Return to site

Tarikh Pembayaran Gaji untuk Penjawat Awam Tahun 2025

kasturihijau.com

· INFORMASI
Tarikh Pembayaran Gaji untuk Penjawat Awam Tahun 2025

Jabatan Akauntan Negara telah mengeluarkan pekeliling pada bulan September 2024 yang lalu berkenaan tarikh tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2025. Untuk kesemua penjawat awam di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), tarikh bayaran gaji bulanan telah dinyatakan dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan pada setiap tahun. Pekeliling tarikh gaji ini adalah penting kerana untuk memudahkan para penjawat awam untuk merancang kewangan setiap bulan kerana ada kalanya tarikh gaji anda akan diawalkan apabila adanya musim perayaan.

 

 

Apakah itu Emolumen?

Emolumen bermaksud segala saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada seseorang pegawai dan termasuklah gaji pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan elaun bulanan lain.

Tarikh Emolumen Penjawat Awam Tahun 2025

Tarikh bayaran emolumen penjawat awam tahun 2025 merujuk kepada tarikh-tarikh tertentu dalam tahun 2025 di mana kerajaan akan membayar gaji dan elaun kepada penjawat awam. Emolumen ini termasuk gaji pokok, elaun tetap, dan bayaran lain yang diterima oleh kakitangan kerajaan mengikut jadual yang ditetapkan. Tarikh pembayaran ini biasanya diumumkan lebih awal untuk memudahkan penjawat awam merancang kewangan mereka.

 

 

Senarai Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam untuk Tahun 2025

Senarai tarikh pembayaran emolumen atau gaji kepada penjawat awam adalah berdasarkan kepada Lampiran 1 dan ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1 (8) bertarikh 6 September 2024 berkenaan Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025.

Tarikh-tarikh pembayaran emolumen atau gaji bulanan bagi penjawat awam adalah seperti berikut:

Bulan Januari: Pembayaran pada 22 Januari 2025 (Rabu)

Bulan Februari: Pembayaran pada 25 Februari 2025 (Selasa)

Bulan Mac: Pembayaran pada 24 Mac 2025 (Isnin)

Bulan April: Pembayaran pada 24 April 2025 (Khamis)

Bulan Mei: Pembayaran pada 22 Mei 2025 (Khamis)

Bulan Jun: Pembayaran pada 25 Jun 2025 (Rabu)

Bulan Julai: Pembayaran pada 24 Julai 2025 (Khamis)

Bulan Ogos: Pembayaran pada 25 Ogos 2025 (Isnin)

Bulan September: Pembayaran pada 25 September 2025 (Khamis)

Bulan Oktober: Pembayaran pada 16 Oktober 2025 (Khamis)

Bulan November: Pembayaran pada 20 November 2025 (Khamis)

Bulan Disember: Pembayaran pada 18 Disember 2025 (Khamis)

Rujuk jadual di bawah untuk penerangan lengkap.

broken image

Pertanyaan Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai tarikh-tarikh pembayaran gaji penjawat awam tahun 2025, boleh rujuk emel dan no telefon di bawah:

Alamat emel : unit_prestasi@anm.gov.my

No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan

No.1, Persiaran Perdana

62594, Presint 2

Putrajaya (u.p. : Unit Pengurusan Prestasi)

 

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara