Return to site

Kenali 18 Tanda-tanda Autisme Pada Kanak-kanak

www.kasturihijau.com

· KESIHATAN
tanda autisme pada kanak-kanak

Pernahkah anda mendengar mengenai kanak-kanak autisme? Menurut data yang dikumpulkan di serata dunia, kekerapan kanak-kanak mengalami autime adalah 1 dalam setiap 160 orang kanak-kanak. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, prevalensi autisme di kalangan kanak-kanak semakin meningkat setiap tahun. Autisme pada kanak-kanak perlu dikesan awal untuk membantu perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak tersebut. Disini, penulis ingin berkongsi maklumat yang dikumpulkan daripada pembacaan mengenai apakah itu autisme, dan ciri-ciri mengenali anak-anak autisme.

 

Apakah itu Autisme?

Autisme, atau Gangguan Spektrum Autisme (ASD), adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada gangguan perkembangan neurologi atau saraf yang menjejaskan interaksi sosial, komunikasi, dan tingkah laku seseorang individu ataupun kanak-kanak. Kajian menunjukkan tidak ada punca tunggal yang diketahui untuk gangguan spektrum autisme tetapi secara umumnya saintis mengenalpasti autisme adalah disebabkan keabnormalan struktur atau fungsi otak. Tanda-tanda autisme pada kanak-kanak boleh dikenalpasti seawal usia 22 bulan.

 

tanda autisme pada kanak-kanak

Faktor-faktor Terjadinya Autisme pada Kanak-kanak

  • Faktor utama penyebab autisme pada kanak-kanak adalah faktor genetik (kembar atau sejarah keluarga).
  • Lain-lain faktor adalah usia ibu bapa yang tua semasa melahirkan anak iaitu ibu yang melahirkan anak pertama ketika umur 35 tahun ke atas atau ayah yang berusia 40 tahun ke atas
  • Masalah pada bayi ketika lahir, samada bayi pramatang, kecederaan pada otak bayi, proses kelahiran yang sukar dan lain-lain
  • Pendedahan bayi atau ibu kepada toksin seperti racun serangga dan logam berat seperti raksa, kadmium, timah

Tanda-tanda Autisme Pada Kanak-kanak

Tanda-tanda autisme pada kanak-kanak yang patut diketahui oleh ibubapa adalah seperti berikut:

  1. Kanak-kanak lambat bercakap
  2. Gemar berseorangan dan ,engelak bertentang mata
  3. Suka mengulang sesuatu perkataan atau ayat dan memberi jawapan yang berbeza-beza
  4. ketika umur 12 bulan, tidak memberi reaksi apabila nama dipanggil
  5. Tidak menunjuk minat untuk bermain olok-olok pada umur 18 bulan
  6. Sukar untuk memahami perasaan orang lain atau meluahkan perasaan sendiri
  7. Cepat marah dan panas baran bila berlaku perubahan
  8. Terlalu taksub terhadap sesuatu perkara
  9. Suka mengulang-ulang sesuatu perbuatan seperti mengepak tangan, menggoncang badan atau berpusing dalam bulatan
  10. Bercakap dalam satu tona yang rata, seperti robot atau menyanyi
  11. Sukar memahami gurauan atau sindiran
  12. Minat dan bersikap aneh
  13. Mempunyai tabiat makan dan tidur yang berlainan
  14. Terlebih aktif (Hyperactivity)
  15. Bertindak melulu dan sukar untuk fokus
  16. Boleh bersikap mencederakan diri sendiri
  17. Mood tidak stabil dan tidak normal
  18. Terlalu takut atau tiada perasaan takut
tanda autisme pada kanak-kanak

 

Autisme adalah penyakit yang sukar untuk disembuhkan, bagaimanapun, pelbagai terapi dan rawatan serta sokongan pada peringkat awal kanak-kanak dapat membantu membantu meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak. Ibubapa harus cakna jika anak-anak anda mempunyai penyakit ini.

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih