Sardin adalah salah satu hidangan yang digemari ramai kerana rasanya yang enak, mudah disediakan, dan kaya dengan khasiat. Namun, tidak semua orang gemar menggunakan sardin dalam tin yang sering mengandungi bahan pengawet dan kandungan garam yang tinggi. Oleh itu, resepi sardin homemade menjadi pilihan terbaik bagi mereka yang ingin menikmati sardin yang segar, sihat, dan sesuai dengan selera sendiri. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara menyediakan sardin homemade yang mudah, menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti ikan segar, tomato, bawang, halia dan lain-lain bahan.
Keunikan Resepi Sardin Homemade
Resepi sardin homemade mempunyai keunikan tersendiri yang menjadikannya pilihan menarik bagi peminat masakan segar dan sihat. Dibuat menggunakan ikan segar seperti ikan sardin, ia memberikan rasa yang jauh lebih segar berbanding sardin dalam tin. Kuahnya pula sering dihasilkan daripada tomato segar yang dimasak bersama bawang, rempah, dan bahan semulajadi tanpa bahan pengawet atau perasa tiruan, menjadikannya pilihan yang lebih sihat. Resepi ini juga boleh disesuaikan mengikut selera, dengan tambahan bahan seperti cili, serai, atau daun kari untuk rasa yang lebih unik. Selain itu, anda mempunyai kawalan penuh ke atas kandungan garam, gula, dan minyak, menjadikannya mesra untuk diet tertentu. Tekstur ikan dalam resepi ini lebih lembut dan tidak mudah hancur, serta dapat disesuaikan mengikut saiz ikan yang diinginkan. Resepi sardin homemade juga sangat versatil, sesuai dijadikan lauk bersama nasi, inti sandwich, atau bahan tambahan dalam hidangan lain seperti mee. Dengan rasa yang lebih kaya, tekstur segar, dan pilihan yang lebih sihat, resepi ini menawarkan keistimewaan yang sukar ditandingi.
Resepi Sardin Homemade
Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan resepi sardin homemade adalah:
- 1 kilo ikan sardin
- 4 biji bawang besar
- 4 ulas bawang merah kecil
- 4 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia (tidak perlu banyak)
- 3 sudi besar cili kering diblender
- Sebiji tomato dipotong dadu
- 5 biji cili belah dua
- 4 sudu besar cili sos dan sedikit sos tomato
- 1/2 tin tomato puree
- Garam
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 cawan air ikut kepekatan
- limau nipis 2 biji untuk diperap
Cara-cara untuk memasak sardin homemade:
- Ikan dipotong ekor dan bahagian kepala, serta dibersihkan.
- Selepas itu, perap 10 minit dengan 1/2 sudu besar garam dan 2 biji limau nipis atau kasturi.
- Sudah perap basuh semula dan toskan air, kemudian ketepikan.
- Blender semua bawang dan halia dan sepotong dua tomato
- Tumis sehingga wangi dalam minyak yang banyak sikit lebih kurang suku cawan.
- Sesudah garing dan wangi, masukkan cili blender dan tumis sehingga betul-betul garing dan pecah minyak.
- Masukkan pati kiub, sos tiram, tomato puree, tomato potong dan bahan lain kecuali air.
- Kacau lagi sehingga sebati.
- Rasakan masin, manis dan masam
- Jika sudah okay rasanya tambah 2 cawan air, tidak perlu banyak sangat.
- Kacau sehingga sebati dan masukkan ikan sardin
- Tutup periuk tekanan dan setkan masa dalam 80 minit lebih kurang sehingga tulang sudah agak lembut
- Apabila sudah cukup masa, lepaskan wap tekanan dan ikut arahan pressure cooker masing-masing.
- Stir fry sikit dalam 2 minit sehingga kuah pekat.
- Selamat mencuba.
Kredit: Eniza M. Salim
Semoga perkongsian resepi ini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.