Tahukah anda bahawa tonsil bengkak boleh menyebabkan sesak nafas kepada kanak-kanak? Tonsil bengkak di kalangan kanak-kanak merupakan isu kesihatan yang semakin mendapat perhatian, terutama di kalangan ibu bapa dan penjaga. Keadaan ini yang sering kali disertai dengan gejala seperti kesukaran menelan, sakit tekak, dan demam, boleh memberi kesan besar terhadap kualiti hidup anak-anak. Memahami punca dan kesan tonsilitis serta langkah pencegahan yang boleh diambil adalah penting untuk menjaga kesihatan mereka. Dalam blog ini, kami akan membincangkan tentang gejala, penyebab, dan cara rawatan di rumah.
Apakah itu Tonsil Bengkak?
- Tonsil bengkak adalah keradangan dan pembengkakan yang berlaku pada sepasang tisu pada bahagian tekak.Tisu ini terletak pada bahagian kiri dan kanan tekak.
- Tonsil yang bengkak dan meradang ini kita panggil tonsilitis. Bila tekak turut sakit dan menjadi merah (tanda peradangan) ini kita panggil tonsilopharyngitis or pharyngotonsilitis.
- Punca utama kepada masalah tonsil bengkak adalah disebabkan jangkitan, sama ada jangkitan virus atau jangkitan bakteria.
- Tonsil merupakan salah satu anggota penting dalam sistem imun badan. Ia menapis bakteria yang masuk melalui mulut atau hidung. Ini menyebabkan ianya lebih mudah dijangkiti daripada sistem imun yang lain dalam badan.
- Rawatan tonsil bengkak adalah bergantung kepada puncanya, maka diagnosis dan rawatan yang tepat perlu diberikan kepada pesakit supaya masalah tonsil bengkak tidak berulang.
- Bagaimanapun, pembedahan diperlukan untuk membuang tonsil jika hanya masalah tonsil bengkak kerap berulang dan menyebabkan komplikasi yang lain.
Simptom Tonsil Bengkak
Gejala tonsil bengkak kerap berlaku kepada kanak-kanak. Simptom yang kerap berlaku adalah:
- Sakit tekak
- Tonsil berwarna merah
- Terdapat selaput putih pada bahagian tonsil
- Sakit ketika menelan
- Demam
- Bengkak kalenjar di bahagian leher
- Mulut berbau busuk
- Sakit leher
- Sakit kepala
- Meleleh air liur
- Kurang selera makan
- Muntah
- Asyik merengek bagi bayi
Punca-punca Berlakunya Tonsil Bengkak
Kebiasaannya tonsil bengkak adalah disebabkan jangkitan virus, namun ada juga kes-kes di mana tonsil bengkak disebabkan oleh jangkitan bakteria.
Antara virus yang kerap menyebabkan tonsil bengkak adalah:
- Adenovirus
- Influenza virus
- Epstein-Barr virus
- Parainfluenza virus
- Enteroviruses
- Herpes Simplex virus
Antara bakteria yang kerap menyebabkan tonsil bengkak adalah:
- Streptococcus pyogenes
Komplikasi Jika Tonsil Bengkak Semakin Teruk
Keradangan di bahagian tonsil boleh menyebabkan masalah serius seperti:
1. Obstructive sleep apnea
Ini adalah masalah dimana pesakit akan berhenti bernafas ketika tidur disebabkan terdapat sumbatan dalam saluran pernafasan dan dalam kes ini ia boleh disebabkan tonsil yang bengkak.
2. Peritonsillar abscess
Ini adalah keadaan dimana terdapat nanah yang terkumpul di belakang tonsil
Kredit: Dr Arisman
Ujian Pemeriksaan Tonsil Bengkak
Doktor selalunya akan membuat beberapa pemeriksaan fizikal kepada pesakit, antaranya adalah:
- Menggunakan lampu suluh untuk melihat saiz tonsil
- Memeriksa bahagian leher pesakit sama ada mempunyai kalenjar bengkak ataupun tidak.
- Mendengar paru-paru menggunakan stethoscope.
- Calitan tekak (Throat swab) untuk menguji kehadiran kuman
- Melakukan ujian rapid test kit untuk pengesanan dan pengesahan organisma yang terlibat.
- Melakukan ujian darah full blood count untuk mengira bilangan sel darah merah, darah putih dan juga platlet. Selalunya sel darah putih akan meningkat jika terdapat jangkitan bakteria.
Rawatan Tonsil Bengkak Di Rumah
Strategi rawatan di rumah adalah seperti berikut:
- Dapatkan rehat dan tidur yang cukup
- Pesakit perlu kerap meminum air untuk memastikan hidrasi badan mencukupi
- Makan makanan yang mengurangkan sakit tekak seperti air suam, air teh suam.
- Kumur-kumur dengan air garam untuk mengurangkan masalah jangkitan virus atau bakteria.
- Melembabkan udara menggunakan mesin humidifier untuk melembabkan udara dalam bilik
- Gunakan lozenges untuk kanak-kanak umur 4 tahun ke atas
- Jauhi bahan yang menyebabkan iritasi seperti asap rokok dan bahan basuhan
- Rawat sakit dan demam dengan mengambil ubat paracetamol untuk mengurangkan rasa sakit tekak dan demam
- Jika berlarutan, perlu bawa anak berjumpa dengan doktor
- Jika doktor memberikan ubat antibiotik maka perlulah menghabiskan ubat tersebut mengikut waktu yang ditetapkan.
Pembedahan Diperlukan Jika Tonsil Bengkak Berulang
Pembedahan hanya dilakukan jika pesakit kerap mengalami masalah secara berulang dalam masa yang singkat:
- 7 episod masalah tonsil dalam 1 tahun ini
- 5 episod masalah tonsil untuk 2 tahun ini
- 3 episod masalah tonsil untuk 3 tahun ini
Tonsil juga akan dibuang jika berlakunya:
- Obstructive Sleep apnea
- Susah bernafas
- Susah menelan
- Nanah yang tidak sembuh dengan antibiotik
Sebagai penutup, menangani isu tonsil bengkak di kalangan kanak-kanak memerlukan perhatian yang serius daripada ibu bapa dan penjaga. Dengan memahami gejala, punca, dan langkah-langkah pencegahan yang berkesan, kita dapat membantu anak-anak mengatasi keadaan ini dan mencegah komplikasi yang lebih serius. Sentiasa berhubung dengan pakar kesihatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang tepat adalah kunci untuk memastikan kesejahteraan anak-anak kita. Semoga dengan kesedaran dan tindakan yang proaktif, kita dapat memberikan sokongan yang diperlukan untuk kesihatan dan kebahagiaan mereka.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda para pembaca kasturihijau.com
Rujukan:
- Kliegman RM, et al. Tonsils and adenoids. In: Nelson Textbook of Pediatrics. 21st ed. Elsevier
- Tonsillitus. American Academy of Otolaryngology — Head and Neck Surgery.
- Ferri FF. Pharyngitis/Tonsillitis. In: Ferri’s Clinical Advisor 2021. Elsevier; 2021.
- Root of Science