Tahukah anda tahun 2024 adalah antara tahun terbaik untuk memiliki rumah? Kerajaan Madani turut memperkenalkan Skim SJKP untuk pembelian rumah bagi pemohon tidak berpendapatan tetap.
Menurut pakar perunding hartanah, tahun 2024 adalah tahun yang sesuai untuk beli rumah.Ini kerana harga rumah pada tahun 2023 adalah terendah sejak 2019. Selain itu, keadaan ekonomi negara yang bertambah baik dan inisiatif baru kerajaan perkenalkan Dasar Gaji Progresif, ini akan tingkatkan permintaan pasaran hartanah. Pada tahun 2024, untuk pembeli rumah pertama, anda boleh dapat pengecualian duti setem 100% untuk harga tidak melebihi RM500,000. Pembeli juga layak dapat pembiayaan 100% melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). Justeru, jangan lepaskan peluang untuk membeli rumah pada tahun ini.
Indeks Harga Rumah
Objektif Skim Jaminan Kredit Perumahan 2024
- Kerajaan Malaysia memberi keprihatinan tinggi tentang kesukaran yang dialami mereka yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka.
- Skim SJKP ini dilaksanakan bagi tujuan tersebut demi memastikan setiap rakyat di negara ini mampu memiliki rumah sendiri.
- Justeru, kerajaan telah melaksanakan SJKP untuk tahun ini yang dikenali sebagai SJKP-Madani 2024 untuk rakyat Malaysia dengan beberapa syarat dan kriteria berikut.
- Terus klik link untuk ke laman sesawang SJKP yang berkenaan.
Kriteria Skim SJKP - MADANI
- Had Pembiayaan: Sehingga RM360,000 (Termasuk sehingga 100% daripada harga rumah, MRTA*/MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot)
- Tujuan Pembiayaan : Pembiayaan Gadai Janji
- Jenis Pembiayaan : Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh Sahaja
- Tempoh Pembiayaan : Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)
- Jaminan Pembiayaan: Jaminan pembiayaan sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman merangkumi sehingga maksimum 100% harga rumah; dan Sehingga maksimum 20% daripada harga rumah bagi MRTA*/MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot
- Kadar Faedah/ Keuntungan: Seperti yang ditetapkan oleh Institusi-Institusi Kewangan yang terlib
Proses permohonan adalah seperti dalam gambar.
Syarat-syarat Pemohon
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
- Kategori berpendapatan tidak tetap atau bekerja sendiri
- Kategori berpendapatan tetap
- Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk didiami
- Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
- Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
- Tiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
- Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan
Dokumen yang Diperlukan
- Perjanjian asal Jual Beli/ borang tempahan/ resit bayaran muka
- Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
- Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini
- Surat pengesahan pekerjaan
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Surat pengesahan majikan (jika ada)
- Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
- Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank
SKJP adalah suatu inisiatif yang sangat baik yang dikemukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan sebuah rumah atas nama sendiri. Kini, tiada lagi pengecualian bagi yang tidak berpendapatan tetap atau peniaga kecil-kecilan yang tiada slip gaji untuk memiliki sebuah rumah. Jika anda lulus dengan syarat yang diberikan, anda layak memiliki sebuah rumah untuk diri dan keluarga anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.