Return to site

8 Zoo dan Taman Hidupan Liar yang Popular di Malaysia

kasturihijau.com

· INFORMASI
8 Zoo dan Taman Hidupan Liar yang Popular di Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti, menjadikannya salah satu destinasi terbaik untuk pencinta alam dan hidupan liar. Dengan pelbagai taman hidupan liar dan zoo di seluruh negara, anda berpeluang untuk menyaksikan pelbagai spesies haiwan dari seluruh dunia, termasuk spesies endemik yang hanya boleh ditemui di kawasan ini. Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan anda kepada 8 zoo dan taman hidupan liar yang paling popular di Malaysia yang pasti akan memukau hati anda.

Apakah Itu Zoo dan Taman Hidupan Liar?

  • Zoo adalah kawasan yang direka khas untuk memelihara dan mempamerkan haiwan dari pelbagai spesies dalam persekitaran yang terkawal. Ia bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang kepelbagaian fauna sambil menyediakan hiburan yang menyeronokkan. Di zoo, haiwan biasanya ditempatkan dalam kandang atau kawasan yang menyerupai habitat semula jadi mereka.
  • Taman hidupan liar pula adalah kawasan yang lebih besar dan biasanya menumpukan pada pemuliharaan spesies tertentu, termasuk yang terancam. Taman ini sering menyediakan persekitaran yang lebih semula jadi untuk haiwan, dengan fokus pada pemuliharaan, penyelidikan, dan pendidikan.

Zoo dan Taman Hidupan Liar Popular di Malaysia

Berikut adalah senarai zoo dan taman hidupan liar yang popular di Malaysia:

1. Zoo Negara, Kuala Lumpur.

  • Terletak di ibu negara, Zoo Negara adalah zoo yang paling terkenal di Malaysia. Ia adalah rumah kepada lebih 5,000 haiwan dari 476 spesies, termasuk panda gergasi yang menjadi tarikan utama.
  • Zoo Negara Malaysia dibuka secara rasmi pada tahun 1963 dan telah menjadi zoo yang terkenal di Malaysia.
  • Selama bertahun-tahun, zoo ini mengalami perubahan untuk menempatkan hampir 90% haiwan disimpan di dalam landskap yang menyerupai habitat semula jadi mereka.
  • Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi- 5.00 petang)
  • Laman web: https://www.zoonegara.my/
broken image

2. Zoo Melaka, Melaka.

  • Zoo kedua terbesar di Malaysia ini menawarkan pengalaman safari malam yang unik. Anda dapat melihat pelbagai haiwan termasuk harimau Malaya dan tapir.
  • Zoo Melaka ialah taman zoologi seluas 54 ekar yang menempatkan lebih daripada 1200 haiwan, termasuk 215 spesies burung, amfibia, reptilia dan mamalia. Ia juga merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara Malaysia dan merupakan zoo Malaysia pertama yang mempamerkan badak sumbu Sumatera yang terancam.
  • Zoo ini juga mempamerkan badak sumbu putih, gajah Asia, panda merah, monyet, tupai, ular sawa molurus, serigala kelabu, kuda liar Mongolia, ular sawa pokok hijau, zirafah, harimau Indocina serta harimau Malaya.
  • Waktu operasi: Isnin-Khamis (10.00 pagi- 4.00 petang), Jumaat-Ahad (9.00 pagi-5.00 petang)
  • Laman web: http://www.zoomelaka.gov.my/
broken image

3. Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Sabah.

  • Terletak di Sabah, taman ini terkenal dengan orangutan dan gajah Borneo. Ia juga menyediakan laluan trek untuk pengunjung.
  • Taman Hidupan Liar Lok Kawi (LKWP) adalah salah satu taman hidupan liar terbesar di Malaysia.
  • Taman ini meliputi kawasan seluas 280 ekar dan terletak kira-kira 25 km dari Kota Kinabalu.
  • Ia menjadi rumah kepada pelbagai koleksi haiwan tropika yang tinggal di dalam kandang yang direka menyerupai habitat semula jadi mereka.
  • Tarikan utama taman ini termasuk Gajah Borneo yang kritikal terancam, Beruang Matahari, Orangutan, Monyet Proboscis, dan Harimau Dahan. Haiwan lain yang boleh ditemui termasuk Memerang, Rusa Sambar, Ungka, Burung Enggang, Ankole, dan lain-lain.
  • Waktu operasi: Setiap hari (9.30 pagi- 5.30 petang)
  • Laman web: https://wildlife.sabah.gov.my/
broken image

4. Zoo Taiping & Night Safari, Perak

  • Zoo tertua di Malaysia ini menawarkan pengalaman safari malam yang menyeronokkan, di mana pengunjung boleh melihat haiwan nokturnal.
  • Zoo Taiping kini merupakan zoo tertua di Malaysia dan terletak di Bukit Larut, Taiping. Zoo ini mempamerkan 1300 haiwan yang merangkumi 180 spesies amfibia, mamalia dan reptilia di atas tanah seluas 36 ekar.
  • Ia juga merupakan safari malam dan menempatkan kera Macaques terbesar di Malaysia.
  • Para pengunjung boleh melawat zoo ini semasa waktu memberi makan kepada haiwan yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.
  • Para pengunjung juga boleh menaiki Mini Train zoo ini secara percuma.
  • Waktu operasi: Setiap hari (8.00 pagi – 11.00 malam)
  • Laman web: https://zootaiping.gov.my/main.html
broken image

5. Sunway Wildlife Park, Selangor

  • Di Sunway Wildlife Park, anda boleh melihat lebih daripada 150 spesies haiwan dari seluruh dunia secara dekat.
  • Taman hidupan liar ini menawarkan tarikan interaktif seperti pertunjukan haiwan di Teater Hidupan Liar, memberi makan haiwan di Pet Village dan banyak lagi.
  • Antara haiwan yang baru sahaja ditempatkan di sini ialah Harimau Putih, Samson dan Asha yang diletakkan di dalam ruangan kaca yang luas.
  • Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi- 6.00 petang)
  • Laman web: https://sunwaylagoon.com/attraction/wildlife-park/
broken image

6. Taman Hidupan Liar Langkawi

  • Taman Hidupan Liar Langkawi ini direka untuk memberikan pengunjung pengalaman yang lebih dekat dengan haiwan yang ditempatkan di sini.
  • Ia menyediakan laluan pejalan kaki berbumbung bagi melindungi pengunjung daripada cuaca seperti hujan atau panas terik.
  • Taman ini menampilkan suasana seakan berada di hutan hujan tropika, dengan fokus kepada habitat semula jadi haiwan, khususnya pelbagai spesies burung.
  • Kini, taman ini telah berkembang dengan mempamerkan pelbagai haiwan liar dan menjadi salah satu taman hidupan liar terbesar.
  • Waktu operasi: Setiap hari (8.30 pagi- 5.30 petang)
  • Laman web: https://langkawiwildlifepark.com/
broken image

7. Zoo Teruntum, Pahang

  • Zoo Teruntum ialah zoo sederhana yang terletak di Kuantan dan menempatkan haiwan seperti monyet, burung unta, dan buaya.
  • Ia merupakan zoo mesra keluarga dengan kandang luas yang diselenggara dengan baik bagi membolehkan haiwan bergerak dengan bebas.
  • Terdapat aktiviti lain yang menyeronokkan seperti memberi makan kepada haiwan dan rancangan “dinosaur”.
  • Terdapat juga taman permainan kecil untuk kanak-kanak berseronok. Selaon itu, terdapat pantai yang berdekatan dengan zoo ini sekaligus menjadikannya sebagai lokasi yang sesuai untuk meluangkan masa dengan keluarga.
  • Waktu operasi: Isnin-Friday (9.00 pagi-6.00 petang), Sabtu-Ahad (10.00 pagi-7.00 petang
  • Laman web: https://www.zooteruntum.my/
broken image

8. Zoo dan Taman Rekreasi Kemaman, Terengganu

  • Zoo dan Taman Rekreasi Kemaman merupakan zoo mini yang menawarkan pelbagai tarikan untuk memberi pendedahan dan pendidikan kepada pengunjungnya tentang spesies flora dan fauna yang terancam.
  • Zoo ini menempatkan taman herba, taman tema air, taman orkid, dan banyak lagi.
  • Pengunjung juga boleh menikmati pengalaman menaiki kereta kuda, melihat kelip-kelip dengan menaiki bot di sepanjang sungai yang menenangkan.
  • Waktu operasi: Sabtu-Khamis (9.00 pagi-5.00 petang), Jumaat (9.00 pagi-12.30 tengah hari, 2.30 petang-5.00 petang)
  • Laman web: https://www.zookemaman.my/
broken image

Kredit: Semua Zoo dan Taman Hidupan Liar