.
  3. Asingkan isi sardin dan kuahnya.
  4. Gaul kentang dengan garam secukup rasa.
  5. Panaskan sedikit minyak, lalu goreng potongan kentang sehingga masak serta keperangan. Angkat dan toskan minyak.
  6. Goreng isi sardin sehingga agak garing. Angkat dan toskan minyak.
  7. Tumiskan bahan kisar halus sehingga masak dan pecah minyak.
  8. Tambah sos tomato, sos tiram, air asam jawa, garam, gula, ikan sardin goreng dan hirisan bawang holland.
  9. Masukkan kuah sardin dan masak sehingga pecah minyak.
  10. Masukkan telur, lalu biarkan sehingga telur masak mengikut cita rasa sendiri.
  11. Sesudah agak masak, taburkan dengan kentang goreng dan cili padi goreng.
  12. Siap untuk dihidang.

Kredit : Che Nom

broken image

Resepi 4: Sambal Tumis Telur

Bahan-bahannya:

  • 10 biji telur yang direbus sehingga masak dan dikupas kulitnya.
  • 6 sudu makan cili kering kisar
  • 1/2 sudu makan asam jawa yang dicampur dengan secawan air untuk dijadikan air asam jawa
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat kasar
  • Garam
  • Serbuk perasa

Bahan untuk tumbuk lumat:

  • 1 sudu makan udang kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar

Cara-caranya adalah:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Goreng telur rebus hingga kekuningan. Angkat dan ke tepikan.
  3. Kurangkan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  4. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  5. Masukkan air asam jawa. Kalau pekat sangat boleh tambah lagi air. Biarkan mendidih.
  6. Masukkan telur dan bawang besar. Kacau rata.
  7. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Masak hingga sambalnya agak pekat.
  8. Tutup api. Hidangkan.
broken image

Resepi 5: Sambal Tumis Sotong

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 ekor sotong
  • 4 sudu besar cili boh
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • garam

Bahan-bahan untuk tumbuk :

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit belacan

Cara-cara memasak adalah:

  1. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau.
  2. Masukkan pula cili boh dan goreng lagi.
  3. Bila cili itu dah nampak garing, masukkan air asam jawa.
  4. Biarkan sehingga sambal itu mendidih barulah dimasukkan bawang besar, sotong dan garam.
  5. Masaklah sambal itu hingga pecah minyak. Tutup api.
broken image

Resepi 6: Sambal Tumis Udang Petai

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 10 ekor udang kuning
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 senduk cili kisar, ikut pedas disukai
  • 1 sudu besar gula
  • Garam
  • Air asam jawa

Cara-cara memasak adalah:

  1. Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis pula bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga cili benar-benar garing dengan menggunakan api perlahan.
  3. Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam jawa dan garam.
  4. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng dan kacau rata.
  5. Sesuaikan rasa dan tutup api. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu sebelum ditutup api.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
broken image

Resepi 7: Sambal Tumis Ikan Bilis Petai

Bahan-bahan adalah:

  • segenggam besar ikan bilis dibersihkan
  • segenggam besar bawang merah dimayang
  • seulas bawang putih dimayang halus
  • 1 1/2 sudu besar cili boh/cili kering kisar/cili padi untuk lebih pedas
  • 1/2 biji santan pekat, diperah dengan secawan air saja
  • sebiji bawang besar dimayang
  • petai dibuang kulit dan dibelah (ikut selera anda)
  • garam
  • minyak masak

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga layu (tapi tidak garing)
  2. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang.
  3. Goreng untuk 2-3 minit atau hingga layu, dan tambahkan cili boh, goreng untuk 2 minit.
  4. Kacau hingga sebati kesemua bahan-bahan
  5. Masukkan santan dan bawang besar, kacau hingga sebati
  6. Masukkan garam sedikit sahaja dan petai, kecilkan api dan tutup kuali
  7. Kacau sekali sekala, pastikan api kecil.
  8. Tunggu setelah pecah minyak dan masak.
  9. Siap dihidangkan.
broken image

Selamat mencuba dan selamat menyambut bulan Ramadhan.