Return to site

Bantuan Zakat Pengajian IPT di Setiap Negeri

www.kasturihijau.com

· BIASISWA
bantuan zakat ipta

Bagi pelajar lepasan SPM yang bakal memasuki institusi pengajian tinggi, terdapat beberapa bantuan zakat negeri yang anda boleh pohon untuk menampung yuran dan pengajian anda di universiti. Bantuan zakat ini adalah kemudahan kepada pelajar asnaf fakir, miskin dan muallaf yang berdaftar di lembaga zakat negeri.

Bantuan Zakat untuk Pelajar IPTA

Lembaga Zakat setiap negeri ada menghulurkan bantuan zakat kepada para pelajar yang layak menerima kemudahan seperti pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang berdaftar di Lembaga Zakat negeri terbabit. Contohnya, Lembaga Zakat Selagor Selangor menyediakan permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi dan Bantuan Persediaan Masuk IPT secara atas talian kepada para pelajar yang layak sebagai penerima zakat. Bagi LZS, pelajar asnaf boleh membuat permohonan di mana-mana sahaja secara atas talian menggunakan komputer atau telefon pintar. Bagi negeri-negeri lain, cara permohonan bantuan zakat adalah berbeza-beza, ada yang mungkin perlu mendapatkan borang di kaunter zakat atau secara online. Jadi, para pelajar perlu membaca terperinci cara permohonan bantuan zakat di negeri masing-masing.

Objektif Bantuan Zakat Kemasukan ke IPTA

  • Membantu para pelajar mendapatkan pendidikan terbaik tanpa dibelenggu masalah kemiskinan.
  • Memberikan kemudahan dan akses secara atas talian kepada pemohon untuk membuat permohonan bantuan zakat dan bantuan persediaan masuk IPT secara atas talian.

 

Syarat Am Bantuan Zakat IPTA

  • Tujuannya adalah untuk membantu golongan asnaf untuk memulakan pengajian di institusi pengajian tinggi.
  • Diberikan kepada Asnaf, Fakir, Miskin, Mualaf dan Fisabilillah.
  • Kebiasaan bantuan zakat yang ditawarkan di setiap lembaga zakat negeri adalah bantuan kemasukan ke IPT dan bantuan dermasiswa.
  • Kadar bantuan maksimum bantuan untuk IPT dalam negara ialah sebanyak RM 1,500.00
  • Kadar maksimum bantuan untuk IPT luar negara ialah sebanyak RM 2, 500.00
  • Belum mendaftar masuk mana-mana IPTA/IPTS atau selewat-lewatnya tidak melebihi 1 bulan daripada tarikh pendaftaran bagi bantuan kemasukan ke IPT.
  • Pengajian sepenuh masa sahaja.
  • Bantuan disalurkan sekali sahaja pada setiap peringkat pengajian dalam tempoh setahun.
  • Lain-lain syarat khusus bantuan adalah tertakluk kepada syarat-syarat khusus pada Skim Bantuan Am Pelajaran IPT
  • Bagi program berbentuk persediaan seperti O Level / A Level / Matrikulasi / Asasi / program Pra juga layak dipertimbangkan bantuan RM 1,000.00.
  • Bayaran dibuat kepada akaun pelajar
  • Bagaimanapun, syarat khusus bantuan zakat adalah bergantung kepada Lembaga Zakat negeri masing-masing.
broken image

Senarai Bantuan Zakat Mengikut Negeri

Berikut adalah senarai laman sesawang yang anda boleh semak untuk mendapatkan maklumat lanjut dan borang bantuan zakat kemasukan ke IPTA mengikut negeri masing-masing.

 

broken image

Sila rujuk laman web rasmi setiap bantuan zakat kemasukan ke IPTA untuk memudahkan urusan permohonan. Para pelajar harus menyemak dengan teliti syarat permohonan bantuan zakat untuk setiap negeri, mungkin terdapat sedikit perbezaan syarat di antara negeri yang berlainan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pelajar lepasan SPM yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.