Return to site

Sekolah yang Mencatat Keputusan Terbaik SPM 2023 dan Cara Semak Result SPM

www.kasturihijau.com

· INFORMASI
broken image

Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM ialah sejenis peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, iaitu semasa di Tingkatan 5. Artikel ini ingin kongsikan analisa keputusan SPM2023 yang telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Peperiksaan SPM2023 telah pun dijalankan pada Disember 2023 hingga Februari 2024 yang lalu. Seramai 373,525 orang calon atau 97.4 % menduduki SPM 2023 manakala jumlah calon tidak hadir berjaya dikurangkan 1.2 peratus berbanding tahun 2022. Manakala. seramai 10,160 daripada 383,685 calon baharu SPM 2023 dilaporkan tidak hadir menduduki peperikaaan itu. Pada 27 Mei 2024 yang lalu, keputusan SPM2023 telah dikeluarkan oleh KPM Malaysia.

Keputusan SPM2023 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

  • Keputusan SPM 2023 menyaksikan Gred Purata Nasional (GPN) adalah 4.60 dengan peratusan calon layak menerima sijil adalah sebanyak 93.5 %.
  • Gred Purata Nasional (GPN) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 adalah 4.60. Pencapaian ini lebih baik berbanding tahun lalu dengan perbezaan sebanyak 0.14.
  • GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
  • Seramai 11,713 calon memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2023.
  • Calon yang mendapat Gred C (kepujian) dalam semua mata pelajaran pada 2023, turut menunjukkan peningkatan berbanding pada 2022.
  • Tahniah kepada para pelajar, ibubapa dan guru-guru.

Senarai Sekolah Mencatatkan Keputusan Terbaik SPM2023

Berikut merupakan senarai top 20 Sekolah Terbaik SPM 2023 Mengikut nilai Gred Purata Sekolah (GPS). Semakin rendah nilai GPS sekolah, pencapaian adalah semakin baik. Sekolah mempunyai nilai GPS terendah SPM2023 adalah:

1. Maahad Tahfiz Negeri Pahang (1.070)

2. Sek.Sultan Alam Shah,Putrajaya. (1.073)

3. Kolej Tunku Kurshiah,N.9 (1.248)

4. SM Sains T. Munawir,N.9 (1.255)

5. Kolej Yayasan Saad,,Melaka. (1.257)

6. Sekolah Seni Malaysia, Johor. (1.278)

7. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. (1.282)

8. SM imtiaz Kemaman, Terengganu. (1.324)

9. SBPI Gombak, Selangor. (1.385)

10. SM Sains Kuala Terengganu. (1.401)

11. SM Sains T. Aishah Rohani, N.9 (1.403)

12. SAM Bestari,Selangor. (1.409)

13. Sekolah Tun Fatimah, Johor. (1.421)

14. SM Sains Kota Tinggi, Johor. (1.442)

15. SMKA Sultan Azlan Shah,Bota Perak.(1.455)

16. SMK Agama Putrajaya. (1.465)

17. MRSM Tun Ghafar Baba,Melaka.(1.490)

18. SBPI Kuantan,Pahang.(1.504)

19. SMKA Kerian,Perak.(1.506)

20. SMK Bukit Jambul,Penang.(1.533)

Cara Semak Keputusan SPM2023 melalui Secara Online dan SMS

Semakan SPM2023 Secara Online

Calon SPM2023 sama ada calon sekolah dan calon persendirian boleh menyemak keputusan masing-masing secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my mulai 27 Mei 2024 sehingga 2 Jun 2024. Tekan link berikut di bawah.

broken image

Semakan SPM2023 secara SMS

Calon juga boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 dengan menaip 'SPM NoKP AngkaGiliran' dan hantar ke 15888. Ikuti langkah-langkah dalam gambar berikut.

(Contoh: SPM 000527031234 WY189A123)

Sistem ini akan diaktifkan mulai 27 Mei 2024, pukul 10.00 pagi sehingga 2 Jun 2024, pukul 6.00 petang.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar.

broken image