Return to site

Viral Resepi Takoyaki Seafood Paling Senang dan Sedap

www.kasturihijau.com

· MENU VIRAL
resepi takoyaki seafood

Takoyoki sudah tidak asing lagi di negara Malaysia tetapi asal resepi ini adalah daripada Osaka, Jepun. Takoyaki merupakan bebola kecil adunan tepung yang diisi dengan potongan sotong, atau seafood dimasak dalam acuan khas berbentuk sfera. Makanan ini adalah popular di Malaysia. Kini, takoyaki boleh ditemui di pasar malam, festival makanan, dan pusat beli-belah, yang menawarkan variasi isi seperti udang dan keju dan sebagainya. Disini, saya ingin kongsikan cara masak takoyaki yang senang dan mudah di rumah.

Kelazatan Takoyaki Seafood

Takoyaki seafood adalah tidak banyk beza dari takoyaki tradisional, di mana isi utama selain sotong juga boleh menggunakan pelbagai jenis makanan laut lain seperti udang, kepah, ketam, atau ikan. Takoyaki seafood mempunyai rasa dan tekstur yang unik yang sangat memikat dengan rasa manis dan masam sos takoyaki menambahkan rasa yang melazatkan. Mayonis yang digunakan sebagai hiasan memberikan rasa krim yang lembut dan kaya. Bahagian dalam takoyaki adalah lembut dan gebu, hampir seperti puding, disebabkan oleh adunan yang cair.

 

 

 Resepi Takoyaki Seafood

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan resepi takoyaki seafood:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu tepung jagung
  • 4 sudu minyak
  • 4 cawan air
  • 4 biji telur
  • 1 sudu baking powder
  • Garam

Cara penyediaan bancuhan takoyaki:

  1. Campur semua, kacau sebati sampai dapat barter yang tak terlalu pekat tak terlalu cair. Selepasi itu, simpan kat dalam peti ais selama setengah jam.
  2. Cara masak takoyaki boleh rujuk video di bawah. Filling takoyaki boleh letak ayam, sosej, udang, sotong.
  3. Selepas itu, masukkan sekali kobis ikut pilihan
  4. Letakkan sos dan topping di atas takoyaki dan sedia untuk dihidangkan.

Bahan-bahan resepi sos takoyaki adalah seperti berikut:

  • 2 cawan sos cili
  • 1 cawan kicap
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 cawan gula
  • 1 inci halia diketuk
  • Chili flake ( kalau nak rasa pedas)
  • Tepung jagung

Cara penyediaan bancuhan sos takoyaki:

  1. Campur semua bahan, bila dah hampir masak masukkan air bancuhan tepung jagung. Masak sampai likat menjadi sos. Jangan terlalu cair rasanya akan kurang enak.
  2. Selamat mencuba.

 

resepi takoyaki seafood

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih.