Return to site

Resepi Buat Roti Bom Rangup yang Mudah

www.kasturihijau.com

· MENU VIRAL
broken image

Adakah anda tidak tahu nak masak apa santapan pagi atau petang? Anda boleh cuba resepi roti bom yang rangup ini untuk masak roti sebagai santapan pagi dan petang bersama keluarga. Disini saya sharekan resepi roti bom yang rangup dan mudah dimasak.

Cara Penyediaan Roti Bom Rangup

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak roti bom rangup adalah seperti berikut:

  • Sebanyak 6 cawan tepung gandum yang telah diayak
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1 ½ sudu besar gula
  • 3 sudu kecil garam
  • 2 ½ gelas air suam yang 1 gelas bersamaan 250 ml
  • Marjerin untuk salut doh semasa perap
broken image

Cara-cara penyediaan roti bom rangup adalah seperti berikut.

  1. Larutkan gula, garam dan susu pekat bersama-sama menggunakan segelas air dan campuran itu dituang ke dalam tepung.
  2. Tepung tadi diuli sambil tuang air selebihnya sedikit demi sedikit sehingga doh sudah elok. Berhenti tuang air untuk mengelakkan doh menjadi sangat lembik
  3. Terus uli doh dan sediakan dalam bentuk bulat-bulat kecil
  4. Kemudian, salut doh dengan marjerin.
  5. Seterusnya, perap doh dalam anggaran masa 4–6 jam. Jika lagi lama lagi sedap.
  6. Kemudian boleh mula mencanai.
  7. Seeloknya masak atas kuali leper atau non stick pan sambil merenjis-renjis minyak.
  8. Apabila telah garing, boleh angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Jangan lupa subscribe www.kasturihijau.com dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe. Terima kasih.