Anda teringin nak makan steak? Tapi mungkin anda berasa susah nak cari restoran yang menyediakan menu steak halal di area Kuala Lumpur. Lebih-lebih lagi jika anda baru sahaja datang melawati ibu kota Kuala Lumpur, pasti tercari-cari restoran steak halal dan sedap. Disini kami kumpulkan beberapa restoran yang menyediakan menu steak halal dan sangat lazat dengan harga yang berbaloi untuk anda seisi keluarga. Restoran berikut adalah:
- Restoran 1: Islamic Sixty9 Steakhouse
- Restoran 2: Me'nate Steak Hub
- Restoran 3: Kay's Steak & Lobster
- Restoran 4: Chef Ammar Xpress Souk Cafe & Chef Ammar Steak House
- Restoran 5: TTDI Meat Point Steakhouse
- Restoran 6: Simply Ribs
- Restoran 7: Wangsa Grill House
- Restoran 8: Bife Charcoal Steakhouse
- Restoran 9: JAHHET Fine Meat
- Restoran 10: KARS Fine Meat & Steak
Apakah itu Menu Steak Halal?
Menu steak halal merujuk pada hidangan steak atau daging yang dimasak sesuai dengan hukum Islam. Daging yang digunakan harus berasal dari haiwan yang disembelih dengan cara yang memenuhi persyaratan syariat Islam. Selain itu, proses memasak steak juga wajib bebas dari bahan-bahan yang haram. Sebagai muslim, kita wajib mencari kedai-kedai makan yang menyediakan makanan halal dan mematuhi syariat Islam.
Restoran 1: Islamic Sixty9 Steakhouse
Di area Kuala Lumpur, ada sebuah restoran makan yang menyediakan menu steak yang halal yang harus anda cuba. Kedai tersebut adalah Islamic Sixty9 Steakhouse yang menyediakan pelbagai menu antaranya steak, seafood, pizza dan snack dan macam-macam lagi. Harga yang ditawarkan adalah berbaloi dengan hidangan yang mereka berikan. InsyaAllah anda akan pulang dengan rasa puas hati dengan menu yang anda makan.
Maklumat restoran:
- Alamat: 341, Lorong Sarawak, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur & Jalan Reko, Kajang Selangor.
- No telefon: 03- 4162 1312
- Waktu Operasi: Sabtu hingga Khamis (11.30 a.m. – 10 p.m.), Jumaat (2.30 p.m. – 10 p.m.)
- Link: Facebook
Restoran 2: Me'nate Steak Hub
Restoran kedua yang menyediakan steak halal di Malaysia adalah Me'nate Steak Hub. Restoran ini adalah milik Muslim terawal yang menghidangkan daging-daging premium dan steak halal di Malaysia. Restoran Me'nate telah memiliki banyak cawangan di seluruh Malaysia, antaranya di Malacca, Cyberjaya, Ampang, Kubang Kerian, Petaling Jaya, Ipoh, Johor Bahru, George Town, Putrajaya, dan Shah Alam. Anda pasti berpuas hati jika datang ke sini.
Maklumat restoran:
- Alamat KL: Me'nate Steak Hub@Ampang, 16, Jalan Kerja Air Lama 1, Taman Shuet Liang, 68000 Ampang, Selangor
- No telefon: 03-4131 1611
- Link: Facebook
Restoran 3: Kay's Steak & Lobster
Seterusnya, kedai makan yang menjual steak halal adalah Kay's Steak & Lobster. Kedai ini menyediakan pelbagai jenis hidangan steak halal, dan juga menghidangkan makanan laut iaitu lobster.
Lokasi: B3-7, Arc @ Ampang Ukay Persiaran Ampang Ukay, 68000 Ampang, Selangor
No Telefon: +603-4065 5127
Link: Facebook
Restoran 4: Chef Ammar Xpress Souk Cafe & Chef Ammar Steak House
Restoran steak halal seterusnya di area Kuala Lumpur adalah kepunyaan chef selebriti berasal dari Palestin, iaitu Chef Ammar. Beliau juga terkenal dengan masakan 'lamb shank'. Kini beliau membuka sebuah restoran steak halal dengan konsep 'semi fine-dining', bersebelahan dengan restoran makanan arab yang telah lama diusahakannya di USJ 4, Subang Jaya.
- Lokasi: 8, Jalan USJ 4/1, Usj 4, 47600 Subang Jaya, Selangor
- No Telefon: 03-80118073
- Link: Website
Restoran 5: TTDI Meat Point Steakhouse
Restoran steak halal yang seterusnya adalah TTDI meat point steakhouse yang terletak di TTDI, Kuala Lumpur. Restoran ini menghidangkan menu steak yang lazat dan harga yang berbaloi. Jika anda menginginkan menu steak yang 'power', boleh singgah di restoran ini, InsyaAllah anda akan berpuas hati dengan masakan yang dihidangkan.
- Lokasi: 62, jalan burhanudddin helmi, ttdi, kl, same row as ttdi standard chartered and public bank, Kuala Lumpur, Malaysia
- No Telefon: 014-360 4040
- Link: Facebook
Restoran 6: Simply Ribs
Restoran seterusnya yang menyediakan daging steak yang halal adalah Simply Ribs. Restoran ini menghidangkan steak, dan pelbagai makanan western yang lain. Dengan harga yang berbaloi, serta hidangan yang lazat, maka restoran ini menjadi satu tarikan pengunjung dari kawasan yang berhampiran. InsyaAllah, anda pasti berpuas hati jika datang makan di sini.
- Lokasi: 36, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000, KL
- No Telefon: 017-335 6852
- Link: Facebook
Restoran 7: Wangsa Grill House
Restoran seterusnya yang menyediakan daging steak yang halal adalah Wangsa Grill House. Restoran ini menghidangkan steak, dan pelbagai makanan western yang lain. Dengan harga yang murah dan berbaloi, serta hidangan yang lazat, maka restoran ini menjadi satu tarikan pengunjung dari kawasan yang berhampiran.
- Lokasi: 8-10 lorong dataran wangsa,wangsa melawati 53300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
- No Telefon: 03-4141 9979
- Link: Facebook
Restoran 8: Bife Charcoal Steakhouse
Selain itu, jika anda ingin bertukar selera kedai makan, anda boleh datang ke restoran steak halal yang seterusnya iaitu Bife Charchoal Steakhouse. Restoran ini menyediakan menu steak yang sangat lazat dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. InsyaAllah anda akan berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan. Jika ke Kuala Lumpur, jangan lupa singgah ke kedai ini.
- Lokasi: No. 360, BIFE Charcoal Steakhouse (M) Sdn Bhd, The LINC KL, No. 1-5 & 1-5-F 1st Floor, Commercial Development, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpu
- No Telefon: 03-2300 6488
- Link: Facebook
Restoran 9: JAHHET Fine Meat
Restoran steak halal yang seterusnya adalah JAHHET Fine Meat. Restoran ini mempunyai dua cawangan iaitu di Ampang dan di Bangi. Menu steak di restoran ini adalah sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Restoran ini menghidangkan menu steak yang lazat, dan juga western food dengan harga yang berbaloi. InsyaAllah anda akan berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan.
- Lokasi: Jalan nirwana 38, Ampang, Malaysia
- No Telefon: 012-334 7107
- Link: Facebook
Restoran 10: KARS Fine Meat & Steak
Restoran steak halal yang seterusnya adalah KARS Fine Meat & Steak yang terletak di Cyberjaya, Selangor. Restoran ini agak jauh sedikit berbanding ibukota Kuala Lumpur. Bagaimanapun, restoran ini adalah sangat berbaloi dikunjungi. Restoran ini menghidangkan menu steak yang lazat dan harga yang berbaloi. InsyaAllah anda akan berpuas hati dengan masakan yang dihidangkan.
- Lokasi: No 9, cottage walk off persiaran apec cyber 6, Cyberjaya, Malaysia
- No Telefon: 014-888 8693
- Link: Facebook
Berikut yang telah dikongsikan tadi adalah senarai restoran terbaik yang menjual steak halal di area Kuala Lumpur. Jika anda datang ke Kuala Lumpur, boleh pakat-pakat singgah di restoran yang kami senaraikan tadi. InsyaAllah, anda akan sangat puas hati dengan makanan yang dihidangkan. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada para pembaca kasturihijau.com.
Kredit Photos: Islamic Sixty9 Steakhouse, Me'nate Steak Hub, Kay's Steak & Lobster, Chef Ammar Xpress Souk Cafe & Chef Ammar Steak House, TTDI Meat Point Steakhouse, Simply Ribs, Wangsa Grill House, Bife Charcoal Steakhouse, JAHHET Fine Meat dan KARS Fine Meat & Steak