Return to site

Resepi Sushi Halal Homemade Viral

www.kasturihijau.com

· MENU VIRAL
resepi sushi halal homemade

Adakah anda meminati sushi? Sushi adalah hidangan tradisional dari negara Jepun yang terdiri dari nasi yang diberi cuka dan berbagai bahan lainnya seperti ikan, seafood, sayuran, dan daging. Kebiasaan di Malaysia, sushi dihidangkan di restoran dan kedai makan yang khusus menjual makanan Jepun. Harganya adalah sedikit mahal jika dibandingkan dengan sushi yang dimasak sendiri. Oleh itu, untuk artikel kali ini, kami kongsikan cara masakan sushi halal secara homemade untuk anda rujuk.

Keunikan Sushi Halal Homemade

Sushi homemade halal memiliki beberapa keunikan dibandingkan dengan sushi komersial atau di restoran. Keunikan ini meliputi penggunaan bahan-bahan yang halal seperti ikan, daging, dan seafood. Cuka beras digunakan daripada bahan yang halal. Proses pembuatan di rumah memberikan kawalan penuh untuk memastikan tidak ada bahan yang haram. Kreativiti dalam rasa dan isi dapat ditambahbaik dengan berbagai bahan yang halal, seperti ayam atau daging, dan seafood. Selain itu, kualiti dan kebersihan bahan lebih terjamin, serta boleh disesuaikan dengan kehendak diet khusus seperti bebas gluten atau vegetarian. Sushi homemade halal menawarkan cara menikmati sushi yang sesuai dengan syariah Islam dan penyediaan yang diinginkan.

 

 

Resepi Sushi Halal Homemade

Cara Masak Nasi Sushi Homemade Halal

  • Beras sumo dibasuh dengan sukatan beras 1:2 iaitu 1 mangkuk atau 1 cawan beras dimasak dengan 2 mangkuk atau 2 cawan air.
  • Masak seperti biasa dalam rice cooker
  • Selepas masak, sejukkan nasi, selepas itu gaulkan dengan 2 sudu cuka makan, dicampur dengan garam dan gula

1. Sushi 1: Penyediaan Vege Mayo (Sayur Kobis dan Mayonis)

  • Sayur kobis dibasuh, dicincang halus, dan digaul dengan mayonis.
  • Boleh letak sikit garam kalau nak rasa lemak.
  • Letak seaweed atas bamboo mat, ratakan nasi sumo, dan gulungkan dengan kemas. Letakkan Vege mayo di atas nasi yang dibentuk tadi.

2. Sushi 2: Penyediaan Chicken Cheese (Ayam goreng digaul cheese)

  • Potongkan isi ayam saiz kecil iaitu saiz popcorn size
  • Gaul dengan bancuhan tepung bestari dengan air, dan kemudian celup dalam bread crumb.
  • Goreng sehingga kekuningan.
  • Gulungkan nasi sumo dengan kepingan cheese.
  • Bentukkan saiz besar yang kita inginkan.
  • Potongkan guna pisau tajam dan basah.
  • Letak chicken popcorn yang telah siap digoreng tadi atas nasi dan cheese yang sudah siap dibentuk tadi.

3. Sushi 3: Penyediaan Egg Vege Roll (Campuran timun, carrot, telur)

  • Potong timun jepun, telur dadar dan carrot memanjang, sesuai dengan kelebaran seaweed.
  • Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis. Agak-agakkan saiznya.
  • Letak seaweed atas bamboo mat, ratakan nasi sumo, letak timun, carrot, telur, dan gulungkan dengan kemas.

4. Sushi 4: Tempura Prawn (Udang goreng)

  • Buangkan kepala udang dan kulit udang sepenuhnya, tapi tinggalkan sikit bahagian ekor udang.
  • Goreng dengan cara yang sama dengan cara goreng popcorn chicken
  • Letakkan tempura prawn yang dah siap digoreng atas gulungan nasi sumo dan seaweed yang sudah siap dibentuk.
  • Letakkan sikit mayo di atas udang tadi untuk sedikit tambahan rasa dan rupa menarik.

5. Sushi 5: Idako (Kepala sotong)

  • Buang mata, gigi kepala sotong. Rebus sehingga masak
  • Gaulkan dengan sos cili, kicap, sos tiram. Letakkan di atas gulungan nasi sumo, seaweed yang telah siap dibentuk.
broken image

 

 

 

Nota Penting:

  1. Sebelum anda memotong sushi, pastikan anda gunakan pisau tajam yang dibasahkan dengan air supaya nasi tu tidak melekit pada pisau.
  2. Seaweed yang digunakan adalah dari jenis rapuh dan rangup.
  3. Jadi, sebelum gulung, basahkan seaweed ni dengan air supaya senang dibentuk dan tidak pecah.
  4. Jika tidak boleh makan cuka, boleh gaul nasi sumo dengan garam dan gula sahaja. Rasanya lebih kurang sama sahaja dengan letak cuka.
  5. Selain beras sumo, boleh guna beras biasa. Tapi lebih kan sikit sukatan air supaya nasi sikit lembik dan senang dibentuk.

Kredit : Ninie Matin‎

Berikut yang disampaikan adalah perkongsian resepi sushi halal homemade untuk rujukan pembaca kasturihijau.com. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.