Return to site

Senarai Sekolah Islam Antarabangsa Terbaik di Lembah Klang 2024

www.kasturihijau.com

· INFORMASI
sekolah islam antarabangsa

Sekolah antarabangsa adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan ekonomi negara dalam sektor pendidikan dengan penglibatan beberapa syarikat swasta. Yuran pengajian sekolah antarabangsa boleh mencecah sehingga RM50,000 setahun mengikut kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah. Dengan itu, penubuhan sekolah antarabangsa mampu menarik pelaburan asing dan sekaligus menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan utama di Malaysia. Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan senarai Sekolah Islam Antarabangsa di kawasan Lembah Kelang untuk panduan ibubapa, warga asing, ekspatriat dan diplomat luar yang bertugas di Malaysia.

Apakah itu Sekolah Islam Antarabangsa atau 'International Islamic School'?

Sekolah Islam Antarabangsa adalah suatu institusi pendidikan yang menawarkan program pendidikan peringkat tadika, rendah dan menengah dengan menggunakan kurikulum negara luar yang mengaplikasikan silibus International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) yang diiktiraf oleh United Kingdom. Pendidikan yang ditawarkan Sekolah Islam Antarabangsa adalah gabungan sukatan pelajaran yang bertaraf antarabangsa dan pendidikan Islam yang merangkumi al-Quran dan pengajian Syariah Islamiyah.

Trend Peningkatan Kemasukan Murid ke Sekolah Antarabangsa

  • Berlaku trend peningkatan kemasukan murid ke sekolah antarabangsa daripada warganegara Malaysia melebihi warga negara asing. Dikatakan seramai 44,575 murid warganegara Malaysia berbanding 25,220 warga asing yang didaftarkan di 163 sekolah antarabangsa pada tahun 2020.
  • Dari segi peratusan, 64 peratus pelajar sekolah antarabangsa adalah warganegara Malaysia, manakala bakinya warga asing.
  • Pendidikan murid sekolah antarabangsa menjadi pilihan kebanyakan ibubapa dan keluarga yang berpendapatan tinggi T20 untuk mendapat pendidikan berasaskan luar negara.

10 Senarai Sekolah Islam Antarabangsa Terbaik di Lembah Klang

Berdasarkan kajian ISC, di Malaysia terdapat 176 sekolah antarabangsa yang masih aktif. Senarai sekolah yang disediakan ini adalah antara sekolah Islam Antarabangsa yang popular di Lembah Klang. Berikut adalah Sekolah Islam Antarabangsa yang ada di Lembah Klang:

1. Seven Skies Islamic School

Curriculum: IGSCE, Islamic, UK EYFS; Kindergarten (4-6 years old); Primary (6-11 years old); Secondary (11-16 years old)

Alamat: No.2, Jalan Elektron U16/68, Denai Alam, Seksyen U16, 40160 Shah Alam, Selangor

broken image

 

2. Al-Hamra Integrated School

Curriculum: Islamic

Alamat: Block A, Strand Garden Office A-2F-3, 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara

broken image

 

3. Greenview Islamic International School

Curriculum: IGSCE, Islamic

Alamat: No 4-G-06, D'Vida Bukit Jelutong, Jalan Bazar U8/100, Section U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan.

broken image

 

4. Idrissi International School

Curriculum: British, IGSCE, Islamic

Alamat: No. 25, Jalan Setia Dagang AJ U13/AJ, 7th Avenue, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

broken image

 

5. Spectrum International School Kuala Lumpur

Curriculum: Cambridge International, Islamic Azhar Egypt

Alamat: Putrajaya Campus Address: Lot 36262, No.1 Persiaran Timur, Off Presint 17, 62200 Putrajaya Selangor, Malaysia

broken image

 

6. Sri Ayesha Islamic School

Curriculum: Islamic, Cambridge International Examination

Alamat: 12, Jalan PB3A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

broken image

 

7. International Islamic School Malaysia

Curriculum: IGSCE, Islamic

Alamat: Central Complex, Batu 8, Jalan Sg Pusu, Off Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.

broken image

 

 

8. Baseerah International School

Curriculum: IGSCE, Islamik

Alamat: Lot 1815, Jalan Lintang, Sri Gombak Heights, Taman Sri Gombak, 68100 Kuala Lumpur, Selangor

broken image

 

 

9. Brainy Bunch International School

Curriculum: IGSCE, Islamik

Alamat: Raudhah City Jalan SP 10/1, Selangor Cyber Valley, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

 

broken image

10. Al-Aqsa Integrated School

Curriculum: Islamik

Alamat: Al-Aqsa Integrated School @ No.5, Jalan Pahang Kecil, 53200 Kuala Lumpur

 

broken image

Keistimewaan Pembelajaran di Sekolah Islam Antarabangsa

Sekolah Islam Antarabangsa ini menggunakan kurikulum IGCSE Cambridge dalam persekitaran berteknologi canggih untuk membangunkan Khalifah Fil Ard. Sekolah ini menawarkan kemudahan seperti kafeteria, makmal komputer, perpustakaan, kawasan permainan, makmal sains, dan bilik darjah. Penekanan diberikan pada pembelajaran langsung dan aktif, melibatkan pelajar dalam aktiviti seperti pembentangan, simulasi, dan gamifikasi untuk pengalaman belajar yang lebih bermanfaat. Dengan nilai positif yang kuat, guru dan kakitangan mencipta persekitaran pembelajaran yang kondusif. Kurikulum ini bertujuan membangunkan pelajar yang kritis, komunikatif, bersosial, memiliki kemahiran penyelidikan, dan mampu mengurus diri.

 

Secara keseluruhannya, senarai 10 buah sekolah Islam Antarabangsa tadi adalah antara sekolah yang mendapat review yang baik daripada pelajar dan ibubapa. Bagaimanapun, susunan senarai sekolah bukanlah mengikut mana-mana ranking atau kedudukan. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para ibubapa menyediakan kemudahan terbaik untuk anak-anak bersekolah terutama pendidikan Islam yang perlu dititikberatkan di bangku sekolah lagi.