Return to site

Resepi Masak Ikan Patin Tempoyak Asli dan Sambal Belacan

www.kasturihijau.com

· MENU VIRAL
ikan patin tempoyak

Resepi ikan patin tempoyak adalah hidangan tradisional dari negeri Pahang, Malaysia. Ia menggunakan ikan patin dan tempoyak, yang diperbuat daripada durian yang telah diperam. Resepi ikan patin ini memang sedap dimakan dengan nasi panas, ulam-ulaman seperti timun, kacang panjang, petai, dan daun ulam raja, telur dadar, dan sambal belacan. Artikel kali ini ingin berkongsi dengan pembaca mengenai resepi masak ikan patin tempoyak asli.

Resepi Masak Ikan Patin Tempoyak Asli

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi masak ikan patin tempoyak asli adalah seperti berikut:

  • 1 ekor patin bersaiz sederhana ( anggaran 8 potongan ikan patin saiz sederhana)
  • 2 senduk tempoyak
  • 4 - 5 cawan air agak-agak pekat kuah
  • segengam cili padi hijau dan merah (boleh tambah lagi jika suka pedas)
  • 1 inci kunyit hidup
  • Secekak daun kesum
  • 3 keping asam keping (kalau suka masam boleh letak)
  • Sedikit garam

 

 

Cara cara memasak ikan patin tempoyak asli yang sedap adalah seperti berikut:

  1. Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Tidak perlu sampai terlalu hancur.
  2. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk dan digaul rata.
  3. Lebih sedap jika menggunakan tempoyak yang fresh. Tempoyak yang menyebabkan kuah ikan patin menjadi terlebih masam atau kurang sedap.
  4. Masukkan air sekitar 4 sehingga 5 cawan ke dalam kuali atau periuk.
  5. Masukkan pula bahan yang ditumbuk tadi ke dalam kuali diikuti dengan asam keping.
  6. Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah merenih dan menggelegak.
  7. Setelah menggelegak, masukkan pula daun kesum dan ikan patin.
  8. Pastikan kuah tempoyak sudah mendidih barulah dimasukkan ikan patin ke dalamnya supaya ikan tidak hancur.
  9. Masak dalam 4-5 minit sahaja.
  10. Kacau perlahan dan tutup api.
  11. Sedia untuk dihidangkan.

 

Resepi Sambal Belacan

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan resepi sambal belacan adalah seperti berikut:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Cili merah
  • Cili padi merah dan hijau
  • Tomato
  • Nenas
  • Garam
  • Gula
  • Jus limau nipis

Caranya adalah blender semua sekali bahan di atas sehingga lumat. Siap.

Kredit: Nurul Aini

ikan patin tempoyak

 

 

 

Tips Hilangkan Bau Hanyir Ikan Patin

  • Ikan patin adalah sejenis ikan sungai dan kebiasaannya ikan ini berbau hanyir.
  • Cuba cuci atau rendam ikan patin dengan menggunakan tepung gandum dan perahan air limau atau perahan air asam jawa.
  • Dalam ikan patin ada satu urat sebesar benang berwarna putih. Menurut petua orang lama, urat ini harus ditarik keluar untuk mengurangkan bau hanyir dan isi ikan patin akan bertambah lemak. Urat ini terletak di tengah-tengah isi ikan.
  • Ikan patin tempoyak ini sedap dimakan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman.

Rujuk video di bawah untuk buang urat hanyir ikan patin.

Diharap artikel kali ini memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Selamat mencuba resepi ikan patin tempoyak.

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih