Return to site

11 Tanda-tanda Kereta Mula Rosak dan Perlu Diservis

kasturihijau.com

· INFORMASI
tanda kereta mula rosak

Tahukah anda bahawa kenderaan atau kereta yang anda miliki perlu diservis secara berkala untuk kekalkan fungsi maksimum kenderaan tersebut? Apabila kenderaan tidak diselenggara dengan betul dan berkala, tanda-tanda kerosakan awal kerosakan pada kereta akan muncul. Jika ini terjadi kepada kenderaan anda, anda perlu cepat booking servis atau bawa kereta ke bengkel untuk periksa kerosakan yang terjadi. Dalam artikel kali ini, kami kongsikan 11 tanda-tanda kereta anda mula rosak dan perlu diservis.

Tanda-tanda Kereta Mula Rosak atau Perlu Diservis Segera

Berikut merupakan tanda-tanda kereta mula rosak dan perlu diservis:

1. Berbau terbakar, enjin meragam, penggunaan petrol meningkat, dan simbol amaran bernyala

  • Tanda-tanda yang disebutkan tadi adalah tanda-tanda yang muncul menunjukkan minyak hitam (engine oil) kereta anda telah kotor dan gelap. Anda perlu menukar minyak hitam kereta sebelum terlambat, dan kerosakan lain akan muncul.
  • Minyak hitam kereta berfungsi untuk membersihkan, menyejukkan, melicinkan pergerakan dan mengelakkan kerosakan pada bahagian enjin, dan mengekalkan prestasi enjin.
  • Untuk purata penggunaan kereta, disarankan untuk menukar minyak hitam dan penapis setiap tiga bulan atau 3,000 batu.
broken image

Kredit: Repsol

 

2. Sukar tukar gear, kereta tidak dapat bergerak, untuk transmisi automatik terdapat sentakan yang kuat

  • Tanda-tanda yang disebutkan tadi adalah petunjuk bahawa gearbox kereta telah mula rosak. Adalah disarankan untuk menukar minyak gearbox setiap 20,000 km perjalanan. Sekiranya minyak gearbox ini tidak ditukar dan dibiarkan sahaja, kereta korang akan mengalami kerosakan dan berkemungkinan memerlukan penggantian komponen.

 

 

 

3. Paras minyak dan cecair penyejuk berkurang

  • Anda perlu semak pada hood depan enjin bahagian cecair coolant. Anda perlu periksa paras minyak dan juga cecair penyejuk kereta dan pastikan ianya tidak rendah. Jika cecair ini rendah boleh menyebabkan kerosakan besar pada enjin. Jika anda tidak pasti tentang cecair ini, boleh rujuk bengkel baiki kenderaan yang berhampiran.
broken image

Kredit: Proton

 

4. Kereta tidak dapat dihidupkan, pecutan kereta tak begitu berkuasa, enjin kereta tak berjalan lancar, dan bunyi enjin bising

  • Jika spark plug mula rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik, enjin akan mula kehilangan kuasa dan enjin tidak dapat beroperasi pada kapasiti yang maksimum.
    Spark plug ini berfungsi untuk menghasilkan tenaga elektrik yang menyalakan campuran bahan api udara dalam enjin pembakaran, yang menghidupkan kereta anda.
  • Jika anda mengalami masalah ini, disarankan untuk anda pergi ke bengkel kereta dan menggantikan spark plug yang baru
broken image

 

 

5. Kereta susah nak dihidupkan (start), lampu amaran timbul, alarm kereta berbunyi tidak tentu hala

  • Jika kereta anda mempunyai tanda-tanda, ada kemungkinan bekalan kuasa bateri kereta anda sudah lemah. Bateri kereta sepatutnya digantik setiap dua tahun, namun bergantung kepada cara penggunaan, jenis bateri dan cara penjagaan.
  • Bateri kereta berfungsi untuk menghidupkan enjin kereta dengan membekalkan arus elektrik, menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa enjin kereta tidak beroperasi.
broken image

 

 

Kredit: FH United Auto SDN BHD

 

6. Bunga tayar haus dan botak, tayar lembik

  • Anda perlu periksa tayar sepatutnya setiap hari sebelum memulakan perjalanan. Jika anda dapati tayar telah haus, anda perlu cepat tukar tayar. Pastikan juga tayar tidak lembik, dan jika tayar lembik anda harus naikkan tekanan angin dalam tayar ke paras yang ditetapkan untuk setiap kenderaan.
  • Tekanan tayar yang sesuai untuk kereta boleh diperiksa pada bahagian pintu depan sebelah pemandu. Tekanan angin yang rendah boleh menyebabkan tayar bocor manakala tekanan yang tinggi boleh menyebabkan aquaplanning terutama sekali semasa hujan.
broken image

7. Brek tidak respon atau lambat respon, atau brek tidak makan

  • Jika anda mengalami masalah pedal brek (brake pad) lambat respon, anda mungkin mengalami masalah pada brake pad. Fungsi pad brek adalah memainkan peranan penting dalam membuat kereta anda berhenti apabila pedal brek ditekan. Sekiranya anda mendapati brek kereta tidak respon dengan begitu baik atau brek tidak makan, dah tiba masanya untuk anda pergi ke bengkel.
broken image

 

 

 

 

8. Lampu seakan malap dan pandangan tidak jelas pada waktu malam

  • Anda perlu pastikan lampu kereta berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik, iaitu lampu suluh rendah (low beam), lampu suluh tinggi (high beam), lampu kabus, lampu depan dan belakang, lampu brek dan signal kereta.
broken image

 

9. Kereta berbau

  • Jika anda mengalami masalah ini mungkin penapis udara anda tidak berfungsi dengan baik. Dengan memastikan penapis udara berada dalam keadaan baik kerana ia boleh membantu memanjangkan jangka hayat enjin.
  • Fungsi penapis udara adalah untuk mengawal aliran udara yang masuk ke dalam enjin dan membantu mengelakkan serpihan atau bendasing daripada memasuki dan merosakkan bahagian enjin.

10. Kereta terasa seperti hilang kawalan

  • Ini mungkin terjadi akibat kerosakan pada shock absorber atau penyerap hentakan. Fungsinya adalah untuk mengawal hentakan, menyerap hentaman, mengawal pergerakan spring dan keseluruhan sistem suspensi ketika kenderaan melalui bonggol, jalan berlubang atau jalan yang tidak rata. Jika tidak diselenggara dengan baik kereta boleh hilang kawalan semasa pemanduan.
broken image

 

11. Kereta berdetar seakan seperti bunyi gegaran dan bunyi bising apabila hidupkan aircond kereta

  • Ini mungkin akibat daripada serpentine belt (timing belt) kereta anda telah lama tidak ditukar. Tali sawat ini merupakan tali yang mempunyai alur berbilang yang diletakkan pada takal alur berbilang untuk memacu pengulang-alik, stereng kuasa, dan pemampat penyaman udara (aircond compressor).

 

broken image

 

Kesan Lambat Servis Kereta

1. Mengancam Keselamatan dan Nyawa Diri dan Penumpang

Jika anda tidak menservis kereta anda secara berkala, anda akan meningkatkan risiko untuk kereta menjadi rosak, dan membahayakan nyawa dan penumpang. Contohnya, kereta boleh meletup atau terbakar jika suhu enjin meningkat kerana tidak tukar minyak hitam atau coolant. Anda mungkin tidak perasan jika anda tidak dilakukan servis secara berkala. Dengan servis berkala, anda boleh memandu dengan lebih tenang tanpa rasa bimbang, kerana anda tahu kereta berada dalam keadaan terbaik.

2. Kerosakan kereta anda bertambah teruk

Jika anda tidak menservis kereta terlalu lama, kerosakan kenderaan akan merebak ke bahagian komponen lain. Kos pembaikan komponen rosak akan meningkat kerana kerosakan kecil telah berebak ke kawasan komponen lain.

3. Nilai resale value berkurang

Nilai resale value atau jualan semula akan turun mendadak kerana tidak ramai yang sanggup memiliki atau membeli kereta rosak.

4. Jangka Hayat Kereta Menjadi Pendek

Kereta jika dijaga dengan baik boleh bertahan berpuluh tahun, tetapi jika tidak diservis dengan baik dan berkala, kereta mungkin bertahan kurang 5 tahun.

Berikut adalah tanda-tanda awal sesebuah kenderaan akan rosak dan perlu diservis dan dibaiki. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk sekalian pembaca kasturihijau.com.