Return to site

20 Tanda-tanda Awal Kehamilan dan Alat Mudah Mengesan Kehamilan

kasturihijau.com

· KESIHATAN
20 Tanda-tanda Awal Kehamilan dan Alat Mudah Mengesan Kehamilan

Bagi ibu-ibu yang merancang dan ingin mengetahui status kehamilan, ada beberapa tanda awal kehamilan yang anda perlu tahu. Maklumat ini mungkin bermanfaat untuk anda yang ingin mengetahui status kehamilan. Dalam artikel ini, kami kongsikan berkenaan tanda-tanda awal kehamilan, kit ujian pengesanan kehamilan dan cara-cara menggunakan kit kehamilan.

 

Tanda-tanda Kehamilan 1 Minggu Pertama

Antara tanda-tanda awal kehamilan yang anda mungkin boleh alami seawal satu minggu pertama adalah antaranya:

1. Tidak Datang Haid

Terlepas haid adalah petanda yang paling biasa untuk kehamilan seandainya anda mempunyai kitaran haid yang normal.

2. Mengalami Pendarahan Ringan

Jika anda mengalami pendarahan ringan (tompok-tompok), itu mungkin tanda hamil 1 minggu.

3. Keletihan dan kelesuan

Ramai wanita merasai kelesuan dalam tempoh kehamilan awal. Keletihan ini adalah disebabkan oleh tahap hormon progesteron yang meningkat.

4. Perubahan pada payudara

Sepanjang tempoh kehamilan payudara akan membesar dan lebih sensitif seakan sebelum kedatangan haid. Areola turut membesar dan menjadi semakin gelap.

5. Muntah dan loya

Anda mengalami mabuk hamil boleh terjadi pada bila-bila masa, tidak kira pagi atau malam. Ia biasanya bermula setelah tempoh kehamilan mencapai sebulan atau dua bulan. Ini disebabkan perubahan hormon kehamilan yang memainkan peranan.

6. Suhu badan naik

Jika badan anda tiba-tiba terasa panas, itu mungkin tanda hamil 1 minggu. Kenaikan suhu badan boleh berlaku ketika anda mengalami ovulasi atau setelah persenyawaan berlaku.

7. Rasa berdebar-debar dan jantung laju

Rasa berdebar-debar juga merupakan salah satu tanda kehamilan. Jumlah isipadu darah anda akan bertambah bagi menampung keperluan janin. Ini akan menyebabkan jantung anda berdegup 25% lebih laju berbanding dengan keadaan biasa.

 

 

 

 

8. Makin kerap buang air kecil

Rahim yang semakin membesar akan memberi tekanan pada pundi kencing anda, lalu meningkatkan kekerapan membuang air kecil. Selain itun, perubahan hormon di dalam badan anda akan menyebabkan peningkatan aliran darah kepada buah pinggang anda dan menggalakkan pengeluaran urin.

9. Terasa mengidam makanan tertentu dan perubahan selera makan

Semasa kehamilan, perubahan hormon boleh menyebabkan cita rasa makanan anda berubah. Anda juga mungkin akan mengidam atau enggan makan makanan tertentu.

10. Deria bau yang sensitif

Antara petanda awal kehamilan adalah peningkatan deria bau anda. Berlaku peningkatan sensitiviti terhadap bau-bau tertentu yang turut menyumbang kepada rasa loya dan muntah.

11. Perubahan emosi

Anda boleh juga mengalami perubahan emosi yang mendadak atas akibat perubahan hormon. Anda mungkin merasa cemas, tertekan, ataupun mengalami keinginan untuk mencederakan diri sendiri seawal kehamilan. Hubungi doktor jika anda berasa dalam keadaan tekanan yang melampau.

12. Rasa sembelit dan kembung perut

Semasa anda hamil, perubahan hormon akan menyebabkan sistem penghadaman anda menjadi perlahan. Kondisi ini boleh menyebabkan anda mengalami kembung perut dan sembelit.

13. Kerap pening kepala

Salah satu perubahan fisiologi bagi ibu mengandung adalah tekanan darah rendah. Hormon yang dirembeskan boleh menyebabkan salur darah mengembang.

14. Kerap pedih ulu hati

Perubahan hormon sewaktu hamil boleh menyebabkan otot sfinkter (bukaan pada hujung esofagus) mengendur dan kondisi ini akan memudahkan pengaliran asid di dalam perut untuk naik ke esofagus yang menyebabkan pedih ulu hati.

15. Hidung tersumbat

Peningkatan tahap hormon dan penghasilan darah juga boleh mengakibatkan bahagian selaput lendir pada hidung membengkak, kering dan berdarah dengan mudah.

16. Kelihatan seri pada wajah dan tumbuh jerawat

Seri pada wajah adalah akibat peningkatan jumlah darah dan tahap hormon yang lebih tinggi. Keadaan tersebut sekali gus mendorong lebih banyak darah melalui saluran darah dan peningkatan aktiviti kelenjar minyak badan. Peningkatan aktiviti kelenjar minyak badan akan menjadikan kulit kelihatan kemerahan.

17. Tekanan darah menurun

Dalam kebanyakan kes, tekanan darah tinggi atau normal akan turun pada peringkat awal kehamilan.

18. Keputihan yang banyak

Keputihan tebal pada awal kehamilan dan biasanya terjadi pada minggu-minggu pertama kehamilan apabila dinding faraj menebal.

19. Sakit belakang

Sakit belakang pada wanita hamil boleh berlaku tidak semestinya pada akhir kehamilan, namun ia boleh terjadi pada awal kehamilan.

20. Sesak nafas pada awal kehamilan

Kondisi ini terjadi apabila berlaku peningkatan keperluan oksigen tubuh (untuk menyokong tumbesaran janin) boleh menyebabkan sesetengah wanita berasa sesak nafas.

broken image

 

broken image

 

Alat Pengesan Kehamilan di Rumah

1. Clearblue Digital Pregnancy Test

Kit ujian kehamilan yang sangat popular kerana keputusannya menunjukkan bacaan sama ada “Pregnant” atau “Not Pregnant”. Keputusannya adalah tepat, elak kekeliruan dan ia dapat mengesan kehamilan seawal 5 hari sebelum haid yang terlepas.

broken image

 

2. First Response Early Result Pregnancy Test

Mempunyai kadar sensitiviti yang tinggi, dan kit ini dapat mengesan kehamilan sehingga 6 hari lebih awal daripada haid yang dijangka.Menunjukkan ketepatan sehingga 99% pada hari pertama haid yang terlepas, menjadikannya pilihan utama untuk wanita yang mahu keputusan lebih awal

3. DIP ‘N’ TELL Pregnancy Test

Kit ujian kehamilan ini menggunakan kaedah celup untuk memeriksa kehamilan. Keputusan yang diberikan adalah cepat dalam masa beberapa minit dan sesuai untuk kegunaan di rumah. Kelebihannya ialah ia mudah digunakan tanpa keperluan untuk prosedur yang rumit

 

 

 

4. EVIN Pregnancy Test Cassette Urine

Kit ujian kehamilan ini hadir dalam bentuk kaset, dan memberikan ketepatan yang tinggi.

5. WATSONS Pregnancy Test Strip

Kit ujian yang berkualiti dan berbaloi dan boleh didapati dengan mudah di farmasi Watsons. Kit ini menggunakan kaedah strip dan anda perlu mencelupkannya ke dalam sampel air kencing. Keputusan dapat diperoleh dengan cepat dan ringkas.

Cara Menggunakan Kit Ujian Kehamilan

Beberapa perkara perlu difikirkan sebelum membuat ujian kehamilan iaitu:

  • Ujian kehamilan ini sesuai dilakukan seminggu selepas anda terlepas haid.
  • Atau sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu selepas melakukan hubungan kelamin.
  • Lakukan ujian pada awal pagi kerana pada ketika itu kepekatan air kencing adalah sangat tinggi.
  • Elak dari melakukan ujian kehamilan terlalu awal kerana jika terlalu awal, kit kehamilan tidak dapat mengesan aras hormon HCG yang masih rendah

Cara menggunakan ujian kehamilan adalah hampir sama walaupun berbeza jenama dan jenis. Berikut adalah cara menggunakan kit ujian kehamilan yang betul:

  1. Baca arahan dengan teliti pada kotak atau pada kertas arahan produk.
  2. Gunakan sample air kencing yang pertama selepas bangun dari tidur kerana lebih pekat. Pastikan jangan minum air terlampau banyak sebelum melakukan ujian.
  3. Celupkan kit pregancy test itu ke dalam air kencing dan tunggu beberapa saat seperti dalam arahan pada kertas.
  4. Semak keputusan kehamilan anda yang tertera sama ada sama ada satu atau dua baris, simbol (+) atau (-), dengan kata-kata “Pregnant” atau “Not Pregnant”.
  5. Jika tidak ada apa-apa bacaan, garisan, dan tulisan yang tertera, kemungkinan berlaku ralat semasa ujian dijalankan. Jadi, ujian kehamilan perlu diulang semula.

Klip video cara menggunakan kit ujian kehamilan ClearBlue.

 

Berikut yang dikongsikan tadi adalah ilmu asas mengenai tanda-tanda awal kehamilan, dan cara menggunakan kit ujian kehamilan. Maklumat ini kami rujuk berdasarkan sumber yang benar dan sahih. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu yang merancang kehamilan.

Source: Hellodoktor & Am I Pregnant, Or…? https://americanpregnancy.org/getting-pregnant/am-i-pregnant-or/. Accessed June 30, 2020.