Return to site

Cara Tukar Warna Cat Kenderaan Dengan Kelulusan JPJ

kasturihijau.com

· INFORMASI
Cara Tukar Warna Cat Kenderaan Dengan Kelulusan JPJ

Penukaran warna kenderaan atau penambahan aksesori major pada kenderaan bukanlah perkara yang salah. Bagi penggemar kereta yang suka menyerlahkan rupa luaran dan nilai estetika kereta, adalah bukan suatu kesalahan untuk mengubah warna cat kenderaan mengikut citarasa anda. Namun, anda harus melakukan pengubahsuaian cat dengan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa JPJ supaya anda tidak disaman. Dalam artikel ini, kami kongsikan langkah mudah untuk tukar cat kenderaan anda dengan panduan yang betul.

 

Kelulusan JPJ Jika Ubahsuai Warna Cat Kenderaan

  • Kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah diperlukan bagi pengubahsuaian pada warna cat kenderaan dan body wrap selari dengan Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Pemeriksaan Kenderaan Motor dan Pemberian Maklumat kepada Ketua Pengarah. Permohonan kelulusan pengubahsuaian warna kenderaan ini perlu dilakukan dalam tempoh tujuh hari selepas ubahsuai warna kenderaan untuk mengelakkan pemilik kenderaan daripada dikenakan tindakan undang-undang.
  • Namun, kelulusan JPJ adalah tidak diperlukan untuk apa-apa pengubahsuaian kecil atau pemasangan alat kelengkapan tambahan seperti pemasangan aksesori yang tidak mengubah identiti serta tidak mengganggu ciri-ciri keselamatan kenderaan.

 

broken image

Gambar: Cik Amaya  

Cara-cara Daftar atau Kemaskini Warna Baru Kenderaan

  1. Perkara pertama adalah cat kenderaan anda terlebih dahulu.
  2. Setelah itu, hadir ke pejabat JPJ untuk pemeriksaan dan kemas kini maklumat;
  3. Muat turun aplikasi JPJeQ.
  4. Imbas kod QR yang ada di JPJ untuk ambil nombor giliran.
  5. Kemudian, ambil borang untuk tukar warna
  6. Anda perlu mengisi borang JPJ K8 (Notis Pertukaran Butir-Butir Kenderaan dan Pemunya Berdaftar), kemudian, serahkan kepada pegawai JPJ yang bertugas (Download Borang)
  7. Pegawai JPJ akan memeriksa warna pada kenderaan anda sebelum kelulusan diberikan. Jika lulus, maklumat anda akan dikemas kini dalam sistem MySikap
  8. Tiada bayaran akan dikenakan untuk prosedur ini.
broken image

Kepentingan Mendapatkan Kelulusan JPJ Selepas Ubahsuai Cat Kenderaan

  • Kepentingan utama adalah untuk mengelakkan anda daripada disaman pihak berkuasa JPJ.
  • Jika tidak memaklumkan penukaran warna cat kereta, anda mungkin berpotensi untuk dikenakan saman. Anda berpotensi mendapat dua atau tiga saman sekaligus jika anda tidak mendapatkan kelulusan JPJ selepas pengubahsuaian kenderaan anda.
  • Contohnya, jika anda memandu kenderaan melebihi had laju, anda akan menerima saman kesalahan trafik seperti saman speedtrack atau AES. Pada masa sama, jika pihak polis mendapati warna kereta yang disaman adalah berbeza dengan rekod JPJ sedia ada, anda mungkin akan menerima satu lagi saman atas sebab modifikasi cat kenderaan.
  • Daripada sudut tuntutan insurans pula, jika terdapat perbezaan antara rekod pendaftaran dan keadaan semasa kereta mungkin boleh menjadi sumber pertikaian atau komplikasi semasa tuntutan insurans.
  • Contohnya, jika terdapat perbezaan warna kenderaan anda yang dinyatakan dalam rekod pendaftaran dengan warna semasa kenderaan, besar kemungkinan pihak insurans tidak mahu menanggung kerugian yang dialami oleh pemilik.

Kredit: Carsome.my

 

broken image

Kredit: pujaheart18

Kesimpulannya, jika anda berminat untuk menukar cat atau body wrap kereta anda, anda perlu mendapatkan kelulusan JPJ dalam tempoh 7 hari anda berbuat demikian untuk mengelakkan sebarang masalah atau kesulitan di kemudian hari. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.