Return to site

Tarikh Penting dan Jadual Waktu SPM 2024 serta Tips Menduduki Peperiksaan

kasturihijau.com

· INFORMASI
Tarikh Penting dan Jadual Waktu SPM 2024 serta Tips Menduduki Peperiksaan

Tahukah anda bahawa peperiksaan SPM 2024 semakin hampir, dan Lembaga Peperiksaan Malaysia telahpun mengeluarkan jadual waktu peperiksaan SPM 2024 kepada semua calon SPM, ibubapa dan guru-guru yang terlibat. Disini, kami kongsikan jadual waktu SPM 2024 untuk rujukan anda.

Arahan Am untuk Calon Menduduki SPM 2024

  1. Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan Ujian Bertutur, Ujian Mendengar, Ujian Lisan, Ujian Amali Sains dan Kerja Kursus akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.
  2. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor) / Ketua Pengawas Amali sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2022.
  3. Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
  4. Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya.
  5. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2023 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

 

 

Jadual Waktu Ujian Bertutur, Amali Sains dan Mendengar SPM 2024

Berdasarkan jadual waktu yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, peperiksaan SPM 2024 akan bermula pada 2 Disember 2024 dan berakhir pada 6 Februari 2025. Pada 2 Disember 2024, para pelajar akan menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu, diikuti ujian amali sains, ujian amali tambahan, ujian bertutur Bahasa Inggeris, ujian mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dan seterusnya peperiksaan bertulis SPM 2024.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk ujian bertutur, ujian amali sains dan ujian mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris:

  • Ujian Bertutur Bahasa Melayu: 2 – 5 Disember 2024
  • Ujian Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi): 9, 10 dan 12 Disember 2024
  • Ujian Amali Sains Tambahan: 12 Disember 2024
  • Ujian Bertutur Bahasa Inggeris: 16 – 19 Disember 2024
  • Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris: 31 Disember 2024

Disini kami sertakan jadual waktu SPM rasmi daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk rujukan para pelajar, ibubapa dan guru-guru.

 

broken image
broken image
broken image
broken image
broken image
broken image

 

broken image
broken image

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2024

Berdasarkan daripada jadual waktu yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, jadual bertulis peperiksaan SPM 2024 akan bermula pada 2 Januari 2025 selepas ujian mendengar Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris tamat. Berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk peperiksaan bertulis SPM 2024:

  • Peperiksaan Bertulis: 2 Januari 2025 hingga 6 Februari 2025

Disini kami sertakan jadual waktu SPM rasmi daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk rujukan para pelajar, ibubapa dan guru-guru.

broken image
broken image
broken image
broken image
broken image
broken image
broken image
broken image
broken image
broken image

 

Tips Menduduki Peperiksaan SPM

1. Datang awal ke sekolah

  • Bangun awal dan lakukan solat Subuh dan solat sunat. Jangan lupa bawa alat tulis seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya ke sekolah. Berselawat di sepanjang perjalanan ke sekolah.

2. Jangan gopoh dan baca soalan dengan tenang

  • Buka kertas soalan dengan Bismillah dan tenang. Baca setiap soalan dengan tenang. Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan berusaha, dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik. Sentiasa berfikiran positif.

3. Duduk dalam posisi santai

  • Duduk dalam keadaan posisi yang betul dan selesa. Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Jangan tidur dalam dewan peperiksaan.

4. Teliti dan baca soalan dengan baik

  • Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

5. Jawab soalan mudah dahulu

Mulakan dengan menjawab soalan mudah kemudian baru dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:

  • Soalan paling sukar
  • Soalan yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya
  • Soalan yang mempunyai markah sedikit
  • Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih

6. Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis

  • Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu diterangkan dulu.
  • Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

7. Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan

  • Setelah selesai, semak kesemua jawapan anda. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan Matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan Matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

8. Doa dan tawakal 

  • Setelah selesai peperiksaan, doa dan tawakal kepada Allah swt atas usaha-usaha yang anda telah lakukan selama ini.

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2024, ikhlas daripada para penulis kasturihijau.com.