Return to site

Review Minum Susu Almond untuk Penyakit Gerd, Gastrik dan Anxiety

kasturihijau.com

· REVIEW
Review Minum Susu Almond untuk Penyakit Gerd, Gastrik dan Anxiety

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera,

Artikel saya kali ini agak berbeza format dengan artikel yang lain-lain kerana untuk artikel kali ini saya ingin buat review mengenai barangan peribadi milik saya sendiri. Jadinya, penulisan saya dalam artikel review lebih santai berbanding artikel yang lain-lain. Saya ingin kongsikan pengalaman hidup saya sebagai seorang pesakit gerd, gastrik dan anxiety. Tetapi sebelum itu, saya ingin maklumkan bahawa penceritaan dan kandungan dalam artikel jenis review ini adalah berdasarkan personal experience, dan tidak bertujuan menyebarkan apa-apa berita palsu atau lain-lain unsur, dan tidak berniat jahat sama sekali.

Pertama sekali, saya berasa bersyukur kepada Allah swt kerana website yang kami bangunkan ini mendapat sokongan daripada ramai orang di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan lain-lain negara. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah swt dan sokongan para pembaca kasturihijau.com yang saya hormati semua, unique visitors telah melebihi 11,000 pengunjung ke laman website ini sejak mula-mula dibina pada 3 bulan yang lalu. Walaupun, traffic masih rendah, tetapi saya amat bersyukur kerana website ini bermula dengan serba kekurangan dan zero traffic.

 

Mungkin ramai sebenarnya tidak mengenali saya. Saya hanyalah orang biasa sahaja, tidak berpangkat dan tidak berjawatan. Saya, nama samaran Dr. Kasturi berasal daripada Melaka, dan kini menetap di Negeri Sembilan. Saya bekerja sendiri dan baru memulakan syarikat penulisan dan suntingan untuk artikel dan buku ilmiah yang berasaskan sains. Saya pernah berkhidmat sebagai penyelidik atau saintis di UKM selama beberapa tahun dan kini bekerja sendiri. Jadinya, tujuan saya menubuhkan website ini adalah untuk berkongsi maklumat dan informasi berasaskan sains, agama Islam, dan pendidikan yang berguna dan bermanfaat kepada orang ramai. Saya juga memohon maaf jika penulisan saya ini serba kekurangan pada pandangan para pembaca sekalian.

 

Berbalik kepada produk review berkaitan penyakit gerd, gastrik dan anxiety, saya ingin kongsikan sedikit cerita berkenaan penyakit yang saya alami. Saya didiagnos dengan gerd, gastrik dan anxiety atau saya kenali penyakit 'triple trouble' ini sejak 2017. Semasa itu, saya sedang menyiapkan tesis akhir Doktor Falsafah dalam bidang kajian Biokimia. Simptom penyakit yang saya alami adalah sangat teruk, iaitu sakit ulu hati yang berpanjangan, sakit tekak, panas perut, panas saluran makanan ke tekak (esofagus), sakit belakang, mual dan loya, rasa nak muntah, letih sentiasa, hilang fokus, stress, overthinking, demam kadang-kadang, susah tidur, asid refluks kerap, tetapi yang agak teruk adalah penurunan berat badan akibat hilang selera makan.

 

Pelbagai doktor sudah saya temui untuk mengubati penyakit ini, dan ramai doktor berpendapat bahawa penyakit saya adalah penyakit triple trouble tadi. Ubat-ubatan yang diberikan doktor alhamdulillah berkesan, cumanya ia adalah sementara sahaja. Jadinya, kebergantungan saya pada ubat adalah tinggi untuk mengurangkan rasa sakit yang saya alami. Melalui pembacaan saya, gastrik adalah akibat keradangan atau inflamasi yang berlaku pada perut, di mana lapisan mukosa yang meliputi atau cover dinding perut daripada asid pH 2 ini telah terhakis. Jadinya, pesakit gastrik tidak boleh memakan makanan yang berasid dan pedas kerana ia akan menyakitkan dan ini terjadi kepada saya.

Saya berpendapat bahawa, mungkin saya boleh menggantikan makanan dan minuman dari jenis neutral atau beralkali supaya perut tidak sakit. Namun, jika anda mengambil makanan atau minuman yang terlalu beralkali, ia akan menyebabkan masalah lain, iaitu pencernaan perut dan usus tidak sempurna, dan zat tidak dapat diserap ke dalam badan. Anda akan menjadi malnutrition, dan ia sangat berbahaya.

 

Jadinya, puas saya memikirkan apakah minuman yang saya boleh ambil setiap hari, tapi tidak berasa sakit atau pedih perut. Saya juga wajib memakan nasi 3 kali sehari, dengan telur dan ayam sup sahaja. Sumber makanan saya terhad dan tidak pelbagai. Saya tidak boleh mengambil susu, walaupun sebelum ini saya adalah penggemar susu. Susu akan membuatkan saya rasa loya dan berangin dan boleh membawa kepada muntah.

broken image

Foto: Dalucia

Semasa pencarian itu, saya dipertemukan dengan satu produk ini yang dikenali dengan susu almond atau susu badam. Saya pernah mendengar mengenai produk ini, tetapi pada masa itu saya tidak tahu fungsi minuman ini. Setelah membaca produk sheet, dan kandungan nutrisi, saya decide untuk mencuba produk ini. Sebabnya susu ini adalah minuman tidak berasid, dan almond adalah kekacang yang sedikit beralkali, jadinya susu yang terhasil juga sedikit beralkali, dan ia juga mengandungi pelbagai khasiat yang saya perlukan seperti kalsium, protein, vitamin D, potasssium, iron dan juga susu ini rendah lemak dan gula.

Setelah mencuba produk ini, selama sebulan saya nampak hasil yang ketara, dimana saya tidak lagi bergantung kepada ubat kapur dan pil gastrik yang Doktor bekalkan. Saya mengamalkan susu ini dua kali sehari iaitu waktu siang dan waktu malam. Kesan positif adalah senang sendawa, tidak loya atau muntah, pedih perut berkurang, pedih ulu hati berkurang ketara, dan lama ke lamaan saya berhenti mengambil ubat doktor dan hanya bergantung kepada susu ini. Pada saya, susu ini berfungsi sebagai ubat kapur, yang bersifat sedikit alkali untuk meneutralkan asid berlebihan yang menghakis perut, dan juga berkhasiat. Pada masa yang sama, penyakit anxiety saya juga berkurang banyak sehingga saya dapat kawal fikiran saya dengan baik, Alhamdulillah. Betullah sabda Rasulullah saw, semua penyakit berasal daripada perut.

 

broken image

Foto: Dalucia

Kepada anda yang mempunyai sakit seperti yang pernah saya alami, dan berminat dapatkan susu ini, anda boleh tekan link di bawah. Saya bekalkan link ke kedai shopee yang mana kedai official susu almond yang saya beli hampir setiap bulan.

Link susu almond:

1. Trial pack (Klik)

2. Full set (Klik)

Bagaimanapun, saya ingin tekankan produk result bagi setiap orang mungkin berbeza-beza mengikut tahap keterukan penyakit. Jika anda ada perkara ingin bertanya kepada saya, boleh comment pada artikel ini di bawah. Jika anda suka menambah maklumat mengenai susu badam ini, boleh juga baca artikel yang saya tulis berkenaan susu badam di link ini.

Sejujurnya saya bersyukur Allah swt pertemukan saya dengan susu almond ini, kerana khasiatnya amat berguna untuk pesakit gastrik, gerd dan anxiety seperti saya. Saya berdoa anda juga mendapat khasiat yang sama jika anda mencuba susu ini, InsyaAllah. Mungkin inilah salah satu jalan ikhtiar yang kita boleh cuba untuk merawat penyakit ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua. Sekian.