Return to site

Aneka Resepi Masakan Sotong yang Sangat Enak dan Mudah Dimasak

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
Aneka Resepi Masakan Sotong yang Sangat Enak dan Mudah Dimasak

Sotong adalah salah satu makanan laut yang digemari ramai kerana rasanya yang enak, teksturnya yang kenyal, dan serba boleh diolah menjadi pelbagai jenis hidangan. Baik digoreng rangup, dimasak sambal pedas, atau dijadikan sup yang menyegarkan, sotong pasti memberikan cita rasa yang memuaskan. Selain itu, sotong juga kaya dengan protein serta rendah lemak, menjadikannya pilihan makanan yang sihat jika dimasak dengan cara yang betul. Dalam blog ini, kami akan berkongsi pelbagai resepi sotong yang bukan sahaja sedap tetapi juga mudah untuk dicuba di rumah. Senarai resepi masakan sotong yang dikongsikan dalam blog adalah seperti berikut:

  1. Resepi Sotong Masak Thai
  2. Resepi Sotong Masak Lemak Cili Padi
  3. Resepi Sotong Masak Lada
  4. Resepi Sambal Sotong Campur Petai
  5. Resepi Sotong Sumbat Telur
  6. Resepi Sotong Masak Kunyit
  7. Resepi Sotong Cili Padi Petai
  8. Resepi Sotong Masak Kicap Pedas
  9. Resepi Sotong Sumbat Bakar

 

 

Aneka Resepi Masakan Sotong

1. Resepi Sotong Masak Thai

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi sotong masak Thai:

  • Sotong setengah kilo
  • Bawang kecil 3 ulas
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia 1 inci
  • Cili merah 2 biji
  • Cili padi 6 biji
  • Serai 2 batang
  • Semua bahan di atas tumbuk
  • Sedikit jus limau / 1 cawan air asam jawa
  • Sedikit pati ayam knoss
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit santan

Bahan-bahan untuk Hiasan:

  • Sebiji bawang besar
  • Daun bawang yang dihiris
  • Cili padi 6 biji
  • Daun limau purut 5 helai

Cara-cara untuk masak adalah:

  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk
  3. Goreng sampai pecah minyak
  4. Masukkan sotong
  5. Masukkan sedikit kunyit serbuk
  6. Masak sampai kering
  7. Masukkan jus limau pati ayam Knoss.
  8. Garam dengan gula
  9. Masukkan sedikit santan.
  10. Agak-agak hampir kering, masukkan bahan-bahan untuk hiasan
  11. Selamat mencuba

Kredit: Siti Fatimah

 

broken image

 

2. Resepi Sotong Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi sotong masak lemak cili padi:

  • 1 kilo sotong segar
  • 2 cawan santan pekat yang boleh tambah
  • 1 keping asam keping
  • 2 batang serai di titik
  • garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk ditumbuk lumat:

  • 3 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia

Cara-cara memasak adalah seperti berikut:

  1. Bersihkan sotong dan potong kecil serta ketepikan semua dulu
  2. Tumbuk semua bahan sampai lumat .
  3. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan tumbuk sampai wangi
  4. Masukkan santan, serai dan asam keping
  5. Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong, sekali-sekala kacau supaya kuah santan tidak pecah minyak
  6. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong masak dan boleh ditutup api dapur

Kredit: Nanie Khuzaifah

broken image

3. Resepi Sotong Masak Lada

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi sotong masak lada:

  • 1/2 kg sotong
  • 3 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 ulas bawang putih diketuk-ketuk
  • Garam
  • Perisa (ikut suka)
  • Minyak untuk tumis
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji cili padi

Cara-cara memasak adalah:

  1. Tumis bawang putih sampai garing
  2. Kemudian masukkan sotong, serbuk kunyit, dan lada hitam.
  3. Kacau rata
  4. Masukkan sos cili, garam dan serbuk perasa.
  5. Kacau rata
  6. Akhir sekali masukkan bawang yang dipotong nipis bersama cili padi.
  7. Tutup api dan siap

Kredit: Norlela Abdul Lahak

broken image

4. Resepi Sambal Sotong Campur Petai

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak adalah:

  • Bawang putih/ merah dikisar
  • Cili kisar
  • Air Asam
  • Sotong goreng (separuh masak)
  • Petai
  • Garam atau Gula

Cara-cara memasak resepi sambal sotong:

  1. Tumis bawang sampai kuning
  2. Masukkan cili kisar
  3. Tumis sampai pecah minyak
  4. Masukkan air asam sikit
  5. Tumis lagi, lepas itu masukkan petai dan sotong
  6. Rasakan dengan garam dan gula
  7. Leta serai dan daun limau purut sikit untuk buang bau hanyir sotong

Kredit: Homemade By Roselyza

broken image

5. Resepi Sotong Sumbat Telur

Bahan-bahan yang diperlukan untuk inti sumbat :

  • 3 biji telur ayam
  • Carrot yang dicincang
  • Isi ayam atau udang yang dicincang
  • Capsicum
  • Secubit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara masak adalah:

  1. Campur semua bahan dan gaul
  2. Goreng hancur ala scramble egg

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak sambal sotong:

  • 6 ekor sotong
  • 4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih (ditumbuk / dihiris)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 biji bawang holland
  • 2 sudu sos cili
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya

 

Cara-cara untuk masak adalah:

  1. Sumbat sotong dengan telur yang dimasak hancur.
  2. Tutup semula dengan kepala sotong dan cucuk dengan pencongkel gigi atau lidi.
  3. Tumis bawang sehingga naik bau
  4. Masukan cili kisar dan biar sehingga pecah minyak
  5. Masukan serbuk kari dan sos cili
  6. Boleh masukkan sotong yang telah sumbat dan biarkan sampai mendidih
  7. Masukkan gula, garam dan air asam jawa sesedap rasa
  8. Masukkan bawang holland yang telah dipotong bulat
  9. Hias sikit dengan cili atau daun bawang.
  10. Sedia untuk dihidangkan

Kredit: Azie

 

broken image

6. Resepi Sotong Masak Kunyit

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Sekilo sotong
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 biji bawang putih dihiris
  • 1 inci halia dihiris
  • 6 biji cili potong dua
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • Sehelai daun kunyit hiris besar
  • Sedikit garam dan serbuk perisa

Cara-cara masak adalah:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili sehingga naik bau
  2. Masukkan serbuk kunyit
  3. Masukkan sotong
  4. Sesudah separuh masak masukkan daun kunyit, garam dan serbuk perisa
  5. Tidak perlu masukkan air, masukkan daun kunyit dan gaul.
  6. Jika okay, boleh tutup api.
  7. Sedia dihidangkan dengan nasi putih

Kredit: Mami Marsya Queen Kitchen

 

broken image

7. Resepi Sotong Cili Padi Petai

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak adalah:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili api campur sikit yang merah
  • Serai
  • Petai
  • Sotong

 

Cara-cara masak adalah:

  1. Blend semua kecuali serai, petai dan sotong
  2. Tumis semua yang diblend tadi
  3. Serai dititikkan dan masukkan serai
  4. Masukkan petai, sotong dan perasa-perasa.

Kredit: Zairah Nazri

broken image

8. Resepi Sotong Masak Kicap Pedas

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • sotong
  • kunyit
  • garam
  • bawang holland
  • bawang putih
  • halia
  • tomato
  • cili kering
  • air asam jawa
  • kicap manis

Cara-cara memasak adalah:

  1. Sotong diperap dengan kunyit dan garam
  2. Hiris bawang holland dan bawang putih serta halia
  3. Tumis bebawang dengan hirisan tomato.
  4. Masukkan sesudu atau dua cili kering.
  5. Tumis sampai cili garing dan masukkan air asam jawa.
  6. Air dalam tumisan biar kering.
  7. Masukkan sotong dan tuang kicap manis.
  8. Perasakan dengan garam jika perlu.

Kredit: Syalfarina Razali

broken image

 

9. Resepi Sotong Sumbat Bakar

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Sotong
  • Telur ayam 3 atau 4 biji
  • Carrot yang dicincang halus
  • Daun bawang dicincang
  • Daun sup yang cincang halus
  • Bawang besar dipotong dadu
  • Udang dicincang

Cara-cara membuat isi sumbat:

  1. Satukan kesemua bahan dan perasakan
  2. Panaskan kuali dan goreng bahan campur, jadikan telur hancur
  3. Sejukkan dan sumbatkan ke dalam sotong yang telah dibersihkan
  4. Cucuk dengan lidi pencungkil gigi untuk kemaskan bahagian kepala
  5. Lumurkan sotong dengan sedikit pewarna kuning telur dan serbuk kunyit
  6. Bakar atas kuali dengan api yang slow
  7. Sotong yang telah siap dibakar bolehlah dihiris dan dicurahkan sos di atasnya

Bahan-bahan untuk membuat sos adalah:

  1. Cili padi sebanyak 5 biji ditumbuk
  2. Bawang putih 4 ulas ditumbuk
  3. Gula dan garam
  4. Sos cili 3 sudu besar
  5. Sos pencicah sebanyak 4 sudu besar
  6. Air limau nipis sebanyak 2 biji
  7. Hirisan daun ketumbar
  8. Sos ikan
  9. Sedikit air

Cara-cara membuat sos adalah:

  1. Gaulkan semua bahan bersama bahan yang ditumbuk
  2. Sesuaikan rasa dan jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air

Kredit: Adila Razak

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.