Return to site

Selawat Maulidur Rasul: 13 Jenis Selawat Nabi Berserta Maksud

kasturihijau.com

· AGAMA
Selawat Maulidur Rasul

Tidak lama lagi kita akan menyambut Maulidur Rasul pada 12 Rabiulawal iaitu hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Hari ini adalah sangat penting dari sudut agama Islam kerana hari ini adalah untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW dan pengorbanan dan perjuangan Rasulullah saw untuk mengembangkan agama Islam kepada semua umat manusia. Pada hari ini biasanya disambut dengan pelbagai aktiviti keagamaan seperti ceramah agama, bacaan selawat, dan perarakan Maulidur Rasul di samping umat Islam turut berkumpul beramai-ramai untuk mengalunkan selawat Maulidur Rasul.

Amalan paling penting semasa Maulidur Rasul adalah memperbanyakkan selawat dan salam ke atas rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Bagaimanapun, terdapat banyak jenis selawat nabi yang boleh diamalkan. Jenis-jenis selawat ini terbahagi kepada dua, iaitu selawat ma’thur yang disusun berdasarkan hadis dan ghaira ma’thur yang biasanya disusun oleh sahabat Nabi Muhammad SAW, tabiin, ulama dan aulia. Dalam artikel ini, kami kongsikan teks selawat sempena Maulidur Rasul, dan jenis-jenis selawat nabi.

 

Selawat Nabi Sempena Maulidur Rasul

Berikut selawat yang biasa dibaca semasa Maulidur Rasul.

  • صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد (Selawat Allah ke atas Muhammad)
  • ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (Selawat salam dipohon lagi)
  • ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد (Selawat Allah ke atas Muhammad)
  • ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (Selawat salam dipohon lagi)
  • يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ (Wahai Nabi salam atasmu)
  • يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ (Wahai Rasul, salam atasmu)
  • يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ (Wahai kekasih, salam atasmu)
  • ‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ (Selawat Allah ke atasmu)
  • ‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا (Bulan purnama menyinari kita)
  • ‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ (Hilang segala cahaya)
  • ‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا (Indah menawan tak pernah dilihat)
  • ‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ (Wajah gembira sepanjang hayat)
  • أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ (Kaulah matahari, kaulah bulan)
  • أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ (Kaulah cahaya mengatasi cahaya)
  • ‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي (Kaulah rahsia hidup mulia)
  • ‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ (Kaulah menyuluhi jiwa)
  • ‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد (Wahai kekasihku, ya Muhammad)
  • ‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ (Wahai pendamping indah sejagat)
  • ‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ (Wahai Nabi dijulang dipuja)
  • ‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ (Wahai imam 2 kiblat)
  • ‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد (Bahagialah orang memandang wajahmu)
  • ‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ (Wahai penghulu keturunan mulia)
  • ‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد (Kolam airmu sejuk jernih)
  • وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ (Kunjungi kami pada hari akhirat)
  • ‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى (Allah mengetahui rahsia sulit)
  • ‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ (Dialah menyahut semua seruan)
  • ‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا (Wahai Tuhan Rahmatilah kami)
  • ‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ (Dengan segala amalan soleh)
  • وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد (Selawat Allah ke atas Muhammad)
  • ‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ (Sebanyak baris kertas ditulis)
  • ‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد (Ahmad Muhammad petunjuk jalan)
  • صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ (Empunya wajah berseri menawan)

 

broken image

 

broken image

 

Jenis-jenis Selawat Nabi

Terdapat beberapa selawat Nabi yang boleh diamalkan dalam kehidupan harian, antaranya:

1. Selawat Untuk Dimakbulkan Hajat

broken image

Maksudnya: Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada penghulu kami Nabi Muhammad saw dan kepada keluarga Baginda dan kepada para ahli rumahnya.

Amalan: Amalkan 100 kali sehari untuk mendapat doa yang makbul, InsyaAllah.

2. Selawat Menjauhkan Segala Penyakit Dan Kesulitan

broken image

Maksudnya: Ya Allah, limpahkanlah rahmat atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang mencintai dan dicintai (Allah), yang dengan kebaikannya maka hilang segala penyakit dan yang menghilangkan segala kesempitan (kesusahan).

Amalan: Amalkan 100 kali sehari untuk mendapat doa yang makbul, InsyaAllah.

3. Selawat Munijah (Penyelamat)

 

broken image

Maksudnya: Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam atas penghulu kami Muhammad s.a.w semoga dengan berkat selawat itu Engkau lepaskan kami daripada segala bencana dan musibat. Engkau tunaikan segala hajat kami, Engkau bersihkan kami daripada segala bencana dan musibat. Engkau tunaikan segala hajat kami, Engkau bersihkan kami daripada segala kejahatan dan Engkau tingkatkan kedudukan kami setinggi darjat, Engkau sampaikan tujuan kami dalam hidup kami dan sesudah mati kami. Maha Suci Engkau, kami tidak akan dapat menghitung ouji-pujian kepada-Mu, sebagaimana bilangan yang Engkau memuji kepada zat-Mu sendiri. Maka bagi-Mu segala puji-pujian hingga Engkau reda. Dan bagi-Mu segala puji apabila Engkau telah reda. Dan bagi-Mu segala puji selepas keredaan.

Amalan: Amalkan selepas selesai solat fardu dan boleh dijadikan wirid harian. Dengan izin Allah swt, kita akan dijauhkan segala bala bencana dan menjadi penyelamat terutama pada masa-masa yang genting.

 

 

 

4. Selawat Tafrijiyah

broken image

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, limpahkanlah rahmat dan nikmat yang sempurna dan kesejahteraan yang meluas ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w yang dengan berkatnya semoga akan teruraulah segala simpulan, ikatan dan terhapuslah segala kesusahan serta tertunailah segala hajat, juga akan tercapailah segala maksud san kesudahan umur yang baik (mati dalam keadaan aman), dan limpahkan air hujan rahmat dengan berkat peribadinya yang mulia. Dan ke atas segala keluarganya dan para sahabatnya pada setiap kerdipan mata dan hembusan nafas, maka semoga Engkau limpahkan rahmat kesejahteraan dan keselamatan yang cukup sempurna.

Amalan: Diamalkan 11 kali selepas tiap solat fardu, 41 kali selepas solat subuh atau 313 kali pada setiap hari. Fadilatnya adalah mustajab doa, diluaskan rezeki, dijauhkan bahaya dan menghilangkan segala dukacita.

5. Selawat Al-Fatih

broken image

Maksudnya: Ya allah, limpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w , iaitu mahkluk Engkau yang menjadi pembuka akan segala yang tertutup, penutup bagu rasul-rasul yang terdahulu, yang memperjuangkan kebenaran (hak) serta petunjuk jalan yang lurus. Dan limpahilah rahmat dan kesejahteraan ke atas kaum keluarganya dan para sahabatnya akan kebenaran (hak) dengan kuasa Allah dan kekuasaan-Nya yang Maha Agung.

Amalan: Ia menjadi amalan walliyullah agung, Sheikh Abdul Qadir Jailani. Diamalkan bacaannya sebanyak mungkin setiap hari. Insya-Allah tercapai segala hajat, dihilangkan kesusahan, dan menolak segala keburukan.

6. Selawat Nur

broken image

Maksudnya: Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas cahaya daripada sumber cahaya, rahsia daripada sumber rahsia penawar yang berkesan dan pembuka pintu segala kemudahan iaitu junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, yang juga makhluk Engkau yang terpilih. Limpahkanlah juga rahmat ke atas kaum keluarganya yang suci bersih dan para sahabatnya yang terpilih akan nikmat Engkau yang tidak terhingga banyaknya serta limpahkanlah juga dengan kelebihan yang banyak dan keutamaan kepada mereka itu.

Amalan: InsyaAllah, apabila menjadi amalan harian, diluaskan pintu rezeki, ditunaikan hajat dan dijauhkan segala bala bencana. Selawat ini lebih dikenali sebagai Selawat Badawi.

 

7. Selawat Untuk Memohon Akhlak Yang Terbaik dan Rezeki Yang Berkat

broken image

Maksudnya: Ya Allah, semoga Engkau berkenan melimpahkan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan selawat yang dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya serta berikanlah keselamatan.

8. Selawat Syifa (Pengubatan dan Kesembuhan Penyakit)

broken image

Maksudnya: Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi perawat (tabib) segala hatinya dan ubatnya, yang menjadi penawar semua badan dan penyembuhnya, yang menjadi penerang segala pandangan (mata). Juga limpahkanlah rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabatnya sekalian.

9. Selawat Ketinggian

broken image

Maksudnya: Ya Allah, tambahkanlah kesejahteraan untuk Muhammad sebanyak bilangan orang-orang yang membaca selawat untuknya, tambahkanlah selawat untuk Muhammad sebagaimana Engkau sukai menambahnya dan tambahkan lah selawat untuk Muhammad sebagaimana Engkau telah perintahkan pada kami untuk membaca selawat untuknya serta tambahkanlah selawat untuk Muhammad sebagaimana semestinya yang dibaca untuknya.

Amalan: Digalakkan untuk mengamalkan selawat ini seberapa banyak yang boleh, dan selawat ini begitu dianjurkan oleh Baginda saw. Fadhilatnya adalah seseorang itu akan ditempatkan di sisi Rasulullah di dalam syurga kelak.

10. Selawat Menghapuskan Dosa 80 Tahun

broken image

Maksudnya: Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Saiyidina Muhammad seorang hamba, Nabi dan utusan-Nya yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis).

11. Selawat Jalilah

 

broken image

Maksdunya: Ya Allah, limpahkanlah segala rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan dan penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w mudah – mudahan dengan limpah rahmat tersebut, akan terurailah segala kekusutan, akan lenyap segala dukacita, akan terselamatlah kami daripada segala dosa, akan terkawallah segala penyelewengan dan akan terlaksanalah segala hajatku.

Amalan: Seeloknya dibaca selepas solat hajat.

12. Selawat Saadah (Kebahagiaan)

broken image

Maksudnya: Ya Allah, cucurkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad s.a.w , sebanyak bilangan sesuatu yang ada dalam pengetahuan-Mu, dengan limpahan rahmat yang abadi, sebagaimana abadinya kerajaan-Mu Ya Allah.

Amalan: Dengan membaca sekali selawat ini bersamaan membaca 600,000 kali berselawat; sepertimana dijelaskan oleh Imam Dardiri dan Syed Ahmad Dahlan.

13. Selawat Memohon Syafaat Nabi Muhammad saw

broken image

Maksudnya: Ya Allah, curahkanlah limpah rahmat Mu dan keselamatan ke atas penghulu kami Muhammad yang ummi, yang menjadi kekasih-Mu yang agung darjatnya dan bertambahnya kemuliaan dan kepada keluarga dan sahabat Baginda sekalian.

Amalan: Dengan selalu membaca selawat ini insyaAllah akan memperolehi syafaat daripada Nabi Muhammad saw di akhirat kelak.

Sumber dan Kredit: Indahnya Hidup Bersyariat – Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat & Rahsia7.wordpress.com

Berikut yang dikongsikan tadi adalah teks selawat Maulidur Rasul dan 13 jenis selawat Nabi yang boleh dijadikan amalan harian. Semoga Maulidur Rasul tahun ini dipenuhi dengan aktiviti berselawat ke atas Rasulullah saw. Mohon kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan marilah bersama-sama mengajak mereka untuk berselawat dan memperingati perjuangan Baginda Rasulullah saw. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda sekalian pembaca kasturihijau.com.

Baca lagi: