Return to site

Viral Resepi Vietnamese Roll dengan Kuah Hijau yang Melazatkan

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
Resepi Vietnamese Roll dengan Kuah Hijau

Pernahkah anda mencuba Vietnamese roll? Makanan berasal daripada Vietnam ini sangat menyihatkan dan segar. Bahan-bahan untuk penyediaannya juga simple dan mudah diperoleh. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara penyediaan resepi Vietnamese roll dan kuah hijau yang kini popular di Malaysia.

Latar Belakang Vietnamese Roll

Vietnamese roll, atau dikenali sebagai gỏi cuốn, adalah hidangan tradisional dari Vietnam yang terkenal kerana menggunakan pelbagai bahan-bahan yang segar dan menyihatkan. Hidangan ini terdiri daripada gulungan nipis yang dibuat menggunakan kertas nasi *bánh tráng*, yang diisi dengan pelbagai bahan seperti udang, daging, sayur-sayuran segar, dan herba aromatik seperti daun ketumbar dan daun selasih. Dikenali sebagai makanan ringan yang menyihatkan, makanan ini tidak digoreng dan disajikan sejuk dan segar serta sering dihidangkan bersama sos yang pedas dan manis untuk melengkapkan rasanya.

Vietnamese roll ini asalnya dicipta sebagai hidangan praktikal untuk golongan petani dan pekerja yang memerlukan makanan yang mudah dibawa tetapi berkhasiat. Kini, Vietnamese roll telah berkembang menjadi hidangan popular di seluruh dunia, termasuk dalam masyarakat moden yang mengutamakan makanan sihat dan segar. Kepelbagaian bahan dalam makanan ini membolehkan setiap gulungan disesuaikan dengan citarasa individu, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang mencari hidangan ringan, tetapi lazat dan menyihatkan. Populariti Vietnamese roll di luar Vietnam juga membuktikan betapa hidangan ini berjaya merentasi sempadan dan membawa rasa asli Vietnam.

 

 

Resepi Vietnamese Roll dan Kuah Hijau

Bahan-bahan diperlukan adalah:

  • Rice paper
  • Meehoon atau Soohoon
  • Salad
  • Isi ketam
  • Udang
  • Carrot
  • Timun

 

Cara-cara untuk buat Vietnamese roll adalah:

  • Celup terlebih dahulu lobak, isi ketam dan udang di dalam air yang mendidih kecuali salad dan soohoon.
  • Soohoon boleh direndamkan dengan air panas suam sahaja sebab ia mudah masak.
  • Untuk udang pula, anda boleh goreng atau celup kemudian baru buang kulit.
  • Ambil rice paper dan celup ke dalam air yang suam atau air biasa suhunya.
  • Jangan gunakan air panas dikhuatiri rice paper anda cepat lencun dan mudah terkoyak semasa menggulung.
  • Jangan pula terlalu keras rice papernya. Jika terlalu keras, boleh celup ke dalam air suam.
  • Susun bahan-bahan ikut kreativiti anda.
  • Pastikan anda lapik rice paper yang telah dicelup di atas pinggan atau lapik yang licin supaya tidak melekat.
  • Susun dahulu salad, soohoon, lobak kemudian letak udang dan isi ketam seperti dalam gambar.
  • Kemudian lipat kiri kanan dan gulung dengan kemas.
  • Pastikan anda tidak buat terlalu tebal untuk halang rice paper mudah koyak.
  • Siap, boleh dimakan bersama sos.
broken image
broken image

 

 

Resepi Sos Vietnamese Roll atau Kuah Hijau

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Segengam daun ketumbar
  • 4 biji cili padi hjiau (letak lebih untuk lebih pedas)
  • Satu helai daun limau
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit air
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu ajinomoto
  • 2 sudu gula
  • air limau sikit atau limau nipis separuh biji
  • Susu segar dutch lady kotak (anggaran sendiri)
  • Yogurt original
  • 2 sudu susu pekat

Cara penyediaan kuah hijau Vietnamese roll:

  1. Bahan-bahan daripada 1 hingga 10 perlu diblend.
  2. Kemudian sediakan periuk, masukkan bahan yang diblend.
  3. Masak dengan api perlahan, sambil masukkan bahan-bahan susu segar, yougurt dan susu pekat.
  4. Masak api perlahan sehingga kuah menjadi pekat sedikit
  5. Siap, boleh dimakan bersama Vietnamese roll.

Kredit: Kak Liyn

 

broken image

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada para pembaca kasturihijau.com.