Return to site

Tempat Percutian Melaka: 20 Tempat Menarik yang Wajib Dilawati

kasturihijau.com

· INFORMASI
Tempat Percutian Melaka: 20 Tempat Menarik yang Wajib Dilawati

Sebagai orang Melaka, kami rasa perlu untuk memperkenalkan negeri kelahiran kami. Melaka adalah sebuah bandar yang mempunyai seribu satu sejarah di dalamnya. Melaka merupakan destinasi pelancongan terkenal di dunia di mana popularitinya berpunca daripada kedudukan strategik sebagai pelabuhan utama pada zaman dahulu. Diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2008 telah Melaka menarik pelancong dari pelbagai negara yang ingin mendalami warisan kolonialnya yang melibatkan Portugis, Belanda, dan British, serta impak budaya yang berbeza hasil daripada pengaruh asing ini dapat dilihat di negeri ini.

Pada tahun ini, Melaka mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Kempen ini bertujuan menarik pelancong tempatan dan antarabangsa dengan menonjolkan kekayaan sejarah, budaya, dan keindahan alam semula jadi yang dimiliki oleh Melaka. Tahun Melawat Melaka 2024 menjadi platform untuk memacu sektor pelancongan negeri selepas berhadapan dengan cabaran akibat pandemik global, dengan harapan untuk meningkatkan jumlah pelancong serta menyokong ekonomi tempatan. Justeru itu, dalam artikel ini, kami ingin kongsikan senarai tempat percutian menarik di Melaka untuk anda kunjungi bersama seisi keluarga.

 

Senarai Tempat Percutian Melaka

Berikut adalah tempat-tempat percutian menarik di Melaka. Tempat-tempat ini sesuai dengan semua peringkat umur. Untuk pertanyaan lanjut mengenai tempat-tempat ini, anda boleh kunjungi ke laman FB yang kami sediakan.

1. Kota A'Famosa Melaka

A'Famosa adalah sebuah kota benteng bersejarah yang dibina oleh Portugis di Melaka pada awal abad ke-16. Dibina pada tahun 1511, ia bertujuan melindungi penjajah Portugis daripada serangan musuh serta mengukuhkan penguasaan mereka di rantau Asia Tenggara. Kota ini termasuk struktur-struktur penting seperti kubu, gereja, dan tempat tinggal pentadbir. Namun, selepas Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 1641, banyak bahagian kota ini mengalami kerosakan. Kini, A Famosa menjadi tarikan pelancong yang popular dan menjadi simbol sejarah penting bagi Melaka. Ia mengingatkan pengunjung tentang pengaruh kolonial di rantau ini dan peranannya dalam sejarah Malaysia.

broken image

 

2. Zoo Melaka dan Taman Burung

Melaka juga terkenal dengan Zoo Melaka yang hanya 90 minit sahaja drive dari Kuala Lumpur. Tempat ini antara tempat paling popular yang sering dikunjungi para pelancong. Ditubuhkan pada tahun 1963, zoo seluas 54 ekar ini adalah rumah kepada lebih 450 spesies haiwan, menjadikannya zoo kedua terbesar di Malaysia. Dari harimau Malaya yang megah, hinggalah badak Sumatera yang hampir pupus, terdapat pelbagai jenis haiwan untuk dilihat.

Link FB: Zoo Melaka

broken image

 

3. Taman Botanikal Melaka

Di Melaka juga dapat taman Botanikal Melaka yang terletak tidak jauh dari Skytrek Melaka. Tempat ini adalah sebuah tarikan yang tidak sepatutnya anda lepaskan peluang untuk mengunjunginya. Taman botani ini, yang pada asalnya dikenali sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh, mempunyai keluasan sehingga 92.5 hektar. Tempat ini penuh dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga dan anak-anak.

broken image

 

 

 

4. Stadthuys

Bangunan Stadthuys adalah salah satu destinasi wajib dikunjungi di Melaka. Bangunan yang terletak di tengah-tengah Bandar Hilir adalah merupakan bangunan peninggalan Belanda yang telah berusia lebih dari 300 tahun. Kini, muzium ini berfungsi sebagai Muzium Sejarah dan Etnografi yang menampilkan pelbagai pameran tentang sejarah Melaka dan kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Muzium ini sesuai untuk tempat pendidikan dan hiburan kanak-kanak dan para pelajar.

Link FB: Stadthuys

broken image

 

5. Magic Art 3D Museum

Antara muzium yang mendapat ramai pengunjung setiap tahun di Melaka adalah Magic Art 3D Muzium. Tepatnya adalah bersebelahan dengan Bayou Lagoon, muzium ini sesuai untuk sesi fotografi keluarga iaitu Magic Art 3D Museum. Tempat ini begitu besar hingga memori kamera anda pasti akan penuh dalam sekelip mata. Muzium ini sebenarnya merupakan muzium 3D yang kedua terbesar di Malaysia selepas muzium di Langkawi.

broken image

 

6. Menara Taming Sari

Jika anda suka kepada melihat pemandangan daripada atas, anda boleh bawa keluarga untuk nikmati pemandangan daripada Menara Taming Sari di Melaka. Menara Taming Sari merupakan sebuah menara unik yang menawarkan pengalaman menarik bagi para pengunjungnya. Dengan ketinggian mencapai 110 meter, menara ini boleh membawa naik pelawat hingga ke ketinggian 80 meter dengan jarak pandang hingga 5 km. Menara ini boleh memuatkan sebanyak 80 pelawat pada satu-satu masa.

broken image

 

7. Asahan Water Park

Asahan Water Theme Park adalah terletak di daerah Jasin, Melaka. Tempat ini adalah destinasi keluarga terbaik untuk berkhemah, glamping, atau kunjungan sehari. Terletak di persimpangan unik tiga negeri Malaysia, taman air ini menawarkan pelbagai jenis penginapan sesuai dengan sesiapa yang suka kepada aktiviti air.

broken image

 

 

8. Muzium Samudera

Melaka sememangnya terkenal dengan memiliki kepelbagaian muzium. Sekiranya anda berminat dengan sejarah pelayaran dan perdagangan di Melaka, anda wajib berkunjung ke Muzium Maritim Melaka atau Muzium Samudera. Muzium Samudera Melaka ini ‘ditempatkan’ di dalam sebuah replika kapal Portugis Flor de la Mar. Ia mempamerkan model kapal, peralatan pelayaran dan artifak yang berkaitan dengan sejarah perdagangan maritim Melaka sewaktu dulu.

broken image

 

9. Jonker Walk

Jonker Walk atau juga Jonker Street adalah tempat yang menjual pelbagai jenis makanan dan barangan yang murah-murah. Kawasan dan aktiviti di sini adalah cukup meriah di waktu malam. Jalan ini dipenuhi dengan kedai-kedai antik, butik, kafe, dan gerai makanan yang menawarkan pelbagai jenis hidangan tempatan. Pada waktu malam, Jonker Street berubah menjadi pasar malam yang meriah, diselangi dengan pelbagai jenis lampu, pelbagai makanan tempatan, barangan antik dan kraftangan, menjadikan tempat ini cukup meriah.

Link FB: Jonker Walk

 

broken image

 

 

 

10. Melaka River Cruise

Menaiki Melaka River Cruise akan menjadi pengalaman yang tidak dapat anda lupakan. Melaka River Cruise menawarkan pengalaman menyusuri Sungai Melaka dengan bot. Anda boleh menikmati pemandangan bandaraya Melaka dan keindahan daripada perspektif yang berbeza. Anda akan melihat bangunan-bangunan bersejarah, mural-mural menarik, lampu-lampu berwarna warni, dan kehidupan penduduk tempatan di tebing sungai daripada atas bot. Pelayaran ini sangat menarik terutamanya pada waktu malam.

broken image

 

11. Galeri Lebah Melaka

Galeri Lebah Melaka, atau dahulunya dikenali sebagai Muzium Lebah Dunia, yang terletak di Ayer Keroh, Melaka telah ditubuhkan pada 1988. Muzium ini mempamerkan sekitar 250 spesimen jenis sarang lebah dan sarang tebuan serta menampilkan pertunjukkan “Bee Man Show”. Tempat ini sesuai untuk pendidikan kanak-kanak dan para pelajar sekolah.

broken image

 

12. Muzium Baba & Nyonya

Bagi mereka yang berminat dan suka kepada seni warisan budaya yang unik, anda wajib berkunjung ke sini. Muzium Baba dan Nyonya adalah sebuah muzium yang didedikasikan untuk budaya Peranakan. Di muzium ini, terdapat pelbagai pameran tentang kehidupan dan adat resam komuniti Baba dan Nyonya. Termasuklah perabot antik, pakaian tradisional, dan barangan isi rumah yang menggambarkan gaya hidup mewah keluarga Peranakan pada zaman kegemilangannya. Tempat ini adalah sesuai untuk pendidikan mengenai adat resam, masakan dan warisan budaya masyarakat Baba-Nyonya yang unik.

broken image

 

13. AK Extreme Go-Kart & Paintball

Jika anda sukakan sukan lasak tetapi indoor, anda boleh datang ke AK extreme go-cart and paintball. Tempat ini adalah sesuai bagi sesiapa yang suka kepada sukan lasak tanpa berjemur di bawah matahari.

 

broken image

14. Rumah Terbalik Melaka

Jika ada singgah ke Melaka, anda wajib datang ke Rumah Terbalik di Melaka ini, kerana keunikan tempat ini adalah kesemua barangan dalam rumah ini adalah dalam keadaan terbalik. Seperti namanya, segala-galanya di dalam rumah ini terbalik, termasuk perabot dan barangan harian. Untuk kenang-kenangan, anda boleh ambil seberapa banyak gambar mengikut kreativiti dengan gaya yang membuatkan anda kelihatan seperti berdiri di siling.

broken image

 

 

 

 

15. The Shore Sky Tower

Jika anda tidak gayat di tempat tinggi, anda boleh cuba naik ke tingkat atas bangunan The Shore ini. The Shore Sky Tower, yang terletak di kompleks The Shore, menawarkan pemandangan panoramik bandaraya Melaka dari ketinggian paling tinggi setinggi 43 tingkat. Menara setinggi 43 tingkat ini mempunyai pemerhatian dengan lantai kaca yang memberikan pengalaman yang mengujakan.

broken image

 

16. Taman Buaya & Rekreasi Melaka

Jika anda singgah ke Melaka membawa keluarga dan kanak-kanak, tempat ini adalah antara tempat yang sesuai dikunjungi. Taman Buaya dan Rekreasi Melaka adalah destinasi menarik yang menggabungkan elemen pendidikan dan hiburan. Ia sesuai dikunjungi bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Taman ini menempatkan lebih daripada 100 ekor spesies buaya yang berbeza-beza. Tempat ini adalah antara tempat terkenal dan sering dilawati di Melaka.

broken image

 

 

17. Encore Melaka

Encore Melaka adalah sebuah teater yang sangat luas dan baru dibina tidak berjauhan dari tepi pantai. Pemandangan di sekitar bangunan ini adalah sangat menarik dan lokasi tidak berjauhan daripada Pantai Klebang, Melaka. Theater ini menawarkan persembahan seni yang menggabungkan teknologi canggih dan elemen budaya tradisional. Persembahan di Encore Melaka menceritakan kisah sejarah dan warisan Melaka melalui tarian, muzik dan visual yang menakjubkan.

Link FB: Encore Melaka

broken image

 

 

18. Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Jika keluarga anda sukakan sukan dan aktiviti air, Melaka Wonderland Theme Park & Resort adalah tempat yang wajib anda kunjungi jika datang ke Melaka. Tempat ini adalah taman tema air yang popular di Melaka. Terletak di Ayer Keroh, taman tema ini menawarkan pelbagai tarikan air yang sesuai untuk semua peringkat umur.

broken image

 

 

19. Muzium Istana Kesultanan Melaka

Jika anda datang ke Melaka, Muzium Istana Kesultanan Melaka anda wajib singgah kerana apabila anda datang, suasana di sini akan membawa anda kembali ke zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Muzium ini adalah replika istana Sultan Mansur Shah, yang memerintah Melaka dari tahun 1456 hingga 1477. Istana asal ini dikatakan telah dibina tanpa menggunakan sebarang paku, dan replika ini mengikuti prinsip yang sama, menggunakan kaedah sambungan kayu tradisional.

broken image

 

 

20. Melaka Floating Market

Melaka Floating Market adalah tarikan unik di Melaka yang menawarkan pengalaman membeli-belah dan menjamu selera di atas air. Terletak di sepanjang Sungai Melaka, pasar terapung ini menjual pelbagai barangan seperti kraftangan, pakaian, dan cenderamata, dan pelbagai hidangan tempatan yang dijual dari bot-bot kecil. Acara kebudayaan dan hiburan sering diadakan di Melaka Floating Market, menambahkan lagi daya tarikannya. Pertunjukan muzik tradisional dan tarian tempatan sering memeriahkan suasana, menjadikan lawatan ke pasar ini bukan sekadar aktiviti membeli-belah, tetapi juga peluang untuk merasai budaya tempatan. Tempat ini adalah menarik dikunjungi bagi pelancong tempatan dan antarabangsa yang datang ke Melaka.

broken image

 

Kredit Gambar: Muzium dan Galeri Melaka, Zoo Melaka, Taman Botanikal Melaka, Melaka Wonderland dan kepada pemilik asal semua gambar-gambar dalam artikel ini.

Aktiviti Tahun Melawat Melaka 2024 

Kerajaan Negeri Melaka akan mengadakan satu Festival Seni Selat Melaka (FSSM) Sempena International Cultural and Arts Festival bagi menampilkan keindahan dan keunikan elemen dan budaya di Selat Melaka. Aktiviti ini akan diadakan pada:

  • Tarikh: ️25-27 Oktober 2024
  • Masa: 10.00 Pagi - 11.00 Malam
  • Tempat: Dataran Pengkalan Rama, Melaka
  • Tiket: Masuk Percuma
  • Hadiah: Cabutan Bertuah untuk Pengunjung Bertuah

Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik bakal dilaksanakan bagi mengangkat identiti Seni dan Budaya di Selat Melaka. Jom datang beramai-ramai.

broken image

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pembaca kasturihijau.com.

Baca lagi: