Return to site

Cara Senang Masak Sup Daging yang Melazatkan

www.kasturihijau.com

· MENU VIRAL
broken image

Adakah anda peminat makanan bersup atau berkuah untuk dimakan bersama-sama nasi? Makanan bersup adalah sangat sesuai untuk orang dewasa, kanak-kanak dan orang yang sakit. Jika dimakan bersama nasi, dan makan panas-panas, badan akan berpeluh dan terasa sihat terutama bagi yang demam. Ini kerana sup daging kaya dengan zat besi sesuai untuk sesiapa yang ada anemia dan ingin tambah darah. Disini saya terangkan resepi sup daging yang sangat enak dijadikan makanan harian anda.

Resepi Sup Daging

Bahan-bahan Resepi Sup Daging

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk masak sup daging:

  • 1 kilo daging lembu
  • 6 biji kentang
  • 3 biji tomato
  • Daun sup n daun bawang
  • 3 batang celery
  • Redbean (pilihan)
  • Garam secukup rasa
  • Air mencukupi sehingga menutupi daging dalam periuk (*Air kena cukup sebab nak masak sampai daging menjadi empuk, rendam daging dalam air, dan masak daging sehingga empuk)

Bahan-bahan untuk menumis adalah seperti berikut :

  • 1 batang kayu manis - anggaran 3cm panjang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1-2 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 cm halia
  • 1 sudu besar ketumbar*
  • 1 sudu besar jintan putih*
  • 1 sudu kecil lada hitam* (Kesemua bahan-bahan bertanda * perlu digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga terbit bau wangi kemudian dikisar halus)

 

 

Cara Memasak Resepi Sup Daging

  1. Kesemua bawang, halia dikupas kulit dan dipotong halus.
  2. Biji ketumbar, lada hitam serta jintan putih digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan ditumbuh halus.
  3. Kupas semua ubi kentang dan tomato dipotong empat.
  4. Panaskan sedikit minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang, dan halia.
  5. Kacau dan biarkan sampai bawang layu kemudian boleh masukkan bahan-bahan rempah tumisan.
  6. Kacau semua bahan sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk (gunakan air rebusan daging tadi)
  7. Masukkan daging tadi dan kacau dan biarkan sampai kuah mendidih .
  8. Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekala sehingga daging masak serta menjadi empuk, kemudian boleh dimasukkan semua ubi kentang serta batang celery yang dipotong kecil.
  9. Biarkan ubi kentang empuk dan baru masukkan buah tomato, bila buah tomato nampak layu boleh tutup api dapur dan tabur daun sup yang sudah dipotong halus ke dalam sup.
  10. Sup daging sedia dihidangkan.
broken image

Kredit: Resepi Nennie

Selamat mencuba. Jangan lupa subscribe www.kasturihijau.com untuk mengetahui artikel-artikel yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih.