Return to site

4 Resepi Masak Daging Korban yang Melazatkan

www.kasturihijau.com

· MENU VIRAL
broken image

Anda pening kepala nak masak apa dengan daging korban Aidiladha tahun ini? Anda boleh cuba senarai resepi masakan daging yang kami sediakan untuk memasak daging korban yang anda perolehi. Disini kami senaraikan, 4 resepi daging korban yang meliurkan dan harus anda cuba iaitu resepi daging korban dendeng, resepi daging rendang warisan, resepi daging masak hitam, dan resepi daging masak merah ala Thai.

Senarai Resepi Daging Kurban

Berikut adalah senarai resepi yang anda boleh cuba untuk masak daging kurban yang ada peroleh. Resepi-resepi ini adalah sangat sedap dan meliurkan, serta tidak rugi dicuba.

1. RESEPI DAGING DENDENG

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak resepi daging dendeng adalah seperti berikut.

  • 1/2kg Daging yang dipotong nipis
  • 1 labu bawang besar dimayang halus
  • 4 biji bawang merah dimayang halus
  • 3 ulas bawang putih dimayang halus
  • 1 inci halia dimayang halus
  • 2 batang serai
  • 3 helai daun limau purut
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • 1 senduk cili blend
  • 1/2 cawan kicap cap kipas udang
  • Sedikit air asam jawa
  • Air rebusan daging

Cara-cara Masak Resepi Daging Dendeng adalah seperti berikut.

  1. Daging dipotong dengan nipis dan kemudian direbus hingga lembut. Kemudian ambil anak lesung, tumbuk satu-satu hirisan daging tadi
  2. Goreng daging yang dah siap ditumbuk tadi sebentar, tetapi jangan terlalu lama nanti daging akan menjadi keras. Ketepikan dahulu daging yang sudah digoreng tadi.
  3. Tumiskan bahan yang dimayang halus sampai garing kemudian angkat.
  4. Gunakan minyak yang sama tadi, tumiskan serai, bunga lawang dan kulit kayu manis
  5. Apabila sudah wangi, masukkan cili blend dan sedikit air rebusan daging. Masak sampai terbit minyak.
  6. Masukkan kicap, air asam jawa, daging, gula dan garam
  7. Akhir sekali, masukkan bawang yang digoreng awal tadi. Kacau sehingg sebati.
  8. Siap.

Kredit : Cik Puan Julieta

Resepi Daging dendeng dan Daging rendang

2. RESEPI RENDANG DAGING WARISAN

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak resepi daging rendang warisan adalah seperti berikut.

  • 2 kg daging
  • 2 biji bawang sederhana besar
  • 8 ulas bawang putih
  • Halia sebesar 2 jari
  • Kunyit hidup sebesar 2 jari
  • Sedikit lengkuas
  • 6 batang serai
  • Cili kering diblend lebih kurang 2 senduk
  • Santan kotak 500ml
  • Kerisik

Cara-cara Masak Daging Rendang Warisan adalah seperti berikut.

  1. Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, kunyit hidup dan serai diblend.
  2. Masukkan dalam kuali bersama dengan cili kering blend. Lps tu masukkan daging. Kacau supaya bahan blend semua rata dengan daging.
  3. Masukkan santan. Kacau lagi. Masak rendang daging api jangan kuat, sederhana je.
  4. Bila dah hampir nak kering masuk kerisik dan daun kunyit hiris, daun limau purut, asam keping.
  5. Jgn lupa garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Opah guna gula melaka dan sedikit gula pasir.

Sumber : Norsiah Zakaria

3. RESEPI DAGING MASAK HITAM

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi daging masak hitam.

  • 2kg daging
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
  • 20 tangkai cili kering yang dikisar
  • 2 biji bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 5-6 inci halia yang dihiris
  • 2 batang serai
  • 5 biji buah keras
  • 1 genggam kismis
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara masak resepi daging masak hitam.

  1. Perap dahulu daging dengan kicap manis, kicap pekat dan cili kering yang telah dikisar selama 2 hingga 3 jam
  2. Sementara tu, kisar bawang besar, bawang putih dan halia dan kemudian kisar pula serai, kismis, buah keras, jintan manis dan lada hitam
  3. Panaskan minyak dan tumiskan 4 sekawan, dan kemudian masukkan bawang kisar
  4. Apabila bawang dah garing, masukkan rempah kisar pula
  5. Bila sudah pecah minyak, masukkan daging.
  6. Guna api perlahan dan jangan letak air, nanti daging akan keluarkan air sendiri
  7. Masak sampai kering menggunakan api perlahan.
  8. Boleh tambah gula dan garam ikut perasa anda.
  9. Untuk keringkan air perlu tunggu 3 jam.
  10. Sedia dihidangkan.

Kredit: Rusfaniza Abu Yazid

4. RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak daging masak merah Ala Thai.

  • 500 gram daging
  • 1 biji bawang holland yqng dhiris kasar atau dipotong bulat
  • 2 batang daun bawang potong 1 inci
  • 5 biji cili padi diketuk
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1 senduk cili kering blender (kalau nak kuah banyak lebihkan sikit cili kering)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar gula
  • Sos ikan sikit

Cara-cara memasak daging masak merah ala Thai.

  1. Masukkan bawang putih yang diketuk tadi dalam minyak goreng daging.
  2. Kemudian masukkan cili kering blender.
  3. Tumis sampai cili kering garing.
  4. Masukkan cili padi ketuk, sos tiram, sos cili, sos tomato, gula dan sos ikan.
  5. Kacau-kacau sebentar
  6. Masukkan daging yang dah digoreng tadi dan kacau lagi.
  7. Masukkan air rebusan daging kalau nak kuah lebih dan kacau lagi.
  8. Masukkan bawang holland dan daun bawang.
  9. Boleh tutup api.
  10. Siap.

 

Kredit: Owner

 

Resepi daging hitam dan daging masak merah Thai

Selamat mencuba. Jangan lupa subscribe www.kasturihijau.com untuk mengetahui artikel-artikel yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih.