Return to site

Resepi Kek Blueberry Cheese yang Melazatkan

www.kasturihijau.com

· MENU VIRAL
resepi kek blue berry cheese

Bagi penggemar kek, semestinya anda juga menyukai kek blueberry cheese. Kek ini antara kek cheese yang sangat popular kerana rasanya yang sedap dan lazat. Penulis juga merupakan seorang penggemar kek blueberry cheese. Bagaimanapun, jika dibeli di kedai kek, harganya agak mahal untuk sepotong kek dan kita akan rasa tidak puas. Jadi, lebih jimat jika kita boleh sediakan di rumah dan jamu pada ahli keluarga dan jiran-jiran. Kek blueberry cheesecake adalah sejenis kek yang terdiri daripada lapisan dasar biskut, lapisan keju krim, dan topping blueberry. Untuk menyediakan kek blueberry cheese ini, anda boleh rujuk resepi di bawah.

Resepi Kek Blueberry Cheese

Berikut adalah bahan-bahan untuk penyediaan base kek:

  • 100g biskut marie, dihancurkan
  • 100g butter, dicairkan (Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat)

Berikut adalah bahan-bahan untuk menyediakan cream cheese:

  • 250g cream cheese, suhu bilik
  • 65g whipping cream
  • 30g gula kastor
  • 3 kuning telur Gred A
  • 1/2st esen vanila
  • 1/2st jus lemon/lemon oil
  • 30g gula kastor
  • 3 putih telur Gred A
  • 1/4st cream of tartar (optional)
  • 200g blueberry filling

Cara penyediaan kek blueberry cheese seperti berikut:

  1. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celsius. Kemudian, bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik.
  2. Dalam bekas besar, masukkan cream cheese, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan menjadi sebati, smooth dan gebu. Gunakan kelajuan pukulan sederhana.
  3. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sehingga sebati, sambil berhenti sekali-sekala.
  4. Dalam bekas yang lain, pukul putih telur sehingga berbuih.
  5. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula dimasukkan sedikit demi sedikit, sehingga kaku.
  6. Ambil satu senduk meringue (putih telur tadi) dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese. Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja untuk keluarkan buih-buih yang besar.
  8. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie,atau water bath atau steam bake untuk 1 jam.
  9. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar , sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk.
  10. Sesudah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.

Telah dikongsikan cara masak kek blueberry cheese untuk dijadikan rujukan anda. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

resepi kek blue berry cheese

 

Kredit: Resepi Mas DapurMas

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih