Return to site

Review Probiotik untuk Penghidap Gastrik dan Gerd

kasturihijau.com

· REVIEW
Review Probiotik untuk Penghidap Gastrik dan Gerd

Tahukah anda bahawa probiotik adalah bakteria baik yang diperlukan oleh sistem pencernaan manusia. Jika bakteria ini tidak seimbang dalam usus, maka seseorang akan mengalami masalah pencernaan seperti gastrik. Dalam artikel ini, saya akan review satu produk probiotik yang bagus untuk penghidap gastrik.

 

Apakah itu Probiotik?

  • Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan, terutamanya dalam proses pencernaan. Ia membantu menghapuskan toksin, memperkuatkan sistem imun, dan mengekalkan keseimbangan mikrobiota usus apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi. Selain itu, probiotik juga dapat melawan bakteria Helicobacter pylori yang berkait rapat dengan masalah gastrik dan membantu memperbaiki sistem imun.
  • Untuk memperoleh manfaat probiotik, anda boleh mengamalkan diet yang kaya dengan makanan seperti susu kultur, yogurt, tempe, kimchi, dan pulut tapai. Makanan dan minuman ini dapat meningkatkan kemampuan usus untuk menyerap nutrien yang diperlukan bagi proses pemulihan, terutamanya bagi mereka yang menghadapi masalah pencernaan.
  • Bagi penghidap gastrik, pengambilan makanan probiotik seperti yogurt, kefir, dan kimchi boleh membantu meringankan simptom gastrik. Selain itu, minuman probiotik seperti susu kultur bukan sahaja enak, tetapi juga bermanfaat untuk kesihatan usus anda. Anda juga boleh mencuba mengamalkan makanan atau minuman probiotik semasa berpuasa untuk menjaga kesihatan usus yang lebih baik.

 

Kebaikan Probiotik Untuk Penghidap Gastrik

Berikut adalah 5 kebaikan utama probiotik untuk pesakit gastrik dan GERD (Gastroesophageal Reflux Disease):

1. Mengurangkan Keradangan Perut

  • Probiotik dapat membantu mengurangkan keradangan di lapisan perut yang sering berlaku pada pesakit gastrik. Bakteria baik dalam probiotik membantu menyeimbangkan mikrobiota usus, yang boleh mengurangkan simptom seperti sakit perut dan ketidakselesaan.

2. Memperbaiki Penghadaman dan Penyerapan Nutrien

  • Probiotik menyokong sistem pencernaan dengan memperbaiki proses penghadaman makanan, memastikan makanan dipecah dengan lebih efisien dan nutrien diserap dengan baik. Ini membantu mengurangkan masalah pencernaan yang sering dialami oleh pesakit gastrik dan GERD.

3. Melawan Bakteria Helicobacter pylori

  • Bakteria Helicobacter pylori adalah salah satu punca utama gastrik dan ulser perut. Probiotik, terutamanya jenis tertentu seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium, dapat membantu melawan jangkitan bakteria ini dan mengurangkan kerosakan pada perut.

 

4. Mengurangkan Simptom Pedih Ulu Hati (Heartburn)

  • Probiotik boleh membantu mengurangkan simptom pedih hati yang sering dialami oleh pesakit GERD. Bakteria baik dalam probiotik membantu memperbaiki keseimbangan asid dalam perut, yang boleh mengurangkan asid refluks yang menyebabkan pedih hati.

5. Meningkatkan Kesihatan Usus dan Fungsi Sistem Imun

  • Probiotik menyokong kesihatan usus dan meningkatkan fungsi sistem imun, yang sangat penting bagi pesakit gastrik dan GERD. Dengan menjaga keseimbangan mikrobiota usus, probiotik dapat mengurangkan risiko jangkitan dan masalah pencernaan yang berkaitan dengan sistem imun yang lemah.

Kesan Jika Koloni Bakteria Baik Tidak Seimbang Dalam Usus

Berikut adalah beberapa kemungkinan kesan daripada bakteria (mikrobiota) baik tidak seimbang:

1. Masalah Pencernaan

Disbiosis boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti cirit-birit, sembelit, dan sindrom usus radang (IBS). Kekurangan kepelbagaian bakteria usus boleh mengganggu proses pencernaan yang betul dan penyerapan nutrien daripada makanan.

2. Sistem Imun yang Lemah

Mikrobiota usus yang sihat membantu mengatur sistem imun. Apabila mikrobiota usus tidak seimbang, sistem imun menjadi kurang berkesan dalam melawan jangkitan, menyebabkan peningkatan kecenderungan terhadap penyakit.

3. Keradangan

Disbiosis boleh menggalakkan keradangan di dalam usus dan di seluruh tubuh. Keradangan kronik dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit usus radang (IBD), obesiti, dan penyakit kardiovaskular.

 

4. Jangkitan Gastrointestinal

Kekurangan bakteria usus yang bermanfaat boleh memudahkan patogen berbahaya pada usus dan menyebabkan jangkitan, yang boleh membawa kepada keadaan seperti keracunan makanan.

5. Kekurangan Nutrisi

Dengan mikrobiota usus yang tidak seimbang, proses pencernaan dan penyerapan nutrien yang betul, termasuk vitamin dan mineral tertentu, boleh terganggu, menyebabkan kekurangan nutrisi.

6. Gangguan Metabolik

Beberapa kajian menunjukkan bahawa disbiosis boleh menyumbang kepada gangguan metabolik seperti obesiti dan diabetes jenis 2. Ketidakseimbangan bakteria usus boleh mempengaruhi metabolisme tubuh dan keseimbangan tenaga.

 

 

 

Jenis Produk Review

Untuk artikel ini, kami akan review satu probiotik yang kami sendiri gunakan dalam diet harian untuk mengurangkan masalah pencernaan, sakit gastrik dan asid lambung akibat gerd. Produk probiotik adalah GKB Probio+ (Probiotics & Prebiotics Formula). Klik Beli: Probiotik Probio+ (Shopee)

1. Probiotik ini mengandungi 5 jenis strain probiotik (bakteria baik):

  • Lactobacillus rhamnosus
  • Lactobacillus helveticus
  • Lactobacillus fermentum
  • Bifidobacterium longum
  • Streptococcus thermophilus

2. Mengandungi 2 jenis prebiotik:

  • Fruktooligosakarida
  • Inulin

3. Tindakan utama probiotik adalah:

  • Mengembalikan keseimbangan bakteria usus
  • Melepaskan bahan antibakteria untuk membunuh bakteria berbahaya
  • Mempengaruhi probiotik lemah di sekeliling untuk menjadi lebih kuat
  • Menghasilkan "kunci isyarat" kepada sistem imun untuk mengaktifkan sistem imun dengan lebih kuat
  • Melegakan sembelit dan cirit-birit
  • Meningkatkan sistem imun
  • Menjaga kesihatan harian
broken image

Review Menggunakan Produk

Sebelum menggunakan probiotik, saya mengalami masalah gastrik dan gerd yang kronik kerana simptom berlarutan lebih sebulan. Saya mengambil ubat gastrik dan ubat kapur hampir setiap hari. Antara simptom yang dialami adalah heart burn atau pedih ulu hati, loya, pedih perut, kembung perut, sakit belakang, pening dan letih. Bagaimanapun, setelah menggunakan probiotik ini, saya dapati simptom lama-kelamaan berkurangan, terutamanya pedih ulu hati, loya dan kembung perut. Saya amalkan probiotik untuk 1 minggu pertama dan dapati kesan perubahan yang baik, dan saya teruskan lagi memakan probiotik selama 2 bulan. Setelah habis hampir 2 kotak, saya dapati saya dapat makan semula pelbagai jenis makanan yang pedas dan masam. Bagaimanapun, saya masih mengekalkan pantang terhadap makanan yang sangat pedas, sangat masam, manis, dan makanan berangin. Boleh katakan saya hampir sembuh setelah makan produk ini hampir 2 bulan. Bagaimanapun, kesan pada setiap orang adalah berbeza-beza berdasarkan keterukan penyakit yang kita hadapi. Klik Beli: Probiotik Probio+ (Shopee)

Sila komen jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.