Return to site

6 Tips Memilih Laptop Refurbished dan Murah Untuk Para Pelajar

kasturihijau.com

· INFORMASI
6 Tips Memilih Laptop Refurbished dan Murah Untuk Para Pelajar

Sudah menjadi satu keperluan untuk para pelajar dan pekerja yang baru mendaftar untuk memiliki komputer bagi menyiapkan tugasan dan aktiviti yang diberikan. Namun, terdapat beratus-ratus jenis laptop dan desktop di pasaran. Bagaimanakah cara kita mahu kenal pasti komputer yang bersesuaian dengan kerja dan tugasan yang perlu disiapkan. Dalam artikel ini, kami kongsikan tips bagaimana pilih laptop yang sesuai dengan tugasan dan assignment anda.

Jenis Laptop di Pasaran

Terdapat dua jenis laptop yang ada di pasaran iaitu laptop baru dan laptop refurbished atau secondhand.

  • Laptop baru sebagaimana umum tahu adalah laptop yang belum pernah digunakan, dijual dengan harga asal pasaran dan mempunyai waranti yang lebih lama.
  • Laptop refurbished ni adalah laptop 'reject' yang dijual semula dengan harga yang lebih rendah oleh pengeluar selepas membaik pulih kecacatan serta menambah baik fungsinya.

Sebenarnya laptop refurbished ini mempunyai fungsi yang baik seperti laptop baru cuma laptop ini pernah ‘diusik’ dalamnya dan ditambah baik. Jika anda mempunyai bajet yang rendah, adalah sangat digalakkan untuk membeli laptop refurbished ini, kerana boleh dapat dengan harga RM1000.

Tips Untuk Memilih Laptop

1. Tentukan berapa bajet anda

Jika anda baru pertama kali ingin membeli laptop, pastikan kenalpasti bajet yang anda ada. Ramai pelajar mungkin menggunakan duit simpanan sendiri untuk membeli laptop. Namun jangan risau jika budget anda rendah, anda masih mampu memilik laptop yang berkualiti dengan harga yang berbaloi.

 

 

2. Pilih Saiz Laptop Yang Bersesuaian

Terdapat beberapa saiz laptop antaranya ialah:

  • Saiz 11″-13″ – Laptop saiz ini adalah kecil, dan reka bentuknya yang nipis dan ringan, mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja. Namun, untuk saiz skrin ini agak terlalu kecil dan menyukarkan pelajar untuk membuat kerja dengan penglihatan yang jelas dan selesa. JIka inginkan laptop yang ringan dan dengan penglihatan yang selesa untuk buat tugasan, sekurang-kurangnya pilih laptop bersaiz 13″ sudah mencukupi.
  • Saiz 14″-16″ – Saiz ini adalah saiz standard untuk kebanyakkan laptop dan paling ramai pengguna menggunakan saiz ini. Reka bentuknya lebih seimbang, dengan saiz skrin yang senang dilihat, sangat sesuai untuk kerja-kerja assignment, report, bisnes dan basic editing.
  • Saiz 17″-18″ – Saiz laptop ini adalah paling besar yang sesuai digunakan untuk kerja-kerja editing dan gaming. Jika tugasan anda memerlukan banyak aktiviti editing sama ada video atau pun gambar, laptop bersaiz 17″-18″ ini sangat sesuai. Bagaimanapun, ia agak besar dan susah sedikit disimpan dalam bag

Antara saiz tadi, laptop saiz 14″-16″ adalah paling sesuai untuk student work dan paling ramai digunakan.

3. Tentukan Spesifikasi Dan Perisian Yang Diperlukan Untuk Belajar

Perkara ini adalah penting kerana harga sesebuah laptop bergantung pada tahap spesifikasi dan prestasi laptop. Contoh spesifikasi yang penting adalah Processor (CPU), jenis storage, jenis RAM, dan berat laptop.

Pemilihan spesifikasi adalah penting untuk membuat kerja-kerja penulisan atau pengiraan, untuk ‘basic software’ seperti Microsoft Office, Google Chrome dan Firefox, kerja editing dan reka bentuk asas, statistik dan assignment atau dokumentasi.

Semakin tinggi spesifikasi, semakin tinggi harganya. Jadi pastikan anda memilih laptop yang mempunyai spesifikasi yang diperlukan dalam tugasan anda sahaja.

  • Pemilihan Processor (CPU)

Untuk pemilihan CPU, digalakkan ambil CPU paling kurang Intel Core i5 8th ke atas kerana CPU tersebut sudah guna quad-core berbanding dual core CPU.

  • Pemilihan Jenis Storage

Untuk pemilihan jenis storage, elakkan mengambil laptop jenis Hard Disk Drive (HDD) kerana laptop ini akan membuatkan laptop slow dan hang. Fokus untuk cari laptop SSD terlebih dahulu. Jika boleh cari Solid State Drive (SSD) size storage lebih 240GB ke atas kerana file Windows sahaja sudah menggunakan dalam 40GB. Jadi bakinya tinggal 200GB untuk simpan maklumat lain. Namun jika anda kekurangan bajet, yang penting ambil SSD, jika tidak cukup storage boleh guna External Hard Disk lain untuk storage.

  • Pemilihan Jenis RAM

Untuk RAM digalakkan pilih laptop yang mempunyai RAM yang lebih besar. Jika lagi besar RAM maka lagi banyak software kita boleh buka pada satu masa. Jadi untuk pemilihan laptop cari RAM 8GB supaya mudah untuk buat kerja.

 

 

 

4. Pilih Laptop yang Boleh Upgrade

Jika anda memilih laptop secondhand, pilih laptop yang boleh upgrade. Jadi andai guna laptop RAM 4GB pastikan ada satu lagi slot RAM tambahan yang kosong untuk kita upgrade pada masa akan datang. Begitu juga upgrade storage, adakah ada ruang untuk storage tambahan. Jika tidak, anda juga boleh guna External Hard Disk jika tidak cukup storage. Ini penting kerana anda tidak perlu sentiasa beli laptop baru, dan laptop anda boleh tahan lama.

5. Pilih Berat Laptop

Pemilihan berat adalah penting untuk anda bergerak ke mana-mana dengan membawa laptop, contoh ke dewan kuliah atau kolej. Jika anda selalu bergerak, maka laptop yang ringan menjadi pilihan. Ringan bermaksud laptop di bawah 1.5 - 2KG. Jika melebihi 2kg bermaksud laptop tersebut berat dan tidak sesuai untuk orang yang banyak bergerak.

 

6. Semak Servis Dan Waranti

Perkara ini sangat penting, sebab jika laptop yang anda beru beli rosak, anda tidak perlu mengeluarkan duit poket untuk membayar segala kos pembaikian, penukaran alat ganti dan upah sekiranya berlaku kerosakan yang tidak diduga pada laptop. Anda boleh menukar alat ganti laptop secara percuma.

Untuk laptop baru, biasanya tempoh jaminan untuk pembelian laptop baru adalah selama 1 hingga 3 tahun, manakala laptop refurbished selama 3 hingga 6 bulan. Jangan beli laptop dengan warranty sebulan sahaja. Lagi lama warranty lagi bagus, sebab apabila warranty lama bermaksud laptop tersebut tahan lama. Jika tiada warranty, risiko untuk anda ditipu dan rugi adalah tinggi. Anda terpaksa keluarkan wang tambahan untuk kos pembaikan.

 

broken image

 

Senarai Kedai yang Menjual Laptop Refurbished dan Murah

Berikut adalah antara kedai yang jual laptop dan dekstop refurbished dan secondhand untuk anda buat pilihan.

1. Kedal laptop IMIKA

Kedai ini ada di serata Malaysia, dan anda boleh semak lokasi kedai daripada laman website rasmi di bawah.

Link website: https://imika.my/

2. Kedai laptop Sekenje

Kedai ini ada di serata Malaysia, anda boleh semak lokasi berdasarkan website di bawah.

Link website: SekenJe

3. SMART RENTAL

Kedai ini menyediakan perkhidmatan menyewa laptop dan komputer daripada kategori refurbished dan second hand.

Link website: SMART RENTAL

4. Saverbro (Sabah)

Kedai ini tertumpu kepada kawasan Sabah dan menjual komputer refurbished dan secondhand.

Link website: Saverbro

5. Komputer Murah

Kedai ini menjual secara online. Anda boleh semak dalam talian melalui link di bawah.

 

Jadi, secara kesimpulannya, anda perlu nilai bajet anda dan boleh pilih sama ada laptop baru atau refurbished janji spesifikasi yang penting ada pada laptop ada. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pelajar yang baru mendaftar di institusi pengajian.